Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda CX-30 (2023) Versi CKD Lancar dengan Empat Varian, Harga Mula RM128k!
Roda4

Mazda CX-30 (2023) Versi CKD Lancar dengan Empat Varian, Harga Mula RM128k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BERMAZ Motor sebentar tadi melancarkan model Mazda CX-30 (2023) versi pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Malaysia dengan harga permulaan RM128,109.

Mazda CX-30 (2023) ialah produk CKD ketiga yang dikeluarkan dari kilang Inokom Assembly di Kulim, Kedah selepas CX-05 dan CX-8. Berikut perincian kenderaan utiliti sukan (SUV) itu:

BACA >>> Mazda CX-30 (2020) Lancar di Malaysia, 10 Perkara Perlu Anda Tahu
BACA >>> Mazda Vision Study Model, Bayangan MX-5 Elektrik Baharu?

4 VARIAN, HARGA MAZDA CX-30 (2023) CKD

Mazda CX-30 (2023) CKD didatangkan dalam empat varian:

  • 2.0L 2WD STD – RM128,109
  • 2.0L 2WD High – RM136,109
  • 2.0L 2WD High+ – RM146,109
  • 2.0L 2WD High+ Premium – RM156,109

* Harga harga atas jalan, tanpa insurans di Semenanjung, pendaftaran persendirian.

TUJUH WARNA PILIHAN MAZDA CX-30 (2023) CKD

  • Machine Gray (kelabu)
  • Soul Red Crystal (merah)
  • Deep Crystal Blue (biru)
  • Platinum Quartz (putih krim)
  • Snowflake White Pearl (putih)
  • Jet Black (hitam)
  • Polymetal Gray (kelabu cerah)

SATU TRENKUASA, TIADA AWD

  • Mazda CX-30 (2023) CKDmenggunakan trenkuasa petrol 4-silinder SkyActiv 2.0L (1,998cc) DOHC 16-injap dengan VVT dan sistem suntikan bahan api (FI), berkuasa 162hp @ 6,000rpm dan tork 213Nm @ 4,000rpm.
  • Transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv dengan mod anjakan manual. Kelajuan maksimum 196kmj.
  • Semua varian dalam sistem pacuan dua roda (2WD) dan tiada pilihan pacuan semua roda (AWD) seperti model import (CBU).
  • Pilihan gred minimun petrol ialah RON95 dengan anggaran bahan api 6.4 liter per 100km.

RIM ALOI MAZDA CX-30 (2023) CKD

  • Sistem brek menggunakan brek cakera pada semua roda.
  • Sistem suspensi jenis strut MacPherson (depan) dan torsian beam (belakang).
  • Sistem stereng kuasa elektronik memudahkan pemandu membuat pusingan radius 5.3 meter.
  • Versi standard Mazda CX-30 (2023) CKD dengan rim aloi 16 inci, dan tayar: 215/65R, manakala tiga varian lain menggunakan rim 18 inci dengan tayar 215/55R.
  • Mazda CX-30 didatangkan dengan rim keluli standard 16 inci dan tayar ganti 185/65 untuk semua varian.
  • Dimensi juga sama semua varian, iaitu panjang 4,396mm, lebar 1,795mm dan tinggi 1,540mm, manakala jarak roda 2,655mm dan jarak tinggi bumi 175mm serta berat 1,436kg.

REKABENTUK LUARAN MAZDA CX-30 (2023) CKD

  • Menggunakan lampu LED penuh untuk lampu depan dan belakang, manakala lampu siang (DRL) jenis mentol.
  • Varian High, High+ dan High+ Premium pula dipasangkan LED untuk lampu depan, lampu belakang dan DRL dengan pencahayaan signatur.
  • Semua varian Mazda CX-30 (2023) CKD dilengkapi lampu utama automatik dan lampu undur LED. Tambahan lain ialah lampu kabus belakang.
  • Wiper cermin depan mendapat sensor hujan sebagai ciri standard semua varian.
  • Cermin sisi Mazda CX-30 (2023) CKD boleh laras elektrik, boleh lipat dan disepadukan dengan lampu signal belok.
  • Hanya varian High+ Premium ada tambahan bumbung suria boleh miring.
  • Spoiler belakang menjadi ciri standard semua varian.
  • Tiga varian atasan diberikan but elektrik.
  • Varian standard tiada sensor depan dan belakang seperti varian High, High+ dan High+ Premium (4 sensor setiap bampar).
  • Gril radiator High, High+ dan High+ Premium berwarna hitam.

KABIN MAZDA CX-30 CKD

Model Standard cuma ada tujuh perbezaan berbanding varian High, High+ dan High+ Premium, iaitu:

  • Cermin pandang belakang tanpa fungsi automalap. Varian High+ Premium mendapat cermin tanpa frem.
  • Tiada pedal syif.
  • Penyaman udara manual (varian lain automatik dual-zon)
  • Tiada ventilator penyaman udara belakang.
  • Kerusi pemandu boleh laras manual 8-tetapan (varian lain jenis elektrik 10-tetapan).
  • Tiada memori kerusi pemandu (varian lain ada memori 2-tetapan).
  • Material fabrik (kulit untuk tiga varian atasan).

PERSAMAAN KABIN SEMUA VARIAN

  • Semua varian ada butang tekan mula (push-start) dan Brek Parkir Elektronik (EPB).
  • Stereng dilengkapi butang kawalan audio dengan ciri sambungan bebas tangan Bluetooth dan fungsi Kawalan Jelajah.
  • Kluster instrumen TFT LCD berwarna 7 inci dengan paparan multi-info (MID).
  • Ada paparan dongak (HUD) berwarna.
  • Stereng boleh laras tinggi-rendah dan rapat-jauh dari badan pemandu. Stereng dibalut kulit.
  • Ada tombol pilihan mod pandu. Soket kuasa 12V turut disediakan di bahagian perehat lengan tengah.
  • Kapasiti kerusi untuk lima penumpang, dan kerusi baris kedua boleh rebah 60:40.

  • Unit infotainmen 8.8 inci dilengkapi teknologi pengecaman suara, sambungan Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto berserta dua port USB.
  • Tiga varian SUV didatangkan dengan kamera undur. Varian tertinggi menggunakan kamera pandang keliling 360º.
  • Teknologi lahu henti-mula (start-stop) dan Teknologi Kawalan Tambahan Vektor G disediakan sebagai ciri standard.

KESELAMATAN

Setiap varian Mazda CX-30 (2023) CKD dibekalkan ciri keselamatan sama seperti:

  • Beg udara SRS
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Lancar Bukit (HLA)
  • Fungsi pegun automatik (auto-hold)
  • Kunci pintu automatik
  • ISOFIX

Selain itu, beberapa ciri tambahan keselamatan diberikan mengikut varian seperti:

  • Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) – High dan High+
  • Kawalan Lampu Tinggi (HBC) – High+
  • Lampu Utama Adaptif LED (ALH) – High+ Premium
  • Pemantauan Titik Buta (BSM) – High+ dan High+ Premium
  • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA) – High+ dan High+ Premium
  • Amaran Trafik Lintasan Depan (FCTA) – High+ Premium
  • Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS) – High+ dan High+ Premium
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS) High+ dan High+ Premium
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAA) – High+ dan High+ Premium (termasuk pemantauan pemandu)
  • Sokongan Brek Pintar (SBS) depan, belakang: High+ dan High+ Premium
  • Sokongan Trafik dan Jelajah (CTS) – High+ Premium

BACA >>> Mazda6 20th Anniversary Edition (2023) Tampil Elegan dengan Warna Merah Spesial!
BACA >>> Mazda CX-90 (2024) Debut di AS dalam Pilihan Enjin Turbo MHEV, PHEV

Bermaz Auto Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mazda CX-30 (2023) CKD Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan

    17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.