• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Benz Mahu Jual Replika Kereta Pertama Dunia - Benz Patent-Motorwagen

Mercedes-Benz Mahu Jual Replika Kereta Pertama Dunia - Benz Patent-Motorwagen

July 4, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


REPLIKA automobil pertama dunia, Benz Patent-Motorwagen akan dijual Mercedes-Benz Classic. Kereta roda tiga itu dibina Karl Benz pada 1885 dan dijual pada harga 600 Imperial Jerman, atau AS$4,000 (RM16,154) mengikut nilai mata wang sekarang.

Dunia mula menerima ciptaan pertama Benz pada 3 Julai 1886, dan enam tahun kemudian, kira-kira 25 unit lagi dihasilkan.

Patent-Motorwagen dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 954cc yang dibangunkan Benz. Dengan hantaran kuasa di bawah 1 hp pada rev 400rpm, enjin tersebut ialah mesin revolusioner pada masa itu. Bagaimanapun, Patent-Motorwagen versi selepas itu tampil dengan enjin lebih berkuasa, termasuk trenkuasa 2hp yang mampu menggerakkan kenderaan hingga 16kmj.

Replika istimewa itu, yang kini dijual pakar jualan terkenal dari Jerman, All Time Stars, dibaik pulih semula pada 2002 sebagai sebahagian replika dibawah seliaan Mercedes-Benz untuk tujuan pameran dan muzium.

Tiada butiran perbatuan disediakan, tetapi kenderaan itu dikatakan memiliki catatan perbatuan rendah dan dijaga dalam kondisi sebenar daripada pakar Mercedes-Benz Classic. Malangnya, tiada harga diumumkan, dan hampir mustahil memberikan nilai tepat kenderaan itu.

PERINTIS REVOLUSI

Berbanding Mercedes-Benz moden, Patent-Motorwagen jelas sekali asing. Apa yang dapat dilihat ialah tiga roda dan tiada kabin tertutup. Sebaliknya, dipasangkan dengan kerusi kulit untuk seorang yang diletakkan atas enjin pembakaran bersaiz kompak.

Kenderaan ini juga dipandu menggunakan kawalan tangan dan bukan pedal. Semestinya ciptaan ini  kelihatan seperti sejarah kuno, tetapi cuba bayangkan kehadiran jentera ini pada zaman manusia masih menggunakan kuda sebagai kenderaan rasmi.

Tambahan, inilah kenderaan yang merintis perkembangan era automobil sedunia.

SUMBER: CarScoops

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Benz Patent-Motorwagen, Karl Benz, Mercedes-benz, Mercedes-Benz Classic, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my