• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mat Motor Ini Beri Alasan Ekzos Bising Sebab Nak Jimat Minyak, Tapi Tetap Kena Saman

Mat Motor Ini Beri Alasan Ekzos Bising Sebab Nak Jimat Minyak, Tapi Tetap Kena Saman

December 28, 2018 By Aryon 4 Comments

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SESIAPA yang kena tahan polis dek ekzos bising mungkin boleh menggunakan alasan digunakan mat motor ini. Dia ditahan polis dalam Ops Lejang/Samseng Jalanan di Kilometer 61, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Rantau Abang, Dungun, semalam,

Kata mat motor seperti dipetik HMetro; “Ekzos bising ni jimat minyak tuan... pasal tu saya pakai ekzos ni."

Sempat juga dia merayu supaya tidak disaman sambil mengatakan ekzos motosikalnya tidak pernah mengganggu ketenteraman, malah tidak pernah kena marah dek penduduk kampung.

“Motor ini saya pakai nak jalan jauh je, kalau di kawasan kampung atau nak ke masjid saya guna motor lain. Saya ada anak isteri, takkan saya nak ganggu ketenteraman penduduk, malu anak isteri saya,” rayu mat motor yang menunggang jentera jenama Y itu dengan penuh optimis.

BACA >>> Polis England Tahan Lelaki Memandu dengan Burung Kakak Tua Bertenggek di Stereng

Malangnya, rayuan tersebut langsung tidak dilayan polis yang kemudian mengeluarkan saman dan meminta dia menggantikan ekzos itu dengan ekzos patuh undang-undang Malaysia.

“Mahal ekzos ni RM300, jimat minyak saya ni, mana ada wang saya nak bayar saman encik,” katanya sebelum menurunkan juga tandatangannya atas kertas saman, sebagai tanda pasrah dan berserah dengan ketentuan-Nya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, polis mengeluarkan 22 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi selama dua jam itu.

KESIMPULAN

Tabik juga untuk mat motor tu. Alang-alang kena tahan, tak salah mencuba merayu dengan bagi apa saja alasan yang terlintas dalam fikiran. Ingat, bagi alasan tak kena bayar, saman yang kena bayar.

Artikel Berkaitan

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kompaun, mat motor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Saman, Saman Ekzos Bising, Sekatan Polis

Comments

  1. WJS says

    December 28, 2018 at 11:40 PM

    Apa bodoh haramjadah punya alasan! Moto dengan ekzos bising bingit mcm sial ni patut kena sita dan dilupuskan terus je.. penunggang-penunggang mcm ni langsung tiada timbangrasa, sampah masyarakat je..

    Reply
  2. Alson says

    December 29, 2018 at 12:57 PM

    Hahaha... Kebanyakan motosikal standard kilang 900cc dan ke atas lebih bising dan bingit.. Adakah patut disita dan dilupus serta kilangnya ditutup..!!? Adakah semua penunggang² motor melebihi 900cc standard kilang tiada timbangrasa dan sampan masyarakat!!!?
    Hahaha... LMAO

    Reply
  3. mohd shohaimi mohd amin says

    February 11, 2019 at 11:25 AM

    saya tak paham sgt ttg udg2 mlysia ni. ngra2 luar apabila membeli sesebuah kenderaan bermakna kita berhak nk buat apa shja keatas kenderaan kita!.
    contoh : exzos moto/kereta ke, spotrim ke tinted ke dan mcm2 lagi. (modified)
    Tapi di mlsia kenderaan anda Adalah kenderaan JPJ atau Polis.
    saya rasa smpai bila2 rkyat tidak maju sbb semuanya slah disini sna, hahahaha...
    ngra lain dah mcm2 buat sukan jentera....malu lah....stuck with paranoid laws,,hakahk puii!

    Reply
  4. FTC says

    November 17, 2020 at 8:18 AM

    Macam bodoh pasal ekzos pon nak kena saman. Dahlah org tu beli pakai duit sendiri. Ada ke mintak mak bapak korang bayarkan? Yang nak saman kenapa? Kalau tak bagi pakai kenapa benarkan kedai kedai jual? Apa motif sebenarnya? Mmg saja nak keluarkan saman sebab tak cukup duit ke mcm mana?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
    YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my