Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MForce Lancar Moto Morini X-Cape 650 (2022) ke Malaysia, Harga Mula RM39k!
Roda2

MForce Lancar Moto Morini X-Cape 650 (2022) ke Malaysia, Harga Mula RM39k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/04/20221 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKHIRNYA, MForce Bike Holding (MForce) memperkenalkan X-Cape 650 (2022), iaitu model pertama motosikal jenama Moto Morini ke pasaran tempatan yang hadir dalam dua pilihan varian: X-Cape 650X (premium) dan X-Cape 650 (standard)

MForce, selaku pengedar rasmi Moto Morini di Malaysia, pernah mempamerkan dua varian X-Cape 650 (2022) ketika perasmian cawangan Benelli Best Shop Alor Setar, Januari lalu.

BACA >>> India Lancar Adventure Touring Honda CB200X, Harga Mula RM8.2k!

Logo Mforce

Berikut perincian dua model touring itu:

  • Ada dua varian: versi rim jejari dan rim sport dengan harga seperti berikut:
    • X-Cape 650X (rim jejari dengan aksesori) – RM43,499
    • X-Cape 650 – RM39,999

* Harga asas tanpa insurans, pendaftaran dan caj lain.

  • Perbezaan dua varian itu ialah: 650X dilengkapi beberapa akseori seperti gad tangan dan gad enjin, bar rempuh dan rim jejari emas. Kotak simpanan sisi dan atas tidak ditawarkan sekali.
  • Ada tiga warna pilihan: Carrara Grey (kelabu), Dolomites Red (merah) dan Monte Blanco White (putih).
  • Trenkuasa patuh Euro5 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 649cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 60hp @ 8,250rpm dan tork 56Nm @ 7,000rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Kelajuan maksimum lebih 170kmj.
  • Sistem lampu LED dengan panel meter TFT digital berwarna 7 inci, dan dua port USB.
  • Visor angin boleh laras.
  • Frem keluli dan swingarm aluminium.
  • Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) Marzocchi 50mm boleh laras di depan, dan monoshock KYB boleh laras pra-beban (belakang).
  • Rim 19 inci dengan saiz tayar 110/80 (depan), dan rim 17 inci dengan tayar 150/70 (belakang).
  • Sistem brek cakera kembar 298mm dan kaliper dwi-piston (depan), cakera tunggal 255mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Brembo 9.1 Mb dengan fungsi boleh nyah aktif untuk menukar mod tunggangan kepada off-road.
  • Berat 213kg dan tinggi pelana cuma 810mm (standard) dan 835mm (premium).
  • Kapasiti tangki minyak 18 liter.
  • Waranti pengilang dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km, mana satu tiba dahulu.
  • MForce mensasarkan jualan 250 hingga 500 unit setahun.

BACA >>> Moto Morini Sedia Lancar Seiemmezzo STR, SCR (2022), Bakal Masuk Malaysia
BACA >>> Moto Morini Milano (2019) – Model Buatan Tangan Itali Kembalikan Inspirasi Retro 70-an

Adventure Rally 650 MForce Bike Holding Sdn Bhd Moto Morini roda2 X-Cape 650 (2022) X-Cape 650X (2022)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    25/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    23/04/2026
    Roda2

    Yamaha TMAX Tech Max Kini Dalam Crystal Graphite – Maxi Scooter Premium Dari RM75,888

    23/04/2026
    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026
    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026 Ini Dijual 100 Unit Sahaja, Harga Hampir RM180k!

    22/04/2026

    1 Comment

    1. Kemhalim on 26/04/2022 09:47

      Sya tunggu LCF 700 BENDA

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.