Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mantan CEO Dyson Dilantik CEO Volvo Cars Baharu!
Auto Terkini

Mantan CEO Dyson Dilantik CEO Volvo Cars Baharu!

Abang HirataBy Abang Hirata20/01/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MANTAN Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Dyson Group, Jim Rowan bakal menyertai Volvo Cars sebagai CEO dan Presiden bermula 21 Mac ini.

Pelantikan ini nampak menarik kerana datang dari luar industri automotif, tetapi berpengalaman luas dalam bidang kepenggunaan. Beliau kini memegang jawatan di Ember Technologies sebagai CEO dan ahli lembaga pengarah serta sebelum itu CEO Kumpulan, Dyson Group.

Rowan akan menggantikan Håkan Samuelsson yang menjadi CEO dan Presiden sejak Oktober 2012 dan sebelum itu ahli lembaga pengarah Volvo Cars pada 2010.

Berikut profil menarik mengenai Jim Rowan:

  • Memiliki lebih 30 tahun pengalaman global dalam sektor teknologi dan konsumer.
  • Berpengalaman luas dalam bidang digitalisasi, inovasi, gendala (disruption), kejuruteraan dan rantaian bekalan yang bernilai untuk masa depan Volvo Cars.
  • Pelabur di Ember Technologies, ahli lembaga pengarah dan CEO bermula Februari 2021.
  • Ketua Pegawai Operasi (COO) Dyson Group (2012-2017) dan dinaikkan pangkat ke CEO bermula 2017 hingga 2020.
  • Sepanjang berkhidmat dengan Dyson, beliau terlibat memacu strategi e-dagang, memperkenalkan produk inovatif dan mengembangkan pegangan pasaran serata dunia.
  • Sebelum Dyson, beliau ialah COO BlackBerry.
  • Beliau kini turut menjadi penasihat kanan di firma pelaburan antarabangsa dan ahli jawatankuasa pemegang saham syarikat teknologi dan konsumer dari Jerman.

Berikut kenyataan pengurusan tertinggi Volvo Cars:

Eric Li, Pengerusi Lembaga Pengarah Volvo Cars

Saya amat berbesar hati mengalu-alukan Jim Rowan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars baharu. Volvo Cars sedang melalui transformasi pesat dalam bidang pendigitalan dan itulah sebabnya kami ingin membawa masuk CEO global dari luar industri automotif.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Håkan Samuelsson atas komitmen dan keazamannya selama 10 tahun bersama Volvo Cars.

“Håkan bersama pasukan pengurusannya berjaya mencipta barisan produk baharu dan kukuh, memposisikan semula Volvo sebagai jenama premium yang berada pada kedudukan baik untuk masa depan dan membolehkan penyenaraian (saham) Volvo Cars berjaya.”

Håkan Samuelsson, CEO dan Presiden Volvo Cars

Saya berbesar hati mengalu-alukan Jim ke tugas baharunya bagi menyambung perjalanan hebat Volvo Cars.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja Volvo Cars atas kemajuan luar biasa yang kami capai bersama dalam 10 tahun lalu, bukan saja menjadikan Volvo sebagai salah satu jenama automotif premium paling pesat berkembang dan paling dipercayai, tetapi juga kerana sentiasa berinovasi serta meneraju dengan tujuan.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk tahun-tahun mendatang.”

Samuelsson akan terus kekal di jawatannya hingga Rowan memulakan tugas pada Mac nanti. Beliau juga akan berundur dari lembaga Volvo Car AB, tetapi masih memegang jawatan sebagai Pengerusi Polestar Automotive Holding UK Limited.

BACA >>> Polestar 2 Tunjuk Apa Akan Berlaku Terhadap Bateri EV Jika Kemalangan
BACA >>> Geely Boyue Baharu Akan Guna Platform CMA Volvo, Enjin 3-Silinder 1.5L

Håkan Samuelsson
Auto Terkini CEO Volvo 2022 Hakan Samuelsson Jim Rowan Volvo Volvo Cars
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.