Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marc Marquez Nak Pecah Rekod Pelumba Raih Mata Terbanyak di Sepang?
Auto Terkini

Marc Marquez Nak Pecah Rekod Pelumba Raih Mata Terbanyak di Sepang?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/11/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJUARAAN Dunia MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan berlangsung hujung minggu ini. Kehadiran juara awal, Marc Marquez pasti dinantikan peminat tegar pasukan Repsol Honda, dan begitu juga aksi legenda hidup, Valentino Rossi yang ada ramai peminat tegar di Malaysia.

Selain fokus membawa pasukan Repsol Honda sebagai juara pembina musim 2019, Marquez secara peribadi bakal menjadi pelumba yang mengumpul mata terbanyak sepanjang semusim kejuaraan. Sehingga kini, rekod itu dipegang rakan sepasukan, Jorge Lorenzo pada 2010.

BACA >>> Marquez Mujur Juara GP Jepun Sebelum Minyak Habis, Hafizh Tolong Tunda Motor ke Pit

Pada tahun itu Lorenzo berlumba bersama pasukan Yamaha dengan mengumpul 383 mata daripada 18 perlumbaan. Marquez pula kini mengumpul 375 mata setakat aksi terakhir di GP Australia. Jadi pelumba Sepanyol itu perlu 8 mata saja lagi untuk menyamai rekod Lorenzo.

Malah, jika Marquez menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh sekali pun, dia sudah pun mendapat 9 mata, sekali gus memintas rekod Lorenzo. Lebih afdal jika beliau memecahkan rekod di Sepang supaya sama dengan rekod Lorenzo, iaitu di pusingan ke-18.

Sebenarnya bukan isu pun jika Marquez meraih mata tersebut di Valencia dan bukan di Sepang kerana beliau tetap tercatat dalam sejarah sebagai pelumba yang mengumpul mata terbanyak.

Cuma apa yang kurang ialah mata tersebut diperoleh di pusingan ke-19, berbeza satu pusingan berbanding Lorenzo. Namun, Marquez kini lebih fokus kepada sasaran ‘Tiga Mahkota’ dan cuba untuk tidak dipengaruhi tekanan ketika pusingan di Malaysia.

BACA >>> Uruskan Marquez, Lorenzo dalam Repsol Honda Memang Satu Cabaran

Saya tak mahu fikir pasal rekod jumlah mata, kita cuma ‘follow the flow’ saja. Saya rasa selesa dengan Honda dan akan menikmatinya bersama  Repsol Honda. Jadi kami nikmati saja saat manis ini kerana situasi musin depan masih tiada jaminan. Mungkin musim depan kami lebih bergelut.

“Kami menang besar di Australia yang mana saya, Repsol Honda dan jentera saling bekerjasama dengan baik. Sekarang kami tiba di perlumbaan akhir dari tiga perlumbaan berturut-turut, tetapi ini bukan masa untuk rasa lega dan santai. Litar Sepang akan jadi kelebihan untuk Yamaha dan Ducati kerana mereka laju, tetapi misi kami terus berusaha dan meraih kemenangan lagi.”

BACA >>> MotoGP 19 Kini dengan Kepermainan AI Lebih Pintar yang Betul-Betul Mencabar!

SUMBER: FoxSport

2019 MotoGP Kejuaraan Dunia MotoGP Litar Sepang Marc Marquez MM93 motogp sepang motosikal MotoGP Pasukan Repsol Honda Repsol Honda Team Valentino Rossi
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.