Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MForce Bike Lancar Moto Morini Calibro 700 2025 Versi Bagger, Harga RM35.8k!
Roda2

MForce Bike Lancar Moto Morini Calibro 700 2025 Versi Bagger, Harga RM35.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) memperkenalkan cruiser terbaharu, Moto Morini Calibro 700 2025 ke pasaran Malaysia dalam satu warna pilihan, Quartz Black (hitam).

Calibro 700 gaya Bagger ini ditawarkan pada harga RM35,888, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran. Berikut perincian cruiser ini:

  • Dijana enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 693cc DOHC 8-injap penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) Bosch, menawarkan kuasa 73.8hp @ 8,500rpm dan tork 68Nm @ 6,500rpm.
  • Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan klac sliper, manakala sistem pacuan jenis tali sawat.
  • Frem daripada tiub keluli dengan swingarm kembar.
  • Sistem suspensi fork teleskopik 41mm (depan) dan absorber kembar di belakang.
  • Panel meter kombi analog dan digital.
  • Sistem lampu LED penuh, termasuk lampu projektor dan lampu siang (DRL) di depan.
  • Brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper dwi-piston J Juan (depan), dan brek cakera tunggal 255mm dengan kaliper piston tunggal J Juan (belakang).
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran Bosch 10.3MB.
  • Rim aloi 18 inci dengan tayar Timsum 130/70 (depan), dan rim 16 inci dengan tayar Timsum 180/65 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,220mm, lebar 860mm, dan tinggi 1,260mm, manakala jarak roda 1,490mm.
  • Jarak tinggi bumi 140mm.
  • Tinggi pelana 705mm.
  • Berat 228kg dengan beban maksimum 378kg (termasuk berat motosikal).
  • Radius pusingan 5.2 meter.
  • Kapasiti tangki minyak 15 liter.
  • Ada port USB Type-A sebelah kiri bersebelahan tangki minyak.
  • Panel kepala Batwing saiz besar dengan visor angin.
  • Ada dua ruang simpanan kecil pada panel kepala, kiri dan kanan.
  • Pelana jenis terpisah dengan pelana pembonceng tebal.
  • Ada dua kotak simpanan di sisi belakang sebelah kiri dan kanan. Setiap satu kotak simpanan berkapasiti 20 liter.
  • Waranti dua tahun dengan perbatuan tanpa had.
cruiser MForce Bike Holdings (MForce Bike) Moto Morini Calibro 700 Moto Morini Calibro 700 2025 roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    31/03/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.