KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) tiada kuasa menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siee Fook.
Menurut Loke, tambang bas sekolah kini tidak lagi dikawal Kementerian kerana isu tersebut tidak berada bawah bidang kuasa mereka.
Tambang bas sekolah sudah tidak diuruskan kami. Ia bergantung pada perbincangan antara pihak ibu bapa dan pengusaha bas."
Beliau mengulas mengenai isu kenaikan tambang yang dijangka meningkat antara RM5 hingga RM10, selepas sidang media Pengumuman Perubatan Jadual Waktu KTM Komuter. Sebelumnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa MOT untuk campur tangan bagi mengelakkan kenaikan tersebut.
Pada Rabu lalu, Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM), Mohd Rofik Mohd Yusof, mengesahkan pengusaha bas merancang menaikkan tambang, tetapi keputusan akhir bergantung pada persetujuan antara mereka dan pihak ibu bapa.
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply