Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: Masalah Curi Kabel Punca Komuter Utara KTMB Rugi RM1.35j
Auto Terkini

Loke: Masalah Curi Kabel Punca Komuter Utara KTMB Rugi RM1.35j

SyafieBy Syafie26/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASALAH kecurian kabel isyarat dan komunikasi di laluan Komuter Utara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjejaskan perkhidmatan rel dengan serius hingga menyababkan kerugian RM1.35 juta dan gangguan selama 162 jam sepanjang tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kes kecurian itu meningkat 414 peratus, daripada tujuh kes pada suku ketiga 2024 kepada 36 kes pada suku keempat tahun tersebut.

Beliau menjelaskan, purata 12 kes kecurian berlaku setiap bulan yang bersamaan hampir satu kes setiap dua hingga tiga hari.

Kecurian kabel bukan saja mengganggu isyarat dan komunikasi, tetapi turut menyusahkan ribuan penumpang yang bergantung kepada perkhidmatan Komuter Utara. Malah, masalah itu tidak boleh dianggap sebagai jenayah kecil kerana menimbulkan risiko besar terhadap keselamatan penumpang dan kargo.

Kementerian Pengangkutan sudah mengenal pasti 20 lokasi panas di wilayah utara, dengan kawasan Sungai Petani ke Tasek Gelugor merekodkan jumlah kes tertinggi, sebanyak 35 kes, disusuli Gurun ke Sungai Petani (21 kes) sepanjang tahun lalu.

Bagi menangani masalah berkenaan, KTMB merancang 132 operasi khas, termasuk rondaan 24 jam di lokasi panas dengan sokongan polis bantuan KTMB.

Selain itu, KTMB juga merancang menaik taraf rangkaian Axle Counter dan peralatan berkaitan dengan anggaran kos RM12.8 juta setiap tahun selama tiga tahun akan datang. Ini termasuk pemasangan sistem pemantauan canggih seperti kamera litar tertutup CCTV, dron, pagar antipanjat, dan penutup lubang dengan mekanisme keselamatan baharu.

LIMA SUSPEK CURI KABEL DITAHAN

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah, mengesahkan penahanan lima suspek yang terlibat dalam kecurian kabel di kawasan Gurun dan Pendang.

Hasil siasatan mendapati kabel yang dicuri dijual kepada pengusaha besi buruk untuk mendapatkan tembaga.

Susulan penahanan suspek, insiden kecurian di kawasan tersebut dapat dihentikan sementara, dan polis juga bekerjasama dengan pengusaha besi buruk di Kedah untuk mendidik mereka supaya bertindak lebih bertanggungjawab.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Curi Kabel Kementerian Pengangkutan (MOT) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Polis Kedah
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.