Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-AMG GLA 35 (2022) CKD Kini di Malaysia, Harga RM363k!
Roda4

Mercedes-AMG GLA 35 (2022) CKD Kini di Malaysia, Harga RM363k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan Mercedes-AMG GLA 35 (2022) serentak dengan pelancaran model AMG A35 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

AMG GLA 35 adalah satu lagi produk pemasangan tempatan (CKD) di kilang Pekan, Pahang pada harga RM363,888, tidak termasuk insurans.

BACA >>> MBM Lancar AMG A35 Sedan (2022) Versi CKD, Harga Mula RM343k!

Berikut perinciannya:

  • Pilihan warna disediakan: Denim Blue, Polar White, Iridium Silver, Mountain Grey dan Cosmos Black.
  • Trenkuasa sama seperti sedan AMG A35 jenis petrol 4-silinder 1,991cc pengecas turbo berkuasa 306hp @ 5,800rpm dan tork 400Nm @ 3,000-4,000rpm.
  • Perbezaan ialah sistem transmisi jenis dual-klac (DCT) 8-kelajuan AMG Speedshift 8G DCT, manakala sistem pacuan sama, AMG Performance 4Matic (semua roda).
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 5.2 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj sama seperti sedan AMG A 35.
  • Menerima sistem kawalan suspensi AMG Ride Control dan AMG Dynamic Select sebagai ciri standard.
  • Rim aloi lima jejari kembar 20 inci dengan warna hitam kusam.
  • Rupa depan menampilkan beberapa kelainan berbanding GLA standard, termasuk grill AMG vertical louvre dan apron depan AMG dengan spliter.
  • Bampar belakang AMG ada difuser dan dua muncung ekzos. Begitu juga spoiler atas cermin belakang.
  • Ruang kabin menerima kerusi sport kulit tiruan (leatherette) Artico atau gentian mikro Dinamica hitam (sama seperti AMG A 35).
  • Ada tali keledar merah dan kerusi dengan  sulaman benang merah.
  • Stereng AMG Performance dengan balutan kulit Nappa dan butang rotari AMG.
  • Hadir dengan lampu utama multisuluh (multibeam) LED dengan Bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB).
  • Bumbung dengan rel bersama lampu keliling dengan logo bintang Mercedes.
  • Hadir dengan pakej kamera 360º, Bantuan Parkir Aktif (APA) dengan Parktronic, pakej Jejak Lorong, Bantuan Titik Buta (BSA), Bantuan Kekal Lorong Aktif (LKAA), Bantuan Amaran Keluar (DWA) dan Bantuan Brek Aktif (ABA).
  • Pakej Keyless-Go Comfort dan Akses Bebas Tangan dengan Keyless-Go didatangkan bersama ciri keselamatan Urban Guard.

BACA >>> Tun M: Kualiti Bakal SUV Pertama Proton Sangat Bagus, Setaraf Kereta Eropah
BACA >>> Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955) Ini Dijual RM630j!
BACA >>> Hab Sehenti 7 Tingkat Mercedes-Benz, Hap Seng Star Setia Alam Autohaus Dibuka!
BACA >>> Mercedes Benz GLC 300e 4Matic (CKD) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM374k!
BACA >>> #SembangDeras: Ambulans Langgar Persona, Siapa yang Bersalah?

Auto Terkini Mercedes-AMG GLA 35 Mercedes-Benz Malaysia Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Roda4 SUV Kompak Jerman SUV Mercedes AMG
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.