Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Levis V6 Café Racer Muncul Semula Selepas 70 Tahun Bertapa
Roda2

Levis V6 Café Racer Muncul Semula Selepas 70 Tahun Bertapa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEVIS bersedia kembali ke arena pembuatan motosikal dengan barisan lima motosikal yang diterajui model V6 Café Racer yang cukup revolusioner.

Cetusan idea dua jurutera automotif bercita-cita tinggi berjaya menghidupkan semula jenama British yang sudah pupus itu dan kini bergerak  ke tahap seterusnya, dengan pembinaan prototaip ini dengan pembuatan enjin pertama. Apabila dipandang, memang nampak cukup sensasi!

PHOENIX BANGKIT DARI ABU


Motosikal Levis bermula pada 1911 menerusi jentera 2-lejang. Jenama ini pernah merangkul kejuaraan di Isle of Man TT pada 1920. Namun, masa depan pengeluar itu gagal dipulihkan selepas era perang hingga terpaksa ditutup pada 1946. Levis kemudian bertapa lama selama 70 tahun hingga akhirnya pereka automotif, Phil Bevan membeli jenama itu dan dia bersama Ketua Rekabentuk, Steve Kirk bekerjasama membikin jentera dua roda daripada enjin kereta yang mereka ada.

“Saya sedar kami ada enjin V10 2.0L yang cuma bersaiz 13 inci sepanjang kepala silinder. Jadi saya kata, jom buat motosikal,” kata Bevan mengulangi apa dikatanya Januari lalu.

Tujuh bulan berlalu dan mereka berjaya melakukan perkembangan menakjubkan seperti mengeluarkan prototaip model pertama: Café Racer. Jantung motosikal ialah enjin V6 1200cc bersudut kecil yang dipasang memanjang dalam frem seperti Moto Guzzi.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | Moto Guzzi V7 III Carbon Lancar di Malaysia, Harga RM74,900

Bagaimanapun, enjin V-angle itu cuma bersudut 22º dan menghasilkan turutan pembakaran yang di luar kebiasaan, yakni 1-2-3-4-5-6. Ini menjadikan enjin begitu lancar tanpa memerlukan aci imbang (balancer shaft).

“Dengan V-angle terhad dan turutan pembakaran dihasilkan, ia seakan tiga enjin Harley membakar serentak. Pembangunan enjin berjalan lancar dan kami dalam sasaran tepat untuk mencapai kuasa puncak sekitar 120hp,” kata Bevan lagi.

BERSEDIA DAN MULA!

Sama seperti pembangunan enjin, Levis turut membangunkan frem keluli tahan karat sendiri.

“Selepas ujian pembuatan, frem pertama kami baru-baru ini memasuki pengeluaran. Ia sangat hampir kepada impresi artis yang pertama, tetapi diubah suai supaya mudah disesuaikan dengan kehendak dan keperluan personal pemilik,” jelas Bevan panjang lebar.

Dengan menghasilkan banyak bahagian frem fleksibel, Levis kini dalam perancangan menggunakan enjin V6 untuk lima model lain, dengan Urban Roadster dan Flat Tracker bakal mengikuti jejak langkah Café Racer, serta dua model sport lagi selepas itu.

BACA >>> Cagiva Mito 125 – Legenda Sportbike 2-Lejang yang Pernah Jadi Mainan Rossi

Model prapengeluaran pertama, V6 Café Racer akan berada di Salon Prive, Blenheim Palace pada 30 Ogos-1 September ini, diikuti acara Goodwood Revival pada 7-9 September nanti.

Levis mensasarkan memiliki model versi pengeluaran penuh menjelang Mac 2019.  Harga V6 Café Racer ialah bergantung kepada spesifikasi sebenar nanti dan dijangka bermula pada £102,000 (RM543,864), manakala Urban Roadster £78,000 (RM415,797).

GALERI

SUMBER: MCN

Levis Levis V6 Cafe Racer motosikal Phil Bevan roda2 Steve Kirk
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.