Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MCVE2019: Daihatsu Malaysia Perkenal Program Flit Perniagaan, Pamer Gran Max Green Kustom
Auto Terkini

#MCVE2019: Daihatsu Malaysia Perkenal Program Flit Perniagaan, Pamer Gran Max Green Kustom

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DAIHATSU (Malaysia) Sdn Bhd (DMSB) memperkenalkan Program Flit Perniagaan Daihatsu bagi menyediakan penyelesaian servis selepas jualan untuk pelanggan perniagaan kecil, sederhana hingga lebih besar.  Pelanggan Daihatsu yang menyertai program berkenaan akan menerima manfaat:

  • Penyelesaian Rangkaian Kenderaan – Bermula van panel hingga permohonan 17 aplikasi badan daripada segmen medium hingga berat.
  • Insentif Jualan dan Perkhidmatan – Rebat istimewa dengan pembelian flit baharu Daihatsu dan diskaun alat ganti.
  • Servis Mobile Daihatsu – Perkhidmatan kenderaan di lokasi khusus untuk pelanggan flit Daihatsu tanpa caj tambahan.
  • Servis Lanjutan Waranti Kenderaan – 5 tahun/150,000km.
  • Kontrak Servis Penyelenggaraan – Pelan penyelenggaraan perkhidmatan peribadi dengan servis tambah nilai tambahan.
  • Terma Fasiliti Kredit Servis – Hingga RM10,000 dengan terma kredit 30 hari untuk penyelenggaraan kenderaan.
  • Program Latihan Keselamatan Pemandu – Meningkatkan skil pemanduan peribadi, keselamatan jalan raya, penyelenggaraan kenderaan dan memastikan tempoh operasi lebih lama.
  • Servis Baik Pulih Kemalangan dan Tuntutan Insurans – Pusat sehenti baik pulih automotif dan tuntutan insurans bagi memastikan kepuasan dan keyakinan pelanggan secara total.

BACA >>> Daihatsu Mira Gino L700 – Not For Sale

Pada majlis sama, DMSB turut mempamerkan produk baharu, van Gran Max Panel (AT) sempena Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2019. Van yang pertama dalam kelasnya itu direka khusus untuk memenuhi keperluan perniagaan berasaskan penghantaran, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perniagaan flit dan agensi Kerajaan, termasuk memberikan prestasi kukuh dan penggunaan bahan api efisien.

Van pacuan roda belakang (RWD) ini mampu membawa beban hingga 2,000kg dan dipacu enjin 1.5L DOHC DVVT dengan teknologi suntikan bahan api erlektronik (EFI). Ia sangat sesuai digunakan dalam kawasan bandar dengan situasi trafik padat dan pelbagai jenis keadaan jalan, termasuk dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dua beg udara SRS dan stereng kuasa untuk pengendalian lebih mudah.

BACA >>> Daihatsu Grand Max Buka Tempahan, Harga RM69,888 dan Servis Setahun Percuma untuk Pembeli Awal

Tidak ketinggalan, di reruai DMSB turut dipamerkan van panel kustom, van Gran Max Green yang lengkap dengan kemasan pembalut bdan (body wrap) dan aksesori kit badan tambahan seperti lampu siang (DRL), bar bull, panel moulding sisi badan, pelindung cermin sisi, visor matahari, sil  pintu dan rim sport 15 inci.

Daihatsu Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd Daihatsu Van Gran Max Green Daihatsu Van Gran Max Panel Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2019 Program Fleet Perniagaan Daihatsu Trak Van Komersial
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.