Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus GX 550 ‘Overtrail’ JAOS Tampil Sebagai Kenderaan Off-Road Premium yang Serba Lasak!
Roda4

Lexus GX 550 ‘Overtrail’ JAOS Tampil Sebagai Kenderaan Off-Road Premium yang Serba Lasak!

Abang HirataBy Abang Hirata14/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS GX generasi ketiga diperkenal buat kali pertama di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada 8 Jun 2023. Model ini dibina berasaskan platform GA-F yang turut digunakan Lexus LX (J310) dan Toyota Land Cruiser Prado (J250).

Pada majlis pengenalan, Toyota menyenaraikan dua jenis enjin, iaitu 3.5L V6 turbo kembar dan 2.4L turbo hibrid yang mana kedua-dua enjin dalam pacuan empat roda (4WD).

Selain itu, Lexus meletakkan GX sebagai ‘The Premium Off-Roader’, iaitu dua dunia digabungkan dalam satu. Satu lagi diketengahkan Lexus ketika pengenalan GX ialah ‘Overtrail Project’ bagi membawa keseronokan kepelbagaian gaya hidup aktiviti luar dan kenderaan.

Projek itu selari hasrat membantu manusia memahami, menikmati dan melindungi alam semula jadi. Lexus GX ialah watak utama dalam Overtrail Project yang diterjemah dalam varian GX Overtrail.

Susulan pemakluman di Texas, JAOS Corporation dan Lexus membawa GX 550 ‘Overtrail’ JAOS. ke pameran Tokyo Auto Salon (TAS) 2024.

Kenderaan lasak sebegini sudah lama menjadi tema dan keperluan penggemar aktitivi luar yang turut membentuk penjenamaan dan kepercayaan terhadap kenderaan Toyota.

Apabila Toyota membawa Lexus ke dalam kelompok ini, maka bersesuaianlah dengan tema The Premium Off-Roader. JAOS pula lama dalam pembangunan dan penjualan komponen 4WD dan kenderaan utiliti sukan (SUV) sejak  ditubuhkan pada 1985.

Dari depan, bampar bawah dibuat semula menggunakan ABS resin ringan dan kuat. Bahagian tepi menyerlah dengan braket gerbang roda tebal dan pemijak kaki yang turut berfungsi melindungi alang sisi.

Rim asal diganti baharu bersaiz 18 inci yang dipadankan tayar lasak dan madgad. Imej dan kegunaan di laluan off-road dibantu kit tinggi badan. Berikut ciri Lexus GX 550 ‘Overtrail’ JAOS:

  • Pelindung bampar depan JAOS (ABS/2 warna/termasuk lampu LED).
  • Plat pelindung JAOS Type R (aluminium 4 mm).
  • Braket gerbang roda JASO Type X (ABS/Hitam kusam).
  • Pemijak sisi JAOS (tiub besi/pemijak resin).
  • Rak JAOS 1,250 x 1,400 untuk rel bumbung (Alumunium/Hitam anod).
  • Madgad JAOS Guard III Black (EVA flap dan plat aluminium).
  • Kit tinggi BATTLEZ Lift Kit VFCA (spring Titanium-Infused/absorber boleh laras terbina dalam Harmofleq).
  • Rim JAOS TRIBE CROSS (18 x 8.5 J/MGM).
  • Tayar TOYO TIRES OPEN COUNTRY A/T III LT275/70R18.
GX 550 OVERTRAIL JAOS JAOS Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lexus Lexus GX Lexus GX 550 Lexus GX 550 "OVERTRAIL" JAOS Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan

    17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.