Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri Gesa PLUS, TnG Selesaikan Isu RFID!
Auto Terkini

Menteri Gesa PLUS, TnG Selesaikan Isu RFID!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go (TnG) menyelesaikan semua isu berbangkit mengenai teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Malah Kementerian Kerja Raya (KKR) juga sudah memanggil PLUS dan TnG untuk memastikan supaya semua isu pelaksanaan RFID dapat diselesaikan secepat mungkin.

BACA >>> 83 Plaza Tol PLUS Mulakan Operasi RFID 10 Malam, Sabtu Ini

Fadillah dalam kenyataan berkata;

Untuk makluman, semua ini hanya merupakan projek rintis, maknanya hanya satu daripada lorong tol dipasang RFID. Yang lain masih ada SmartTAG dan TnG.

“Walaupun transaksi tol RFID telah beroperasi, namun pengguna masih mempunyai pilihan untuk menggunakan lorong transaksi melalui kad TnG  dan juga lorong SmartTAG.”

Tegas beliau, KKR akan terus memantau dan memastikan PLUS dan TnG menyelesaikan apa saja isu berkaitan penggunaan Lorong RFID. Beliau berkata lagi;

“Bukan saja RFID, malah Smart Tag dan sebagainya supaya apa juga aduan orang ramai diambil serius.

“Pihak terbabit perlu menyelesaikan segera semua permasalahan supaya tidak menyusahkan, malah akan memberi kemudahan dan kesenangan kepada pengguna jalan raya terutama untuk mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas ataupun kesesakan di pondok tol seluruh negara.”

Menyentuh aduan dan rungutan awam mengenai RFID, KKR sudah meminta TnG dan PLUS supaya memberi penjelasan kepada orang ramai dan mencari penyelesaian terbaik terhadap apa juga isu berbangkit.

Pelaksanaan transaksi tol berasaskan teknologi RFID adalah inisiatif dilaksanakan PLUS, manakala RFID pula dibekalkan syarikat TnG.


Projek rintis RFID sudah dijalankan dalam kawasan bandar dan kini mula dilaksanakan PLUS di peringkat Lebuhraya Utara-Selatan.KKR juga menjelaskan projek rintis RFID untuk sistem tertutup di Lebuhraya PLUS sudah dilaksanakan di jajaran Hutan Kampong-Sungai Dua bermula 22 Julai 2020 hingga 30 Oktober 2021.

Pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) pula dilaksanakan di laluan Juru (Pulau Pinang) hingga ke Skudai (Johor) di Lebuhraya Utara-Selatan bermula jam 10 malam, 15 Januari 2022.

BACA >>> Tak Rela Dikecam, PLUS Malaysia Tutup Semua Komen Facebook Pasal RFID!
BACA >>> Plaza Tol Sesak Teruk Gara-Gara RFID, Netizen Lepas Geram di Media Sosial
BACA >>> NGO: PLUS, TnG Tidak Cukup Perjelas Manfaat RFID
BACA >>> SmartTAG Lagi Laju daripada RFID!

Auto Terkini Datuk Seri Fadillah Yusof Kementerian Kerja Raya (KKR) PLUS Malaysia Berhad (PLUS) RFID TnG Touch N Go
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.