Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»Apakah Komen Rider Ini Selepas Lenjan Benelli RFS 150i Sejauh 1,200km?
Pandu Uji

Apakah Komen Rider Ini Selepas Lenjan Benelli RFS 150i Sejauh 1,200km?

Abang GYLBy Abang GYL21/09/201931 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MULA diperkenalkan pada April lalu, kehadiran Benelli RFS 150i memberikan kejutan buat pesaing lain dalam segmen moped apabila motosikal berkenaan didatangkan dengan ciri tiga palam pencucuh.

Tapi entah kenapa, kehadiran motosikal itu ke pasaran agak lambat, iaitu selepas hampir lima bulan selepas dilancarkan. Terbaharu, kami dimaklumkan Benelli RFS 150i kini sudah berada sepenuhnya di semua premis pengedar dan sambutan diterima juga tidak mengecewakan.

Apa yang pasti, kehadiran Benelli RFS 150i sedikit sebanyak mengganggu pasaran segmen moped yang selama ini didominasi Yamaha dan Honda. Persoalannya, mampukah Benelli RFS 150i menggugat Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R? Apakah jentera itu boleh memenuhi cita rasa pengguna Malaysia?

PANDU UJI SEJAUH 1,200KM

Kami cuba dapatkan respon Mohd Asri Mohd Nor yang sudah melenjan motosikal tersebut sejauh 1,200km untuk berkongsi pengalamannya. Berikut komen Mohd Asri mengenai Benelli RFS 150i:

* Tulisan di bawah sudah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud dan gaya penulisan penulis asal. Motosikal berkenaan dipinjamkan Ee Tiong Motor Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Harap maklum.

BACA >>> Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R – Harga Bermula RM6,988

tunggang uji benelli rfs 150i

1. PRESTASI TIDAK MENGECEWAKAN

Enjin 4-lejang bersesaran 149.8cc SOHC dengan kehadiran tiga palam pencucuh nyata tidak mengecewakan. Ditambah pula kehadiran fork terbalik (USD) yang membuatkan Benelli RFS 150i lebih seronok ditunggang.

2. BERAPA DAPAT TOP SPEED?

Sama seperti moped lain, kelajuan maksimum atau top speed Benelli RFS 150i boleh dicapai sekitar 136kmj. Kalau kepala ditunduk ketika memecut, mungkin boleh mencecah 140kmj. Paling penting, tunggangan tidak rasa goyang.

3. SERONOK TAK RIDE?

Bermula dari Kuala Lumpur, saya menuju ke Kuala Klawang dan seterusnya masuk lebuh raya Karak. Kemudian saya sempat layan selekoh di Genting Highland. Apa yang boleh dikatakan, memang selesa dan mudah dikendalikan, terutama ketika mengambil selekoh. Langsung tidak rasa sebarang goyangan atau membuai.

Cuma ketika mendaki bukit di laluan Genting Highland ada sedikit kurang berkuasa. Walaupun guna tiga palam pencucuh, saya rasa motor sedikit lemah. Kadang-kadang terpaksa guna gear satu untuk naik.

BACA >>> Apa, Kelajuan Maksimum Benelli RFS 150i Cecah 141kmj? – Ini Motor Standard Ya…

tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i

4. KELEBIHAN LAIN?

Ada banyak. Antaranya, rekabentuk menarik, ada signal kecemasan, tangki minyak besar 4.8 liter, lampu depan LED dan paling penting harga Benelli RFS 150i tidak mahal, sekitar RM8,000 sahaja.

5. SEMUA CERITA BEST, APA KELEMAHAN LAIN BENELLI RFS 150i?

  1. Tiada penghidup tendang (kick starter) – Susah kalau bateri ‘kong’.
  2. Kos servis mungkin mahal sebab guna tiga palam pencucuh.
  3. Tiada tempat menyangkut topi keledar. Mahu tinggalkan topi keledar pun susah.
  4. Absorber belakang macam terlalu lembut jika bawa pembonceng.
GALERI
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
tunggang uji benelli rfs 150i
benelli rfs 150i harga benelli rfs 150i mohd asri mohd nor Moped roda2 Tunggang Uji Tunggang uji Benelli RFS 150i
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    06/03/2026

    31 Comments

    1. Belang Tarung on 03/01/2018 10:46

      usd fork tu yang rare..peh..kena la dengan jalan malaysia yang berlubang dan berbonggol ni hehe

      Reply
    2. Krakatoa on 30/04/2018 12:07

      Review yang mantap. Berbelah bagi samada rfs 150 atau sym 185 untuk berulang alik ke tempat kerja dari rawang ke kajang.

      Reply
      • rfs 1 yr user on 13/12/2018 09:26

        rfs pd peringkat awal mgkin ada sedikit masalah teknikal ttp setakat yg sy alami tidaklah kritikal. tunggangan mmg selesa, minyak juga agak jimat. kena bersabar lah sket sbb model baru di pasaran..

        Reply
    3. amel azman on 06/05/2018 18:00

      problem motor apa? and kalau mcm ada part rosak. senang tak cari spare part kt malaysia ni?

      Reply
      • Barid on 23/10/2018 14:30

        Memang senang bro sebab syarikat M-force ini ,akan sediakan sedikit awal dia orang punya barangan spare parts itu. selain itu, setiap kedai motor yg jual rfs ini mesti dia org sentiasa Ada contact dgn pihak m-force in case ada apa2 spare parts yg dikena tukar.

        Allhamdulillah sudah 4 bln ( saya dh guna) prestasi dan performance so far okay je. Utk org biasa yg x suka buat modified ( yg abang2 guna standard ) silakan .

        Selain itu, kalau blh sblm beli motor itu tlg spend ( tambah duit utk beli ) monoshock sesuai utk motor rfs ini , sebab monoshock (monoshock itu spring belakang motor). Dia itu memang rasa goyang sedikit kerana monoshock bukan yg adjustable.

        Benda itu akan berubah jika penunggang motor below 40-60 kilograms . Kalau lebih atau sadoh itu beli lah yg monoshock yg baru . Sblm beli itu tanya dkt group facebok otai yg guna rfs ini .

        Pengetahuan yg saya tahu , taktahu saya tengok dkt mana entah , y 15 punya monoshock blh pasang dkt motor rfs ini .

        Saya rasa setakat itu sahaja

        Reply
    4. MatP on 04/08/2018 13:54

      Baru ambik rfs150 se semalam. Bila tengok bawah seat dh ada sepasang tempat penyangkut helmet dan set asas screwdriver, pembuka nat, allen key dn lain2 lg.

      Reply
      • Amry on 22/08/2018 17:59

        Kick starter dah ada ke lom?

        Reply
    5. Amry on 22/08/2018 17:58

      Alamak..xde kick starter..kna standby duit lbih..klo bateri kong..bateri motor dh la cpt kong..kikiki

      Reply
      • Mzma on 27/08/2018 22:36

        Kalo bateri kong ada kick starter pon dok ada guna sebab motor nie pakai fuel pump… Derrr..

        Reply
      • izzat on 08/12/2019 14:31

        kick starter boleh modified masuk, pergi ja bengkel

        Reply
    6. Ismail Faruqi on 23/10/2018 18:02

      Baru recce rfs150 LE hari ni. tapi seram bila tengok harga atas paper… RM11xxx! termasuk semua on the road. Ni yang kat JB. Kalau tempat lain lebih kurang atau beza daripada harga ni? Ada sesiapa yang dah survey sendiri?

      Reply
      • safv on 04/03/2019 22:11

        le biasa hrga rm 7400 jer kt lazada 8k lbih

        Reply
    7. Zex54321 on 14/12/2018 11:01

      Belah utara rm8,000 lbih jgk tgk…mgkn mahal sbb sst kot haha

      Reply
    8. Mr1 on 01/01/2019 10:30

      Teruk sangat ka masalah kurang tenaga mendaki bukit tu? Sama mcm enjin kapcai 100cc juga ka?

      Reply
    9. Izzaty on 17/02/2019 22:47

      Saya akan beli moto ni , tapi elok ke kalau saya nak beli , dia ok je kan , tak de laa teruk sangat kan ? atau saya kene ambil moto lain ?

      Reply
      • Syamsul on 24/05/2019 03:55

        Klu dh minat beli je cik Izzaty. Cuma mgkin jenama ni x selasak jenama2 mcm yamaha suzuki. Sy pun nk sambar 1..minat warna biru tu.

        Reply
    10. NikL7C on 27/02/2019 11:41

      Sy pun nak angkat satu, baguslah kalau dah ada tempat sangkut helmet

      Reply
    11. NikL7C on 27/02/2019 11:45

      Sy pun nak angkat satu, baguslah kalau dah ada tempat sangkut helmet.

      Reply
    12. Syamsul on 30/03/2019 11:07

      Harap2 defect dari 1st model xdela ikut berjangkit ke model 2019. Tapi colour scheme dia mmg cunnn…mmmmmm.. ade rezki mmg nak ambik 1..

      Reply
    13. NINJAMAMU on 05/07/2019 19:23

      Sy dah pakai moto ni..mmg sedap..cuma mono blkg amik rcb..mantap..blh layan kona²

      Reply
    14. pak tam on 13/07/2019 10:57

      salam..saya dh guna motor benelli ni dalam satu tahun setengah..dari mula beli saya pakai minyak hitam full sentetik..masalahnya minyak akan berkurang selepas capai 2000 km..so yg terbaru ni saya tukar minyak hitam ke semi sentetik..tp baru saya periksa pagi td..nampak minyak ni pun berkuramg dan lebih teruk nsmpak ada berbuih..saya tengak tepi dekat brek kaki(cermin bulay kecik)

      Reply
    15. mohamad amirun akid on 22/09/2019 07:19

      saya ulang alik kl ke genting highland guna gear 3&4

      Reply
    16. Din on 22/09/2019 11:29

      Kick starter mmg xde.benelli x silap ape2 moto xde kick starter

      Reply
    17. Fazlie on 24/09/2019 16:09

      Blogger honda naik benelli rfs pakai gear 1

      Reply
    18. AzdwanMforce on 03/11/2019 20:34

      Assalamualaikum semua..
      Sya sbagai seller dari MForce Puchong
      Benelli atau sym ada dijual
      Jika ada yang berminat untuk beli motor ni bolehla call or whatsapp sya..
      +60172058892 Azdwan

      Tentang after salew service insya Allah skrg xde masalah sgat…yg kl boleh ke segambut, yg selangor boleh ke Mforce Puchong..
      Ramai yang tarik nafas lega sbb senang nak hantar sevice dan claim warranty jika ada masalah..

      Reply
    19. MOHD JAFFRI on 25/12/2019 13:15

      saya mcm ada baru rasa nak beli motor benelli rs150i ni…rasa mcm xde masalah sangat…hujung tahun ni nak angkat satu…

      Reply
    20. Ariff on 15/03/2020 20:36

      aq guna rfs 150i.LE(1360).peringkat permulaan mmg terbaik. Motor smpai Skg dlm keadaan ‘STD’.yg model ‘LE’mono adjs(KYB kuning).cuma aq ketatkn sdkit handle,guna gp footrace..seb aq pantang nmpk corner,pasti nk layan baringnye. Benelli rfs mmg terbaik utk layan corner. Bila meter dh 2000,sudah ada bunyi pada timing chain.. Tukar tensional masih bunyi,ejas teppet pn ada bunyi lg.. Last aq buka check semula kt head, kt spoket timing apalg terkezus la.. 2 Skru Yg ikat plate pin. Yg lock shaft Roker arm,kedua2 Skru dh tertanggal tapi masih terlekat sdkit di lubang skru dsebabkn tertampan pada spoket cam smpi haus Skru dsebabkn bergesel dgn spoke Cam Dan menybabkn serpihan besi pda mnyk htm. Dan itulah klu pertama aq buka head rfs150i.klu lmbat buka Skru dan plate besi jatuh dlm engine, lg teruk…bab ni dh settle.. Bab ke2,meter cicah of 5000,air masuk pd ruang pembakaran.aq xpernah buka head, cuma Yg aq buka adalah cover head xda kena-mengena gan saluran air radiator. xlebih. dri itu. Ini semua Salah siapa???. Bg aq kecuaian dri kilang. Utk pengetahuan semua bahagian engine masih lg “Standard”

      Reply
    21. Muhammad Azmi Buang on 01/08/2020 23:56

      Mforce ne tkde cawangan Selatan ke mcm Melaka / Muar

      Reply
    22. Apai84 on 03/08/2020 09:09

      Jom..bakri ada ..

      Reply
    23. fadly omar on 29/03/2021 08:22

      Dengar benelli ni terlalu banyak problem. minat sangat kat model ni. Last2 terpaksa batalkan hasrat. Ambil honda rs, settle tak ada problem macam benelli ni.

      Reply
    24. amzar kassim on 05/05/2023 02:22

      saya angkat rfs 150, 2 tahun lepas dalam 6k sahaja. plate interchange. dapat la murah sikit.
      kalau ikut problem, ada problem pada brake pump sahaja. dan mono juga memang better tukar. standard punya agak lembut.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.