Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lexus ES dan RX Facelift Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM300k
Auto Terkini

Lexus ES dan RX Facelift Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM300k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/09/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS ES serba baharu dan Lexus RX baharu melakukan debut di Malaysia dengan mengemas kini  aspek rekabentuk, ciri keselamatan dan keselesaan.

Dengan penambahbaikan dilakukan, Lexus terus komited dalam  menjanjikan pengalaman mewah kepada pemilik jenama itu selain memenuhi permintaan dan jangkaan keperluan pelanggan masa depan. Berikut beberapa fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang dua ES dan RX:

LEXUS ES – MODEL GENERASI-7 YANG LEBIH HALUS

Sebagai antara model teras sejak kelahiran Lexus pada 1989, ES kekal sebagai sedan mewah Lexus popular dengan jualan global mencecah 2.3 juta unit. Seiring usia 30 tahun di pasaran, ES (2019) kini menjadi penanda aras terkini dalam rekabentuk Lexus.

BACA >>> Lexus ES (2019) JDM Lancar di Jepun dengan Ciri Cermin Sisi Digital

  • Menggunakan tema Provocative Elegance, generasi ketujuh ES tampil dengan rekaan sporty pintar menerusi garis bumbung lebih rendah di belakang yang memberikan aura coupe. Di samping menampilkan wajah yang elegan ia turut menyumbang kepada kecekapan aerodinamik.
  • ES dibangunkan menggunakan casis serba baharu yang bukan hanya membolehkan penampilan lebih dinamik tetapi prestasi pemanduan jitu.
  • Masuk ke kabin, keselesaan ruang dipertingkat bagi semua penumpang dengan jarak pemisah tepi 1,022mm serta ruang kabin yang lapang dan senyap. Ini merupakan keutamaan ES sejak dahulu. Tempat duduk belakang juga dilengkapi dengan pelarasan elektrik.
  • Manakala bahagian kokpit lebih memberi tumpuan kepada pemandu dengan ruang dan tataletak yang menampilkan tahap kemasan dan kehalusan terkini. Lexus memfokuskan kepada perincian kualiti dan kemasan akhir ruang kabin dengan mengutamakan layanan omotenashi.
  • Bagi ciri keselamatan, Lexus ES dilengkapi dengan versi terkini Lexus Safety System +(LSS+) yang hadir dengan pakej termaju merangkumi teknologi keselamatan aktif.
  • Dari segi janakuasa, ES dipadankan dengan enjin 2.5L 4-silinder sebaris (A25A-FKS) yang menghasilkan kuasa 204hp pada 6,600rpm dan tork maksimum  247Nm @ 5,000rpm. Ia kemudian dilengkapkan dengan VVT-iE (Variable Valve Timing – Intelligent by Electric Motor) dan transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shiftyang menampilkan Artificial Intelligence Shift Control. Sistem janaan kuasa ini menawarkan pecutan yang bersahaja dengan kecekapan tinggi.
  • Lexus ES facelift didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Lexus ES 250 Premium pada harga RM299, 888 dan Lexus ES 250 Luxury (RM332,888).

LEXUS RX – BAHARU PELOPOR SUV MEWAH

Dengan rekaan yang tersendiri dan menonjol, Lexus RX terus menjadi satu daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) paling popular di pasaran. Ia tidak hanya menjadi model penting dalam barisan kenderaan Lexus, tetapi turut memeriahkan segmen SUV mewah tempatan sejak pertama kali diperkenalkan pada 1998.

BACA >>> Lexus RX (2019) – SUV Mewah 7-Kerusi Sedia Cabar Pesaing Eropah

  • RX tampil dengan rekaan lebih segar bersama teknologi keselamatan terkini. Lexus turut melakukan kemas kini pada sistem multimedia dan skrin sentuh yang boleh dihubungkan terus ke telefon pintar.
  • Luaran RX menampilkan sentuhan rekaan agresif dan masih mengekalkan ciri sentuhan mewah. Bahagian bampar depan dan belakang tampil baharu serta dinamik. Garis-garis pada badan ini lebih menonjol yang kemudian dipadankan dengan gril spindle bersama lampu utama yang tirus dengan lampu nyala siang (DRL) sekaligus memberikan pandangan lebih tajam.
  • Di belakang, kombinasi lampu dalam bentuk “L” mewakili penekanan terhadap jenama Lexus.
  • Bahagian kokpit juga memfokuskan kepada pemandu, dan diperkemas dengan sistem multimedia dengan skrin sentuh serta ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Naiktaraf lain termasuk pedal shifter, pemegang telefon pintar di konsol tengah serta dua slot USB di depan dan juga di belakang. Tidak ketinggalan pengecas tanpa wayar turut disediakan.
  • RX dipadankan dengan enjin 2.0L 4-silinder (8AR-FTS) twin-scroll turbo yang menghasilkan kuasa 235hp @ 4,800-5,600rpm dan tork 350Nm @ 1,650-4,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik Super Electronic Controlled Transaxle dengan Artificial Intelligence Shift Control.
  • Dari sudut keselamatan, RX dilengkapi ciri Sistem Lampu Tinggi Adaptif (AHS) jenis BladeScan ™ pertama di dunia yang menghasilkan pencahayaan lebih luas untuk membolehkan pemandu kekal dengan mod lampu tinggi tanpa menyilaukan mata pemandu lain. Selain itu, RX baru ini juga dilengkapi dengan pakej keselamatan Lexus Safety System + (LSS+).
  • Pasaran Malaysia didatangkan dengan tiga pilihan Lexus RX iaitu:
    • Lexus RX300 Premium – RM399,888
    • Lexus RX300 Luxury – RM424, 888
    • Lexus RX300F Sport – RM439,888
  • Kedua-dua Lexus ES dan RX  didatangkan dengan jaminan lima-tahun, tanpa had perbatuan.
Auto Terkini Facelift Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lexus Lexus ES Lexus ES 2019 Lexus Malaysia Lexus RX 2019 SUV SUV mewah
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Singer dan Red Bull Advanced Technologies Bekerjasama, Baik Pulih Porsche Klasik Jadi Lebih Kuat!

04/02/2026
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

03/02/2026
Aksesori

LS2 Lancar Sarung Tangan Baharu Chaki EVO, Dart II EVO, Harga Mula RM89

03/02/2026
Aksesori

LS2 X-Terrain Jacket Rasmi Dilancar, Harga RM599

03/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

By Syafie29/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.