Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAS Perkenal Pesawat Airbus A330neo Baharu, Debut KL-Australia Malam Ini
Auto Terkini

MAS Perkenal Pesawat Airbus A330neo Baharu, Debut KL-Australia Malam Ini

SyafieBy Syafie19/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA Aviation Group (MAG) secara rasmi melancarkan pesawat Airbus A330neo dengan nombor pendaftaran 9M-MNG yang bakal memulakan penerbangan sulung, malam ini dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia melalui penerbangan MH149.

Pengarah Urusan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pengenalan pesawat ini menandakan langkah transformasi signifikan bagi kumpulan tersebut.

Komitmen ini menunjukkan dedikasi kami meletakkan penumpang sebagai keutamaan dalam segala yang kami lakukan, dengan tujuan memberikan perjalanan luar biasa dan mencerminkan kehangatan dan layanan mesra Malaysia.”

Berikut perincian Airbus A330neo:

  • Dikuasakan enjin Rolls-Royce Trent 7000
  • Mempunyai 297 kerusi (28 Kelas Perniagaan, 269 di Kelas Ekonomi

Sebelum ini, MAG menandatangi memorandum persefahaman (MoU) dengan Airbus dan Avolon pada 2022 untuk memesan 20 unit A330neo, yang dijangka diserahkan antara 2024 dan 2028.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pesawat A330neo ialah simbol ketabahan, tekad, dan keyakinan kukuh terhadap kemajuan negara.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan mahu melihat Malaysia Airlines sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dan pelancong antarabangsa. Beliau menyatakan MAG memainkan peranan penting dalam menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan global.

Malaysia kini menjadi pembekal komponen terbesar kepada Airbus di Asean, misalnya komponen seperti perumah kipas enjin, avionik, dan komponen sayap logam.

Setakat ini, MAG mengendalikan 107 pesawat melalui subsidiari seperti:

  • Malaysia Airlines
  • Firefly
  • MASwings
  • MASkargo

Kumpulan ini turut merancang meluaskan barisan flit kepada 62 pesawat langsing (narrowbody) dan 52 pesawat lebar (widebody) menjelang 2033.

SUMBER: NST

Airbus A330neo Auto Terkini Datuk Kapten Inham Ismail Kementerian Pengangkutan (MOT) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Malaysia Airlines (MAS) Malaysia Aviation Group (MAG) MH149
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.