Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2025: Marquez Dominasi GP Jerman, Raih Kemenangan ke-9 di Sachsenring
Auto Terkini

#MotoGP2025: Marquez Dominasi GP Jerman, Raih Kemenangan ke-9 di Sachsenring

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam15/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Marc Marquez juara MotoGP Jerman 2025
JUARA dunia lapan kali, Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) terus membuktikan kehebatan di Sachsenring apabila meraih kemenangan Kejuaraan Dunia MotoGP ke-69 dalam karier dengan penampilan Grand Prix (GP) ke-200.

Adiknya, Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP), dan rakan sepasukan, Francesco Bagnaia melengkapkan podium tiga terbaik di MotoGP Jerman.

Marquez Curi Tumpuan Seawal Perlumbaan

Marc Marquez juara MotoGP Jerman 2025

 

Dengan cuaca kembali cerah menjelang perlumbaan, semua mata tertumpu kepada Marquez . Sebaik saja lampu hijau menyala beliau terus pecut ke kelompok depan dengan merebut kedudukan teratas.

Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) juga bermula cemerlang dari grid P6, sebelum naik ke-P3 seawal lap pertama.

Beberapa pertukaran kedudukan berlaku antara Di Giannantonio dan Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) untuk P2. Alex dan Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) tidak ketinggalan memberi tekanan dari belakang.

Acosta Jatuh, Marquez Jauh di Depan

Pedro Acosta terjatuh di Turn 1 MotoGP Jerman 2025

Malang menimpa Acosta apabila terjatuh di Turn 2 ketika berada di P5, sekali gus memberi peluang kepada Bagnaia naik ke P5 sementara Alex terus mengekori rapat Bezzecchi untuk P3.

Marquez pula mengekalkan rentak konsisten dengan catatan masa sekitar 1:20 minit, satu-satunya pelumba yang mampu berbuat demikian secara konsisten. Menjelang lap 16 daripada 30, jurang pendahuluan sudah pun mencecah lebih tiga saat.

Kemalangan Ganggu Saingan Podium

Fabio Di Giannantonio kemalangan di Turn 1 MotoGP Jerman 2025
Johann Zarco kemalangan di Turn 1 MotoGP Jerman 2025

Persaingan podium jadi semakin panas apabila Di Giannantonio terjatuh di Turn 1 pada lap 18, disusuli Johann Zarco (Castrol Honda LCR) yang turut tersingkir. Alex kemudian naik ke P3, diikuti Bagnaia yang mula memberi tekanan.

Namun drama Turn 1 berterusan yang kali ini Bezzecchi pula tergelincir dan tersingkir dari P2. Akibatnya, kedudukan tiga teratas kini menjadi milik Marquez, Alex, dan Bagnaia.

Turn 1 nyata ‘berhantu’ apabila Ai Ogura (Trackhouse MotoGP Team) terlibat dalam insiden bersama Joan Mir (Honda HRC Castrol), dan Lorenzo Savadori (Aprilia Racing) yang turut terjatuh di selekoh sama.

Raja Sachsenring Kekal Takhta

Marc Marquez juara MotoGP Jerman 2025

Tanpa cabaran sebenar di depan, Marquez menamatkan perlumbaan penuh bergaya, yang juga kemenangan ke-9 diraih beliau di Sachsenring. Alex, walaupun berlumba dengan kecederaan tangan, tetap merangkul tempat kedua, manakala Bagnaia mengubat kekecewaan dari sesi kelayakan dengan podium P3.

Ranking 10 Pelumba Terbaik MotoGP Jerman 2025

  1. Marc Marquez (Ducati Lenovo Team)
  2. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  3. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team)
  4. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha Team MotoGP)
  5. Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  6. Luca Marini (Honda HRC Castrol) – keputusan terbaik beliau bersama HRC
  7. Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing)
  8. Jack Miller (Prima Pramac Yamaha MotoGP)
  9. Raul Fernandez (Trackhouse MotoGP Team)
  10. Alex Rins (Monster Energy Yamaha MotoGP)

Seterusnya – Brno Menanti!

Litar Brno di Republik Czaech
Litar Brno di Republik Czaech

Dengan 200 perlumbaan dan 69 kemenangan, kini impian kejuaraan dunia kelas premier ketujuh semakin hampir. Marquez kini berada di puncak prestasi, dengan semua mata kini tertumpu ke GP Brno.

Mampukah pelumba lain menghentikan dominasi Raja Sachsenring di MotoGP Republik Czech nanti?

SUMBER: MotoGP

2025 Jerman MotoGP Auto Terkini Kejuaraan Dunia MotoGP 2025 Marc Marquez MotoGP MotoGP 2025
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.