Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»McLaren W1 2025 Sambung Legasi F1, P1 dengan Enjin Hibrid 4.0L V8 Turbo Kembar
Roda4

McLaren W1 2025 Sambung Legasi F1, P1 dengan Enjin Hibrid 4.0L V8 Turbo Kembar

Abang HirataBy Abang Hirata14/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIPERKENAL pada 1992, McLaren F1 mempunyai status istimewa dalam kalangan model prestasi kelas langka dunia. Dikeluarkan hingga 2018 atau 2000, sebanyak 106 unit dihasilkan dalam pelbagai varian seperti LM, GT, HDK dan GTR.

McLaren F1 mungkin nampak bersahaja, tetapi empat lagi varian tampil garang dengan enjin BMW S70/2 6.1L yang menghasilkan output kuasa 627ps dan tork 650Nm.

Keunikan McLaren F1 (fota atas) terletak pada tiga kerusi dengan pemandu duduk di depan dan tengah. Selepas pengeluaran model ini tamat, McLaren tidak aktif hingga MP4-12C debut pada 2010.

Model agung McLaren datang lagi menerusi pengenalan P1 pada 2013 dalam rekabentuk seksi yang menggabungkan bucu lembut, beralun, bawah rata dan sayap aktif boleh buka tinggi di belakang.

Lebih sedekad lalu, McLaren F1 sudahpun menggunakan trenkuasa hibrid dengan enjin 3.8L V8 turbo kembar yang menghasilkan output kuasa 737ps (734hp) dan tork 720Nm serta motor elektrik 132kW berkuasa 179ps (176hp) dan tork 260Nm.

Output kuasa keseluruhan mencecah 916ps (913hp), dan model ini bukan hibrid biasa, tetapi jenis hibrid plug-in (PHEV) yang mana tempoh mengecas mengambil masa dua jam. McLaren F1 juga boleh dipandu dalam mod elektrik hingga 10km dengan bateri litium-ion berkapasiti 4.7kWj.

MCLAREN W1 SAMBUNG LEGASI

Dari 2013 hingga 2015, sebanyak 375 unit McLaren F1 dalam beberapa edisi sepeti GTR dan LM. Sekali lagi selepas sedekad, McLaren menggegarkan dunia kereta prestasi menerusi model pengganti atau ‘1’ baharu selepas F dan P, iaitu  McLaren W1 2025.

Kali pertama melihat McLaren W1 2025, gaya robotik begitu menyerlah dengan garis dan lengkung di sana-sini. Aura P1 masih dirasai, tetapi berbeza dan ibarat anjakan besar.

Tarikh pengenalan juga menarik, iaitu 6 Oktober 2024 yang menjadi detik ulang tahun ke-50 Emerson Fittipaldi memenangi Kejuaran Formula Satu (F1) pertama kategori Pemandu dan Pengeluar buat McLaren pada 1974.

Berikut perincian McLaren W1 2025:

  • McLaren W1 ialah supercar pelbagai kegunaan sama ada atas jalan raya biasa atau litar.

  • Antara ciri unik ialah McLaren Active Long Tail yang mana sayap dikeluarkan 300mm ke belakang (bukan atas) sebanyak 300mm.
  • Dijana enjin MHP 4.0L V8 turbo kembar baharu dengan output kuasa 928ps (925hp) dan tork 900Nm, manakala output kuasa gabungan 1,275ps  (1,272hp)cdan tork 1,340Nm, tertinggi untuk kereta McLaren.
  • Pecutan 0-200kmj sepantas 5.8 saat, manakala 0-100kmj pula mengambil masa 2.7 saat sahaja. Pecutan 0-300kmj kurang 12.7 saat.
  • Kelajuan maksimum dihadkan 350kmj.
  • Transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan baharu dengan E-reverse, diferensial hidraulik baharu, dan pacuan roda belakang (RWD).
  • E-module (modul elektronik) berkuasa 347ps (344hp) dengan motor elektrik dan unit kawalan disepadukan untuk berat lebih ringan dan pakej optimum. Bateri 1.384kWJ, dan mod pemanduan elektrik 2.57km.
  • Berat 1,399kg dengan nisbah kuasa kepada berat 911ps/tan. Berat unit pacuan elektrik (EDU) 20kg, manakala berat komponen hibrid dikurangkan 40kg berbanding P1.
  • Mod Race dengan ciri aerodinamik badan kereta direndahkan 37mm di depan dan 17mm (belakang) dengan daya mendap 1,000kg.
  • Sistem Suspensi McLaren Race Active Chassis Control III baharu dengan mod Race, dan sistem stereng McLaren Hydraulic Performance Steering.
  • Casis monokok gentian karbon McLaren Aerocell dan pintu McLaren Anhedral Doors (‘pintu gunting’ jenis buka atas,  dioptimum untuk prestasi aerodinamik dan dibuat menggunakan teknik sukan permotoran.
  • Suspensi depan diilhamkan daripada F1 yang dipautkan secara terus pada Aerocell dengan lengan depan boleh dilihat dari luar.
  • Komponen utama dihasilkan menggunakan cetakan 3D untuk mengurangkan berat termasuk penggunaan komponen titanium.
  • Kerusi disepadukan pada Aerocell.
  • Brek McLaren Carbon Ceramic Racing+ (MCCR+). Kaliper 6-piston di depan, 4-piston di belakang.
  • Sistem brek cakera 390mm dengan tambahan lapisan seramik, berbanding cakera seramik karbon sebelum ini. Rim 19 x 9.5J di depan, dan 20 x 12.0J (belakang).
  • Tayar jenis Pirelli P ZERO R Tires, dan Pirelli P ZERO Trofeo RS 265/35  (depan) dan 335/30 (belakang).

McLaren W1 ditawarkan pada harga kira-kira ¥2juta (RM11.2 juta) di Britain, termasuk cukai dan harga akhir bergantung tempahan khas MSO. Semua 399 unit McLaren W1 dilaporkan sudahpun ada pemilik.

Emerson Fittipaldi McLaren McLaren W1 McLaren W1 2025 Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.