Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus RC F Track Edition (2020) yang Paling Jahat Selepas LFA
Roda4

Lexus RC F Track Edition (2020) yang Paling Jahat Selepas LFA

Han OthmanBy Han Othman14/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Supra serba baharu bukanlah satu-satunya kereta sport yang melakukan debut di Detroit. Turut menarik perhatian ialah kemunculan Lexus RC F Track Edition (2020) yang dikatakan model Lexus paling jahat pernah dihasilkan sejak LFA.

RC F Track Edition (2020) tampil menggabungkan elemen kemewahan dan prestasi dinaik taraf yang dibangunkan khas untuk model sport berstatus eksotik. Debut bersama RC F standard, model prestasi itu mendapat kemas kini baharu dengan menaik taraf aspek aerodinamik, mengurangkan berat jentera dan merombak sistem suspensi, manakala gaya dipertingkat.

BACA >>> PREVIU: Lexus RC-350 & RC-F (2014)

Naib Presiden Eksekutif Lexus International Koji Sato berkata, RC F baharu dan Track Edition meraih manfaat daripada pembangunan awal model itu sejak 2014.

Dengan segala penambahbaikan terkini, RC F nyata berbeza berbanding barisan model F lain dengan menawarkan kepantasan, ketahanan dan prestasi tinggi yang dibantu teknologi termaju. Semua ciri dimiliki model ini ditala supaya mudah menepati semua jenis karakter pemandu tanpa mengira peringkat kemahiran.

ENJIN NA BERKUASA TINGGI

Kedua-dua model dikuasakan enjin aspirasi natural (NAS) 5.0L V8 berkuasa 472hp dan tork 535Nm, meningkat 5hp mengatasi model terdahulu walaupun ramai mengharapkan versi Track Edition sepatutnya lebih berkuasa.

Unit V8 dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan dengan nisbah pacuan akhir 3.13 vs 2.93 untuk menambah baik prestasi jentera. Kawalan luncur kini menjadi ciri standard yang membolehkan RC F (2020) memecut 0-100kmj sepantas 4.2 saat, manakala versi Track Edition lebih pantas, cuma 3.96 saat. Menurut Lexus, RC F Track Edition (2020) memiliki nisbah kuasa kepada berat (power-to-weight) terbaik dalam kelasnya.

EKSTRA AERODINAMIK

RC F Track Edition (2020) juga menerima kemas kini aerodinamik. Di depan, Lexus dipasangkan spoiler bawah gentian karbon yang bertujuan mengurangkan berat dan menambah baik daya bawah (downforce) jentera untuk memberikan lebih cengkaman dan kawalan lebih jitu.

Sayap atau spoiler belakang ialah jenis tetap, juga daripada material gentian karbon, menggantikan spoiler aktif yang ditawarkan untuk RC F standard. Semestinya spoiler baharu ini lebih ringan dan mampu mengurangkan seretan  serta pada masa sama meningkatkan daya bawah.

BACA >>> Mazda Patenkan Rekaan Spoiler Aktif pada Lampu Belakang, Mampu Optimumkan Aerodinamik Kereta

Menurut Lexus, spoiler tetap memberikan tambahan daya bawah sebanyak 26kg berbanding model standard dengan spoiler aktif. Berbanding model lama, RC F Track Edition (2020) berjaya mengurangkan berat hingga 80kg menerusi penggunaan material gentian karbon pada bonet dan bumbung, mufler titanium dan paip ekzos, serta brek Brembo jenis seramik karbon. Begitu juga rim aloi ringan saiz 19 inci berjenama BBS dengan rekabentuk  daripada kereta lumba RC F GT3.

KEMASAN KULIT MERAH

Ciri lain yang membezakan RC F Track Edition (2020) ialah kemasan kulit merah menerusi kerusi Alcantara dan trim karbon pada pintu dan papan pemuka. Hanya dua warna ditawarkan untuk model buasa ini: Ultra White (putih) dan Matte Nebula Gray (kelabu) yang eksklusif untuk Track Edition.

RC F standard juga menerima perubahan gaya seperti lampu utama direka semula dengan ciri LED yang disepadukan bersama lampu siang (DRL). Rupa gril turut direka semula yang memberikan visual depan lebih pendek, termasuk lampu belakang dengan rekabentuk bampar baharu. Sistem suspensi juga diubah suai untuk memberikan kualiti pengendalian lebih halus.

BACA >>> Lexus LC Limited Edition – Sedan GT Mewah Edisi Khas Tunjuk Muka Sebelum ke Paris

Pengeluaran Lexus RC F dan RC F Track Edition (2020) akan bermula pada suku kedua tahun ini, dengan harga akan diumumkan dalam jangka terdekat sebelum tarikh jualan.

GALERI
debut Kereta Sport Koji Sato Lexus Lexus RC F (2020) Lexus RC F Track Edition (2020) Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

23/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

23/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

22/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

By Shazwan Hisam18/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.