Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»McLaren Senna Ride-On – Kereta untuk Si Kecil dengan Skala Comel 10/10!
Aksesori

McLaren Senna Ride-On – Kereta untuk Si Kecil dengan Skala Comel 10/10!

Abang HirataBy Abang Hirata04/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETAHUN dua ini ialah tempoh sibuk buat McLaren. Ada saja model baharu dilancarkan seperto 600LT Spider, GT baharu, Senna GTR versi trek dan pengenalan 620R dan McLaren Elva.

Tahun ini McLaren memperkenalkan 765LT. Ada model lagi sebenarnya, iaitu McLaren Senna Ride-On yang nampak sangat comel kerana dikhaskan untuk kanak-kanak atau pelumba junior.

BACA >>> Bentley Hasilkan Mainan Garaj Kayu dan Kereta Mainan untuk Si Cilik

Model cilik ini diilhamkan daripada jentera trek McLaren paling ekstrem ketika pelumba legenda Ayrton Senna menjadi juara dunia Formula Satu (F1) bersama McLaren.

Senna Ride-On dikhaskan kepada kanak-kanak berusia 3-6 tahun. Namun, pemandu F1 McLaren, Lando Norris pun boleh memuatkan badannya ke dalam kereta itu untuk diuji.

McLaren pada 2019 memperkenalkan 720S Ride On. Justeru model Senna ini menawarkan fungsi sama seperti pintu dihedral (buka ke atas) untuk akses mudah. Dalam kabin, si cilik boleh memulakan perjalanan dengan menekan butang penghidup tekan (push button) dan mengaktifkan bunyi enjin McLaren Senna.

BACA >>> Ferrari Enzo (2003) dengan Odometer 2,011km Ini Dijual RM11.3j!

Lagi ciri menarik,  Senna Ride-On dilengkapi muzik yang dimainkan menerusi unit infotainment dengan capaian fail daripada peranti USB atau kad memori SD. Ia turut dilengkapi brek yang boleh berfungsi, termasuk lampu brek. Perincian juga dibikin sempurna dan sepadan dengan jenama dibawa.

Ada lima warna ditawarkan Black, White, Mira Orange, Vega Blue dan Memphis Red, serta ada satu lagi warna eksklusif untuk penjual McLaren iaitu kuning dengan hijau yang merujuk kepada helmet lumba milik Senna.

Senna Ride-On dijual pada harga £375 (RM2,060) untuk pasaran Britain dan sudah boleh dipesan menerusi Penjual McLaren dan penjual mainan terpilih.

BACA >>> Restorasi Sempurna, McLaren F1 Ini Ibarat Baru Keluar dari Kilang

GALERI
Kereta Mainan Kanak-Kanak Lando Norris McLaren McLaren Senna McLaren Senna Ride-On Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.