• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Tali Keledar: Toyota Indonesia Panggil Balik Alphard, Vellfire

Masalah Tali Keledar: Toyota Indonesia Panggil Balik Alphard, Vellfire

May 8, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Astra Motor (TAM) memanggil  balik kira-kira 305 unit Alphard dan Vellfire di pasaran Indonesia disebabkan masalah tali keledar.

Pengarah Pemasaran TAM, Anton Jimmi Suwandy berkata, langkah itu dibuat selepas mendapati berlaku kerosakan pada mekanisme kunci yang menyebabkan ia tersekat hingga menjejaskan fungsi tali keledar.

"Jumlah ini bukan besar, cuma kira-kira 305 unit dan membabitkan produk dihasilkan antara Ogos-September 2019. Pemilik-pemilik yang belum menerima panggilan, mereka boleh berhubung secara langsung atau menerusi talian hotline kami," katanya.

Pelanggan yang sudah mendapat panggilan pula diminta membuat tempahan slot baik pulih supaya pusat servis dapat menyediakan komponen dan juruteknik untuk kerja-kerja pembaikan. Ini kerana perintah larangan pergerakan yang dikuatkuasakan Jakarta ketika ini menyebabkan tidak semua pengedar dibenarkan beroperasi.

Pelanggan terjejas akan diarahkan berkunjung ke cawangan pusat servis yang beroperasi. Tiada caj dikenakan untuk menukar komponen tali keledar. Kerja baik pulih mengambil masa antara 30 minit hingga 3 jam bagi setiap kenderaan.

"Panggil balik ini sebahagian kempen keselamatan global kerana tali keledar adalah sangat penting. Jadi kami mesti memastikan ia berfungsi baik," kata Anton.

BACA >>> Toyota Vellfire, Alphard (2020) Buka Tempahan, Siap Waranti Kilang 5 Tahun!
BACA >>> 5 Fakta Pantas: Toyota Hiace (2019) Serba Baharu Lancar di Filipina, Bakal ke Malaysia?

SUMBER: Kompas

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Panggil Balik, Recall, Roda4, Toyota, Toyota Alphard, Toyota Astra Motor (TAM), Toyota vELLFIRE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my