Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»#F12026: Lima Perkara Perlu Diperhati dalam F1 2026
Sukan Permotoran

#F12026: Lima Perkara Perlu Diperhati dalam F1 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

F1 2026 antara paling sukar diramal

MUSIM Formula Satu (F1) 2026 bukan sekadar pertukaran kalendar baharu, tetapi permulaan era teknikal yang benar-benar berbeza.

Peraturan casis dan unit kuasa serba baharu, kemasukan dua jenama besar serta kemunculan rookie tunggal menjadikan musim ini antara paling sukar diramal dekad ini.

1. Revolusi Casis, Enjin

Trenkuasa baharu F1 2026 - Hibrid 1.6L V6 turbo

Jentera generasi 2026 menampilkan dimensi lebih kompak dan ringan dengan jarak roda dipendekkan, lebar badan dikurangkan dan berat minimum diturunkan sekitar 30kg.

Hasilnya, jentera baharu musim ini dikatakan lebih lincah ketika menukar arah, sekali gus berpotensi mengubah karakter pemanduan terutama di litar teknikal.

Sistem DRS pula digugurkan, tetapi diganti konfigurasi sayap boleh laras depan dan belakang yang beroperasi dalam dua mod berbeza, iaitu satu untuk lurus, satu lagi untuk selekoh.

Dari sudut enjin, trenkuasa hibrid 1.6L V6 turbo masih dikekalkan, tetapi dengan nisbah kuasa hampir 50:50 antara pembakaran dalaman dan tenaga elektrik. Output elektrik melonjak kepada 350kW (469hp), menjadikan pengurusan tenaga sebagai faktor kritikal dalam perlumbaan.

2. Audi, Cadillac – Dua Wajah Baharu di Grid

Audi F1
Cadillac F1

Musim 2026 menyaksikan kehadiran dua jenama besar ke pentas F1, iaitu Audi dan Cadillac.

Audi mengambil alih pasukan Sauber dan kini beroperasi sebagai pasukan kilang penuh dengan pembangunan enjin sendiri. Pelaburan besar dilakukan di fasiliti Switzerland dan Jerman, menandakan komitmen jangka panjang pengeluar dari Britain itu dalam sukan permotoran elit.

Cadillac pula muncul sebagai entri baharu sepenuhnya, menjadikan jumlah meningkat kepada 11 pasukan buat kali pertama sejak 2016.

Awal musim, pasukan Amerika Syarikat (AS) itu akan menggunakan enjin luar sebelum projek trenkuasa sendiri siap beberapa tahun lagi. Kedua-dua pasukan berdepan cabaran besar, tetapi perubahan peraturan membuka peluang kejutan awal musim.

3. Red Bull – Ford, Tekanan Sebagai Pengeluar Enjin

Red Bull - Ford kerjasama hasil enjin F1 baharu

Selain Audi, satu lagi perhatian besar terarah kepada projek enjin Red Bull yang dibangunkan bersama Ford.

Buat kali pertama, pasukan itu menghasilkan trenkuasa sendiri untuk dua pasukannya dengan rekod kejuaraan lampau meletakkan tekanan tinggi terhadap prestasi awal enjin baharu itu.

Ujian pra-musim menunjukkan petanda positif dari segi jarak perjalanan dan phantaran kuasa, tetapi gambaran sebenar hanya akan diketahui apabila perlumbaan bermula.

Dengan saingan daripada Mercedes dan Ferrari yang turut memperkenalkan konfigurasi hibrid generasi baharu, pertarungan teknologi bakal menjadi cerita utama 2026.

4. Arvid Lindblad – Satu-Satunya Rookie

Arvid Lindblad, rookie F1 2026

Di tengah-tengah perubahan besar teknikal, barisan pelumba 2026 sebenarnya agak stabil. Hanya seorang muka baharu menyertai grid – Arvid Lindblad bersama Racing Bulls. Pelumba muda itu melangkah ke F1 selepas melalui jalan pembangunan perlumbaan jentera satu kerusi yang konsisten.

Namun musim pertama dalam era peraturan baharu bukan tugas mudah. Adaptasi kepada casis lebih ringan dan sistem tenaga elektrik kompleks memerlukan disiplin tinggi serta pemahaman teknikal mendalam. Sama ada status rookie memberi kelebihan atau tekanan tambahan masih menjadi persoalan.

5. Perebutan Kejuaraan Lebih Terbuka?

F1 2026 paling sukar diramal?

Objektif utama rombakan peraturan 2026 adalah menghasilkan perlumbaan lebih rapat dan kompetitif. Namun sejarah menunjukkan setiap perubahan besar sering mencetuskan dominasi awal satu pasukan sebelum yang lain mengejar.

Pra-musim menyaksikan spekulasi pelbagai pihak. Ada yang melihat Mercedes kembali kuat, ada yang yakin Red Bull memiliki kelebihan pengurusan tenaga, manakala Ferrari pula tampil konsisten tanpa terlalu menonjol.

Dengan McLaren turut memburu kejuaraan pengeluar berturut-turut, musim ini berpotensi menyajikan perebutan takhta yang lebih terbuka berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.

SUMBER: Motorsport.com

2026 Formula 1 Audi F1 Cadillac F1 Formula 1 Oracle Red Bull Racing Red Bull Ford Scuderia Ferrari
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    Wing Hin Motorsports Raih Pencapaian Positif Dalam Debut GR86 Clubman Series

    08/04/2026
    Jorge Martin, Aprilia Racing 2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Martin Jangka Ducati ‘Kembali Normal’, Mampu Bangkit Semula

    09/04/2026
    SuperGT Jepun kembali ke Sepang
    Sukan Permotoran

    Autobacs SUPER GT Sepang 2026 Mungkin Dibatalkan, Perang Asia Barat Belum Reda

    07/04/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Bezzecchi Juara COTA, Aprilia Dominasi 1-2 di Austin

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.