Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MB: Empat R&R Sementara di Lebuhraya LTU Siap Sebelum Aidilfitri!
Auto Terkini

MB: Empat R&R Sementara di Lebuhraya LTU Siap Sebelum Aidilfitri!

SyafieBy Syafie20/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN Negeri Pahang mengumumkan empat hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) akan siap beberapa hari sebelum Aidilfitri dengan peruntukan RM2.5 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan R&R itu bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna yang menghadapi kesukaran mencari tempat berehat dan tandas ketika perjalanan ke Kelantan serta sempadan negeri tersebut.

Empat R&R sementara tersebut dibina di sepanjang 300km LTU, dengan dua hentian di Bentong (laluan pergi dan balik) dan satu di Lipis serta Raub. Semua R&R itu dijangka siap dalam empat hingga lima hari sebelum Aidilfitri.

Menurut Wan Rosdy, peruntukan Kerajaan Negeri digunakan terlebih dahulu dan akan diganti semula Kerajaan Persekutuan.

Mengenai pembinaan R&R kekal, beliau memaklumkan Kerajaan Persekutuan sudahpun merancang projek tersebut, tetapi tempoh pelaksanaan masih belum pasti. Sebagai penyelesaian jangka pendek, R&R sementara itu akan memberi sedikit keselesaan kepada pengguna.

Wan Rosdy turut menasihati pengguna jalan raya supaya memanfaatkan kemudahan disediakan dan menjaga kebersihan kawasan R&R.

Malah, beliau mengingatkan pengguna supaya berhati-hati ketika memandu, memeriksa kenderaan sebelum perjalanan, dan berehat jika mengantuk. Selain itu, beliau juga berharap kemalangan, terutama melibatkan kehilangan nyawa, dapat dikurangkan pada musim perayaan ini.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy turut mengumumkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dijangka berlangsung pada minggu ketiga April.

Tentang Lebuhraya LTU

Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) adalah projek Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk membina jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala (4-lane dual carriageway) sepanjang hampir 299.4km dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bentong, Pahang.

Projek ini secara keseluruhan menelan belanja kos RM7.7 bilion.

SUMBER: SinarHarian | KKR

Auto Terkini Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Menteri Besar Pahang Rehat dan Rawat (RnR)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

    08/04/2026
    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.