Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda CX-3, Mazda2 (2024) Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM108k
Roda4

Mazda CX-3, Mazda2 (2024) Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM108k

FikriBy Fikri06/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor mengumumkan dua model baharu Mazda CX-3 dan Mazda2 versi dinaik taraf.

Berikut apa perlu anda tahu mengenai dua model tersebut:

Mazda CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus (2024)

Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini dibangunkan berasaskan falsafah rekabentuk Mazda yang menawarkan pemanduan dinamik atletik dan ciri kelas atasan dalam pakej ideal untuk landskap bandar.

Mazda CX-3 1.5 Plus dan 2.0 Plus dipertingkat dengan menambah baik konektiviti  dan ciri baharu yang menjadi standard untuk semua varian.

Aspek luaran dua varian itu kini dilengkapi lampu depan LED, lampu siang (DRL) LED, cermin sisi boleh lipat automatik dan sensor parkir belakang untuk mengesan objek berhampiran. Varian 2.0 Plus menerima rim aloi baharu.

Aspek dalaman dan konektiviti pula, Mazda CX-3 1.5L Plus dan 2.0 Plus kini dilengkapi pedal syif  dan sambungan Apple Carplay secara wayarles menerusi akses unit infotainmen 8 inci.

Ciri keselamatan dua varian itu kini ditambah empat beg udara, menjadikan enam beg udara keseluruhan, dan ada fungsi keselamatan i-Activesense seperti Kawalan Lampu Suluh Tinggi (HBC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sistem Amaran Tukar Lorong (LDWS) dan Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) yang sebelum ini cuma ada pada varian Mazda CX-3 2.0L High.

Mazda CX-3 2.0L High kekal tidak berubah, seperti rekaan lampu depan LED dan lampu belakang LED, pengecas wayarles QI, Apple Carplay wayarles, bumbung suria, monitor 360 dan teknologi keselamatan termaju i-ACTIVSENSE.

Antara tujuh warna ditawarkan: Snowflake White Pearl, Jet Black, Machine Grey, Polymetal Grey, Soul Red Crystal, Platinum Quartz (varian 2.0L High sahaja) dan Aero Grey (tambahan warna baharu).

Mazda CX-3 versi dipertingkat ini ialah model import (CBU) dari Thailand dan akan dijual pada harga RM115,720.

Mazda2 (2024)

Mazda2, diilhamkan daripada Evolved Kodo, iaitu konsep rekabentuk jiwa gerakan, memancarkan gaya, keyakinan dan kualiti dari setiap sudut.

Gril depan baharu dengan sayap kemasan Mazda memberikan fiil elegen, berani dan cantik yang menyerlahkan rupa sporty dan muda.

Mazda2 baharu ini menampilkan gril ‘sarang lebah’ (honeycomb) baharu dalam warna hitam dan aksen merah. Bahagian roda dipasang rim aloi hitam dan krom 16 inci yang memberikan kontras warna sporty.

Model baharu ini kini dilengkapi lampu depan automatik, wiper dengan sensor hujan, dan cermin sisi boleh lipat automatik, termasuk cermin pandang belakang automalap, dan kawalan jelajah.

Papan pemuka hitam, manakala material sued pada kerusi juga hitam dan dirapikan dengan sulaman benang merah.

Spesifikasi Mazda 2 1.5L High Sedan dan Hatchback kekal sama seperti lampu depan LED, konektiviti Apple Carplay dan Android Auto menerusi unit infotainmen 7 inci dan teknologi bantuan pemandu i-ACTIVSENSE.

Mazda2 menawarkan enam warna, iaitu Snowflakes White Pearl, Soul Red Crystal, Platinum Quartz, Polymetal Grey (varian Hatchback sahaja) dan warna baharu  Airstream Blue (varian Hatchback sahaja), termasuk Aero Grey (sedan sahaja).

Mazda2 (2024) baharu didatangkan dalam unit CBU dari Thailand pada harga bermula RM108,670.

Tempahan dua model versi dipertingkat itu, Mazda CX-3 dan Mazda 2  kini dibuka. Setiap pembelian hadir dengan waranti pengilang 5 tahun, dan servis percuma 5 tahun (kecuali BT-50), termasuklah caj upah, alat ganti dan minyak pelincir.

Kedua-dua waranti pengilang dan servis percuma itu menawarkan tempoh perlindungan lima tahun atau jarak perbatuan 100,000km. (mana satu tiba dahulu).

MAZDA CX-3
MAZDA2 (2024)
Maza CX-3 (2024) Mazda CX-3 1.5L Plus (2024) Mazda CX-3 2.0L Plus (2024) Mazda2 Mazda2 2024 Roda4
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.