Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Malaysia Negara Asean Pertama Dapat BYD Sealion 7 2025, Harga Mula RM183.8k!
Roda4

Malaysia Negara Asean Pertama Dapat BYD Sealion 7 2025, Harga Mula RM183.8k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors (SDM) melancarkan kenderaan elektrik (EV) BYD Sealion 7 2025 ke pasaran Malaysia dalam dua varian, Premium dan Performance.

Pelancaran itu juga meletakkan Malaysia sebagai negara Asean pertama melancarkan BYD Sealion 7 2025.

HARGA

BYD Sealion 7 2025 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh berasaskan bateri (BEV yang ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • Premium: RM183,800
  • Performance: RM199,800

WARANTI

WARNA

Shark Grey
Cosmos Black
Atlantis Grey
Aurora White

Ada empat warna pilihan disediakan: Cosmos Black (hitam), Aurora White (putih), Atlantis Grey (kelabu) dan Shark Grey (kelabu).

PRESTASI

BYD Sealion 7 Premium

  • Menawarkan kuasa 230kW (320hp) dan tork 380Nm
  • Jarak pandu 567km
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6.7 saat

BYD Sealion 7 Performance

  • Menjanjikan kuasa 390kW (522hp) dan tork 690Nm
  • Jarak pandu 542km
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat

BATERI, MASA MENGECAS

  • Kedua-dua varian BYD Sealion 7 memiliki kapasiti bateri Blade sama, 82.5kWh.
  • SUV EV ini boleh dicas semula menggunakan pengecas pantas (DC) 150kW (CCS2) dan pengecas standard (AC) 11kW.
  • Juga dilengkapi ciri V2L (Vehicle-to-Load) sebagai pembekal kuasa untuk kegunaan perkakasan elektrik.

BEZA PREMIUM, PERFORMANCE

Berikut perbezaan antara BYD Sealion 7 Premium dan Performance:

  • Premium menggunakan rim 19 inci dengan tayar 235/50 (depan), dan 255/45 (belakang).
  • Performance dipasang rim aloi 20 inci dengan tayar 245/45.
  • Kaliper brek Performance berwarna merah, manakala Premium berwarna kelabu.
  • Performance dijana dua unit motor dalam pacuan semua roda (AWD), manakala Premium dijana motor tunggal dalam pacuan roda belakang (RWD).
  • Berat kasar Premium 2,225kg, manakala Performance 2,340kg.

GANJARAN, TRADE-IN

  • Sempena ulang tahun kedua BYD di Malaysia, pemilik EV itu boleh menyertai program jual semula (trade-in) BYD masing-masing eksklusif untuk memiliki BYD Sealion 7.
  • Pembeli awal diberikan kredit cas RM800 dan pengecas dinding percuma dengan syarat tempahan dibuat sebelum 17 November ini dan mendaftar kenderaan sebelum 31 Disember 2024.

PERINCIAN

  • Dimensi panjang 4,830mm, lebar 1,925mm, dan tinggi 1,620mm
  • Radius pusingan 5.85 meter
  • Ruang simpanan bawah bonet 58 liter, dan but 500 liter
  • Kapasiti tempat duduk 5 penumpang
  • Suspensi double-wishbone di depan, dan multi-link (belakang)
  • Sistem lampu LED penuh di depan dan belakang
  • Sistem penghidup tanpa kunci menggunakan kad kunci NFC
  • Pengecas wayarles
  • Sistem penyaman udara dual zon automatik, dan ada ventilator penyaman udara di belakang.
  • But kuasa
  • Bumbung panoramik
  • Tiada tayar ganti, tetapi dibekalkan kit baik pulih tayar
  • Stereng multifungsi
  • Unit infotainmen skrin sentuh 10.25 inci boleh ubah posisi vertikal dan horizontal
  • Dilengkapi konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay wayarles, termasuk Bluetooth
  • Sistem audio Dynaaudio dengan 12 pembesar suara
  • Kerusi kulit boleh laras elektrik 8-tetapan (pemandu), dan 6-tetapan (penumpang depan)
  • Ada ciri pengudaraan untuk tempat duduk depan
  • Ada port USB Type-A dan C (depan dan belakang)

KESELAMATAN

Aspek keselamatan terdiri daripada:

  • 9 beg udara
  • Kamera pandang keliling 360º
  • Sensor parkir depan dan belakang
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Jelajah Pintar (ACA)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Sistem Kuasa Brek Pintar (IBPS)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Elak Keluar Lorong (LDA)
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Sistem Brek dan Amaran Trafik Lintas Depan-Belakang (FRCTA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Pegun Bukit (AHA)
  • Bantuan Lampu Tinggi (AHB)
  • Paparan Dongak (HUD)
autoterkini BYD Malaysia BYD Sealion 7 Roda4 Sime Darby Motors (SDM) SUV Elektrik
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.