Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus RX 2025 Facelift Diperkenal di Jepun dengan Tetapan Casis Baharu
Roda4

Lexus RX 2025 Facelift Diperkenal di Jepun dengan Tetapan Casis Baharu

Abang HirataBy Abang Hirata02/03/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS RX generasi keempat nampak gah dan garang di atas jalan yang memberi tanggapan berbeza berbanding kenderaan utiliti sukan (SUV) lain dari Eropah.

Era RX dijenama semula daripada Toyota Harrier sudah berlalu, dan Lexus RX generasi kelima diperkenal pada 2022 yang sudah memasuki pasaran tempatan pada 2023, termasuk RX F Sport.

Beberapa tahun di pasaran, pengguna di Jepun kini menerima Lexus RX 2025 versi dipertingkat (facelift) sejak 27 Februari lalu.

Sebagai ulangkaji, Lexus RX (daripada Harrier) kali pertama diperkenalkan di Amerika Utara pada 1998 dan  pada 2005, Lexus memperkenalkan pula RX400h sebagai model hibrid pertama dalam kategori SUV mewah, sekali gus menandakan permulaan komitmen pengeluar itu terhadap teknologi elektrifikasi.

Lexus RX450h+
Lexus RX350h

Lexus RX450h+ (foto atas kiri) sebagai model hibrid plug-in (PHEV) dilancarkan pada 2022, sebelum disusuli satu lagi varian elektrifikasi, RX350h (foto atas kanan) dengan sistem hibrid 2.5L pada tahun berikut.

Sejak pelancaran pada 1998 hingga Disember 2024, Lexus RX sudah terjual lebih empat juta unit di sekitar 95 negara dan rantau dunia.

Seperkara lagi, sejak generasi kelima RX diperkenal pada November 2022, lebih 50 peratus jualan global RX ialah model elektrifikasi (HEV, PHEV, dan EV), sekali gus membantu mengurangkan emisi karbon.

PENINGKATAN MINOR

1. Prestasi Pemanduan, Keselesaan Dipertingkat

(i) Kualiti Pemanduan Lebih Stabil dan Lancar
  • Lexus mengoptimum tetapan casis dengan melaras kekuatan redaman absorber, kawalan Suspensi Variabel Adaptif (AVS) dan kawalan Stereng Kuasa Elektrik (EPS).
  • Ini mengurangkan pergerakan naik-turun kenderaan ketika pemanduan, memberikan pengalaman pemanduan lebih stabil dan selesa, terutama di jalan tidak rata atau ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.
(ii) Pengurangan Bunyi dan Keselesaan Kabin
  • Bunyi enjin dikurangkan dengan menambah luas kawasan penyerap bunyi pada papan pemuka dalaman dan bahan peredam bunyi pada panel instrumen.
  • Tingkap belakang kini menggunakan kaca akustik yang berfungsi mengurangkan bunyi luar untuk menghasilkan kabin lebih senyap dan selesa.
  • Bagi varian RX500h, bunyi enjin dikurangkan melalui penambahbaikan kawalan enjin dan talaan semula sistem Kawalan Bunyi Aktif (ASC) untuk memberikan pengalaman bunyi lebih realistik dan mengasyikkan, terutama dalam mod Sport.
(iii) Peningkatan Dinamik Pemanduan
  • Karakteristik daya pemanduan RX500h diubah yang menjadikan kawalan pedal lebih responsif pada halaju rendah dan menghasilkan pecutan lebih kuat serta lancar pada halaju tinggi.
  • Pemanduan RX450h+ dan RX350h ditala semula untuk respons terhadap tekanan pedal, yang menghasilkan kawalan lebih tepat dan pengalaman pemanduan lebih menyenangkan.
  • Stereng Belakang Dinamik (DRS) turut diperkenalkan untuk model AWD RX450h+ dan RX350h selain RX500h yang meningkatkan kawalan ketika memandu pada halaju rendah dan memberikan kestabilan pada halaju tinggi.

2. Rekabentuk Dalaman, Luaran Lebih Mewah

(i) Kemewahan Dalaman Dipertingkat
  • Lampu ambien tambahan kini dipasang di bahagian depan konsol, dengan pencahayaan yang lebih cerah untuk meningkatkan suasana kabin mewah.
  • Warna putih ditawarkan sebagai pilihan dalaman untuk model F Sport Performance dan F Sport yang mencipta kontras hitam-putih untuk menyerlahkan gaya sporty dan elegan.
(ii) Tambahan Pilihan Roda dan Tayar
  •  Bagi varian RX450h+, RX350h, dan RX350 Version L, Lexus menawarkan rim 21 inci dengan kemasan kelabu gelap metalik + kilauan mesin sebagai pilihan pengeluar.

3. Teknologi, Keselamatan dan Kemudahan

(i) Paparan Kluster Instrumen Lebih Besar dan Jelas
  • Kluster instrumen LCD kini bersaiz 12.3 inci yang memberikan paparan lebih jelas dan membantu pemandu menumpukan perhatian sepenuhnya ketika memandu.
(ii) Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • RX350 F SPORT kini dilengkapi bantuan parkir Lexus Teammate Advanced Park (termasuk fungsi kawalan jauh) sebagai ciri standard yang membolehkan pemandu meletakkan kenderaan lebih mudah dan selamat.

SPESIFIKASI

Memiliki dimensi panjang 4,890mm, lebar 1,920mm (lebar RX450h+ termasuk port pengecasan: 2,150mm), tinggi 1,700mm-1,705mm dan jarak roda 2,850mm.

1. Enjin dan Pacuan
  • RX500h: 2.4L Turbo Hybrid (T24A-FTS), AWD
  • RX450h+: 2.5L PHEV (A25A-FXS), AWD
  • RX350h: 2.5L Hybrid (A25A-FXS), 2WD (FF) | AWD
  • RX350: 2.4L Turbo (T24A-FTS), 2WD (FF) | AWD
2. Prestasi dan Kecekapan Bahan Api (WLTC)
  • RX500h: 14.3km per liter
  • RX450h+: 18.7km per liter
  • RX350h: 20.3km per liter (FF) | 18.7km per liter (AWD)
  • RX350: 11.8km per liter (FF) | 11.2km per liter (AWD)
3. Harga
  • RX500h F Sport Performance – 9.03 juta yen (RM268,710)
  • RX450h+ Version L – 8.87 juta yen (RM263,950)
  • RX350h Version L – 2WD (FF) – 7.6 juta yen (RM226,155) | AWD – 8.11 juta yen (RM241,330)
  • RX350 Version L – 2WD (FF) – 6.68 juta yen (RM198,780) | AWD – 7.09 juta yen (RM210,960)
  • RX350 F Sport – 7.13 juta yen (RM212,150)
Lexus Lexus RX
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

iCAUR V23 Retro Edition 2026
0
Kenderaan Elektrik (EV)

Kit Badan ‘Retro Edition’ untuk iCAUR V23 Lancar, Harga Pakej RM22k

21/01/2026
Auto Terkini

Pos Malaysia Lancar Kenderaan Autonomi Pertama Negara

21/01/2026
Skoda Kushaq 2026 di India
Roda4

Skoda Kushaq 2026 di India dengan Pilihan Transmisi Manual, Automatik 8-Kelajuan

21/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

MAA: Jualan EV Malaysia Lonjak 109 Peratus Sepanjang 2025!

20/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.