Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lorenzo Tampil Kali Pertama dengan Baju Repsol Honda, Mampukah Gugat Marquez?
Auto Terkini

Lorenzo Tampil Kali Pertama dengan Baju Repsol Honda, Mampukah Gugat Marquez?

AryonBy Aryon03/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU-SATUNYA pelumba yang boleh diharapkan memecah dominasi adinda Marc Marquez, Jorge Lorenzo buat kali pertama menyarung baju Repsol Honda sebagai pasukan baharu yang disertainya untuk saingan musim ini.

Lorenzo, 31, disahkan berhijrah dari Ducati ke Repsol Honda pada Jun 2018, menggantikan tempat Dani Pedrosa yang mengambil keputusan bersara selepas berakhir saingan MotoGP musim lalu.

BACA >>> Uruskan Marquez, Lorenzo dalam Repsol Honda Memang Satu Cabaran

Pelumba asal Sepanyol itu sudah pun melakukan ujian pramusim bersama Repsol Honda pada November tahun lalu, tetapi belum pernah tampil di depan khalayak dengan seragam pasukan baharunya itu.

Terbaharu pada 2 Januari lalu, Lorenzo akhirnya tampil di depan kamera sambil menyarung kemeja polo putih Repsol Honda dengan dihiasi strip jingga dan pelbagai logo penaja di dada, lengan dan bahu.

“These colors represent success, above all else… Many wins and many titles in these past 25 years. I’m very proud to belong to this family and offer my contribution to make the team even stronger.” pic.twitter.com/W5tDCLvcOU

— Jorge Lorenzo (@lorenzo99) 2 January 2019

Coret pelumba berkumis itu dalam laman Twitter miliknya;

“Warna-warna ini mewakili kejayaan, mengatasi segalanya… Banyak kemenangan dan banyak gelaran sepanjang 25 tahun lalu. Aku sangat bangga dapat bersama famili ini dan dapat bagi sumbangan untuk buat pasukan ini semakin kuat.”

LORENZO BAKAL KACAU ADINDA MARQUEZ?


Kemasukan dalam Repsol Honda menyaksikan Lorenzo akan berlumba bersama rakan senegara yang juga seteru utamanya, adinda Marquez. Adakah akan berlaku konflik sesama mereka berdua kerana semua tahu, adinda sememangnya seorang pelumba yang nakal dan menjadi anak emas Repsol Honda sejak sekian lama.

BACA >>> Rossi: Aku Harap Boleh Pergi Masa Lalu Supaya Dapat Berlumba 10 Tahun Lagi

Sekadar mengingatkan, selain adinda Marquez dan mendiang Nicky Hayden, Lorenzo juga termasuk dalam senarai pelumba yang berjaya menyekat harapan kekanda Valentino Rossi daripada merangkul kejuaraan dunia buat kali ke-10, iaitu pada 2015. Lebih memilukan, kekanda dan Lorenzo pada tahun itu bersaing dalam pasukan yang sama, Movistar Yamaha dan beza mata kedua-dua pelumba itu pula hanya dipisahkan 5 mata saja. Ya, 5 mata saja!

Auto Terkini Jorge Lorenzo Marc Marquez MotoGP 2019 Repsol Honda roda2 sukan permotoran Valentino Rossi
Aryon

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.