
MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) menutup tirai 2025 dengan pelancaran dua kenderaan utiliti sukan (SUV) premium baharu: Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC, dan Mercedes-Benz GLE 400 e 4MATIC dengan teknologi EQ Hybrid.
Kedua-dua model itu dipasang tempatan (CKD) di Kilang Mercedes-Benz Pekan, dengan menyasarkan dua pelanggan berbeza yang mahukan SUV petrol prestasi moden, dan satu lagi fleksibiliti PHEV dengan jarak elektrik jauh.
Pelancaran itu mengukuhkan kedudukan Mercedes-Benz sebagai jenama mewah paling lengkap penawaran SUV di Malaysia.
1. Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC
GLC generasi baharu kini menyambut kehadiran varian Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC yang menawarkan pakej lengkap SUV mewah, sporty dan moden, tetapi dengan harga permulaan lebih menarik.
Trenkuasa
- Dikuasakan enjin hibrid ringan (MHEV) 48V 2.0L turbo
- Output kuasa 204hp, dan tork 320Nm
- Sistem generator penghidup bersepadu (ISG) dengan enjin MHEV 48V
- Pecutan 0 - 100kmj sepantas 7.8 saat
- Kelajuan maksimum 221kmj
Kuasa disalurkan melalui transmisi 9G-TRONIC dan sistem pacuan semua roda 4MATIC yang stabil dan meyakinkan atas pelbagai permukaan jalan.
Rekabentuk, Ciri
Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC hadir standard dengan:
- AMG Line exterior
- Rim AMG 20 inci
- Lampu prestasi tinggi LED High Performance dengan Bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHBA)
- Bonet lut sinar untuk mod off-road
- Pakej parkir Parking Package dengan kamera 360°
Bahagian dalaman pula menampilkan:

- Kabin AMG Line, dengan balutan kulit ARTICO
- Kluster instrumen digital 12.3 inci dan unit infotainmen 11.9 inci
- Sistem navigasi MBUX Navigation Premium dengan navigasi realiti terimbuh AR Navigation
- Pengecas wayarles
- Sistem penghidup Keyless-Go
- Lampu kabin ambien 64 warna
Harga
RM329,888, atas jalan tanpa insurans, termasuk cukai jualan SST 10 peratus.
2. Mercedes-Benz GLE 400 e 4MATIC
Mercedes-Benza GLE 400 e 4MATIC ialah kenderaan hibrid plug-in (PHEV) pertama dalam keluarga GLE di Malaysia, yang menawarkan kombinasi paling seimbang antara tenaga elektrik, keselesaan jarak jauh, dan kuasa SUV besar.
Kuasa, Jarak
- Dikuasakan 2.0L turbo dengan motor elektrik
- Output kuasa 381hp, dan tork 650Nm
- Pecutan kuasa 0 - 100kmj sepantas 6.1 saat
- Jarak pemanduan elektrik hingga 114km (ujian WLTP)
- Pengecas AC 11kW, kabel Mode 2 disertakan
- Mampu bergerak off-road sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik
Suspensi, Pemanduan
- Sistem AIRMATIC dengan damper adaptif (ADS+)
- Pacuan semua roda 4MATIC AWD
- Pengendalian lebih stabil, premium dan senyap
Rekabentuk, Ciri
Luaran AMG Line dilengkapi:
- Rim AMG 21 inci
- Lampu utama MULTIBEAM LED dengan Bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHBA) Plus
- Bumbung surian gelongsor panoramik
- Sil pintu iluminasi
Aspek dalaman dilengkapi:

- Kemasan ppholsteri ARTICO dan MICROCUT
- Paparan dwi skrin 12.3 inci
- Navigasi MBUX AR
- Lampu kabin ambien 64 warna
- Kerusi belakang boleh laras elektrik
- Kawalan suhu THERMOTRONIC
- Sistem audio premium Burmester® 3D Surround System 590W
Bagi aspek keselamatan keselamatan, model itu hadir dengan pakej lengkap:
- Pakej bantuan pemandu Driving Assistance Package Plus sepertti kawalan jelajah adaptif (ACC) DISTRONIC, Bantuan Stereng (SA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan lain-lain.
- Pakej parkir Parking Package 360°
- Bonet transparen
- Sistem antikecurian GUARD 360°
Harga
RM498,888 (atas jalan tanpa insurans, termasuk SST 10%)
GLC atau GLE, Mana Satu Pilihan Anda?
| Model | GLC 200 4MATIC | GLE 400 e 4MATIC |
|---|---|---|
| Trenkuasa | petrol MHEV 48V | petrol PHEV |
| Kuasa | 204hp / 320Nm | 381hp / 650Nm |
| Jarak EV | - | 114 km |
| Fokus | Harian, premium, sporty | Famili, teknologi, jarak jauh |
| Harga | RM329,888 | RM498,888 |
MBM Perkukuh Tawaran SUV Premium
Pelancaran Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC dan GLE 400 e 4MATIC membuktikan MBM terus memperkukuh penawaran SUV premium dengan pilihan teknologi untuk semua, sama ada pengguna tradisional yang mahukan enjin petrol moden atau famili urban yang bersedia menuju elektrifikasi.
Dua SUV, dua karakter, tetapi satu tujuan, iaitu membawa pengalaman pemanduan Mercedes-Benz yang lebih mewah, lebih pintar dan lebih relevan untuk pasaran Malaysia hari ini.




























































































































































Leave a Reply