Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda Bukan Lagi Jenama Arus Perdana, Tetapi Sudah Berstatus Mewah?
Auto Terkini

Mazda Bukan Lagi Jenama Arus Perdana, Tetapi Sudah Berstatus Mewah?

Han OthmanBy Han Othman19/03/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA dibandingkan dengan pesaing senegara seperti Honda dan Toyota dari segi angka jualan, pengeluar automobil dari Jepun, Mazda awal-awal lagi sudah menyerah kalah. Namun, pada mata peminat automotif, terutama peminat jenama itu, Mazda berada dalam kelas tersendiri.

Malah, ada menyamakan Mazda sebagai jenama mewah dari Jepun. Persoalannya, benarkah Mazda ialah jenama mewah?

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Mazda CX-30 (2020) yang Anggun Debut di Geneva

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Operasi Mazda Amerika Utara, Masahiro Moro berkata, Mazda memiliki kecenderungan untuk menarik minat kumpulan pembeli berpendapatan tinggi berbanding pembeli kebanyakan yang menjadi indikator premium bagi sesebuah jenama.

“Bukankah ada beberapa (jenama) premium berbeza? Premium Jerman, premium Jepun, premium Amerika, premium super, ada banyak jajahan berbeza.

“Tetapi kami cuba mengekal posisi unik kami. Kami mahu Mazda selalu jadi unik untuk arus perdana dan inilah sesuatu yang dicapai Mazda,” katanya.

ALTERNATIF PINTAR

Menurut Masahiro, pelanggan memilih Mazda sebagai alternatif pintar yang sangat baik berbanding jenama premium lain. Misalnya, varian premium Mazda menampilkan gaya kereta mewah dari segi material dalaman, kehalusan kerja tangan dan ciri ditawarkan.

Bagi varian Signature (Mazda versi premium di Amerika), rata-rata profil pembeli ialah daripada golongan berpendapat lebih AS$130,000 (RM530,000), yang sangat kaya. Semestinya mereka memilih Mazda kerana ia dilihat sebagai jenama mewah.

Bagi model arus perdana pula, kumpulan pembeli Mazda ialah daripada kalangan berpendapatan sekitar AS$80,000 (RM326,100) atau AS$90,000 (RM366,800), iaitu golongan kelas pertengahan atas, yang juga antara pembeli terbanyak jenama premium. Selain kemasan dalaman dan ciri pintar ditawarkan, ada banyak faktor yang membezakan Mazda dengan jenama arus perdana lain.

“Saya fikir rekabentuk dan dinamik pemanduan adalah benar-benar terjamin. Dua karakter itu betul-betul menentukan Mazda sebagai Mazda,” kata Masahiro.

Hasil pembangunan casis dan talaan enjin, Mazda mampu menawarkan prestasi terbaik dari segi kelancaran pemanduan, penjimatan bahan api dan janaan kuasa yang menjadi aspek penting bagi kenderaan premium.

“Saya fikir mungkin pendekatan kami, misalnya, rekabentuk enjin pembakaran dalaman, segalanya sangat unik berbanding arus perdana,” katanya.

PEMANDUAN GAYA MAZDA

Mazda CX-9 Signature
Mazda6 Signature
Interior Mazda CX-9 Signature

Enjin 4-silinder 2.5L pada sedan Mazda6 dan crossover CX-9 misalnya, ditala khas untuk menghasilkan tork pada kelajuan rendah, lebih 420Nm yang pasti memudahkan pemanduan harian. Malah, enjin jenis aspirasi natural (NA) lebih seronok dipandu, lancar dan bebas rev lampau (free-revving).

BACA >>> Mazda CX-8 Buat Penampilan Sulung di Malaysia, Bakal Lancar Tahun Ini?

Mazda mungkin bukan pesaing kepada Mercedes-Benz atau Lexus, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, status jenama itu dilihat semakin beranjak kepada premium dengan menawarkan ekstra kemewahan berbanding produk arus perdana di pasaran.

Rasanya, situasi sama juga berlaku di Malaysia. Setuju?

SUMBER: AutoGuide

Auto Terkini Jenama Jenama Mazda Masahiro Moro mazda Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.