Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAHB, MOT dan APAD Jalankan Semakan Gangguan Perkhidmatan Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB, MOT dan APAD Jalankan Semakan Gangguan Perkhidmatan Aerotrain KLIA

SyafieBy Syafie23/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) kini bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi menyemak punca gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1, KLIA baru-baru ini.

Tiga Insiden Direkodkan Sejak Julai

MAHB memaklumkan, sejak sistem Aerotrain ditauliah pada 1 Julai 2025, sebanyak tiga insiden berlaku – pada 12 Julai, 3 September dan 15 Oktober – yang menyebabkan perkhidmatan dihentikan sementara.

Bagaimanapun, pergerakan penumpang antara terminal utama dan bangunan satelit kekal lancar menerusi perkhidmatan bas ulang-alik sementara.

Isu Kuasa dan Skop Kontraktor

Dua insiden pertama berpunca daripada peranti pengumpul arus (CCD) tercabut, menjejaskan bekalan kuasa laluan pandu.

Masalah ini berada dalam skop kerja Alstom, kontraktor utama bertanggungjawab terhadap sistem kereta api.

Sementara itu, gangguan pada 15 Oktober melibatkan masalah kuasa di kedua-dua laluan pandu – dalam bidang kerja IJM-Pestech Joint Venture (IPJV) yang mengurus sistem pengagihan kuasa dan pemasangan.

Dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan

MAHB menjelaskan ketiga-tiga insiden berlaku dalam tempoh liabiliti kecacatan (DLP), menjadikan kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerja pembetulan dan prestasi sistem.

Beberapa mesyuarat teknikal telah diadakan bersama Alstom dan IPJV untuk mempercepatkan penyelesaian serta menambah baik keandalan sistem.

5.75 Juta Penumpang Sejak Julai

Sejak beroperasi, tiga unit Aerotrain KLIA sudah membawa lebih 5.75 juta penumpang, melakukan 42,000 perjalanan, dan mencatatkan ketersediaan operasi 99.23 peratus.

MAHB turut menegaskan bahawa tiada penumpang terlepas penerbangan akibat gangguan terbabit.

Keselamatan Penumpang Tetap Keutamaan

MAHB menegaskan keselamatan dan kebolehpercayaan sistem Aerotrain kekal menjadi keutamaan utama.

Syarikat itu akan terus bekerjasama dengan MOT dan APAD bagi memastikan semua standard kawal selia dipatuhi serta mengekalkan keyakinan pengguna terhadap KLIA sebagai hab penerbangan bertaraf dunia.

SUMBER: AstroAwani

Aerotrain KLIA Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    SuperGT Jepun kembali ke Sepang
    Sukan Permotoran

    Autobacs SUPER GT Sepang 2026 Mungkin Dibatalkan, Perang Asia Barat Belum Reda

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.