Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lepas Hilang RNF, Yamaha Tak Mahu Anggap Pasukan Satelit ‘Lubuk Buat Duit’
Auto Terkini

Lepas Hilang RNF, Yamaha Tak Mahu Anggap Pasukan Satelit ‘Lubuk Buat Duit’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

YAMAHA adalah satu-satunya pasukan yang mempertaruhkan dua jentera pengilang (factory) di grid MotoGP musim ini selepas kehilangan pasukan satelit RNF Racing yang menyertai kem Aprilia untuk dua musim akan datang.

Peranan pasukan satelit dalam Kejuaraan Dunia MotoGP menampakkan perubahan beberapa tahun lalu disebabkan pendekatan Ducati menerusi tiga pasukan satelit. Sebelum ini, pasukan satelit hanya dilihat sekadar ‘pelanggan’ kepada pasukan pengilang.

BACA >>> Petronas Taja MIE Racing Untuk WSBK, Hafizh Syahrin & Adam Norrodin Wakil Malaysia
BACA >>> RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia Musim Depan!
BACA >>> WithU Tinggalkan RNF, Lebih Berminat Taja Pasukan Bola Tampar

Yamaha pernah memiliki tiga pasukan satelit, iaitu Tech3, Petronas SRT dan RNF yang diakui dilihat sebagai satu perniagaan dan sumber pendapatan.

Sebaliknya pasukan lain seperti Ducati, KTM dan terbaharu Aprilia memiliki pandangan berbeza mengenai pasukan satelit, iaitu sebagai lanjutan kepada pasukan pengilang.

Pengurus Yamaha Racing, Lin Jarvis dipetik portal Motorsport.es, pasukan itu mahu hubungan baharu dengan pasukan satelit akan datang.

Kita bukan merujuk terus kepada Ducati. Tetapi pakej yang kami akan tawar apabila berlaku (dapat pasukan satelit baharu) tidak lagi sama seperti apa kami tawarkan lima tahun lalu.

“Hubungan dengan pasukan satelit sudah jadi lebih erat.”

Sejak kehilangan RNF kepada Aprilia, Yamaha mula dikaitkan dengan potensi kerjasama dengan pasukan satelit milik legenda Valentino Rossi, iaitu VR46.

Malah Presiden FIM, Jorge Viegas akhir tahun lalu pernah berkata;

Pasukan Valentino akan bertukar daripada Ducati kepada Yamaha untuk 2024. Belum ada apa yang muktamad tetapi ini ideanya.”

Bagaimanapun, VR46 pantas menyangkal dakwaan Viegas kerana pasukan itu masih ada kontrak dengan Ducati hingga akhir 2024.

Yamaha juga mengendalikan pasukan bersama VR46 dalam kelas Moto2, iaitu Yamaha VR46 Master Camp menerusi duo pelumba, Manuel Gonzalez dan Keminth Kub0.

Jarvis berkata;

Aku tak nak komen pasal apa Viegas cakap. Aku cuma harapkan semua orang hormati pengaruh beliau. Sudah tentu kami nak dapatkan pasukan satelit secepat mungkin, tapi ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan.”

“Pertama, kami perlu ada jentera kompetitif untuk yakinkan sesiapa saja memang berbaloi tukar motor (beralih pasukan ke Yamaha).

“Lepas tu, kami kena tawar perjanjian terbaik dengan memberi sokongan mantap bagi semua sudut.

“Dan terakhir, kita kena hormat kontrak dengan pihak yang mungkin berminat dan pembekal jentera semasa mereka. Kalau kami tak dapat buat semua ini untuk 2024, kami akan lakukan pada 2025.”

Pada November lalu, bos dan pemilik pasukan RNF, Datuk Razlan Razali pernah memberitahu Motorsport.com pada pasukannya mahu kekal bersama Yamaha untuk musim 2023, tetapi tidak dapat menerima kontrak yang ditawarkan cuma setahun.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Teknologi AI, VR Beri Kelebihan untuk Ducati Dominasi MotoGP?
BACA >>> Senarai Pelumba Tukar Jenama Helmet Baharu untuk MotoGP 2023
BACA >>> 5 Pelumba MotoGP Hadapi Tekanan Paling Tinggi Musim 2023

SUMBER: Motorsport

Auto Terkini Datuk Razlan Razali Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP 2023 Petronas SRT RNF RNF Racing Yamaha Yamaha Tech3
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    rider-p-hailing-bg
    Auto Terkini

    BUDI95 untuk Rider P-Hailing Naik? PMX Cadang Tambah kepada 250 Liter Sebulan

    18/05/2026
    Roda4

    BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

    18/05/2026
    Auto Terkini

    Dua Jet Pejuang Bertembung Di Idaho, Semua Kru Terselamat

    18/05/2026
    Mercedes Autohaus Kuantan
    Auto Terkini

    Pusat 4S Mercedes-Benz Terbesar di Pantai Timur, Asbenz Stern Autohaus Lancar di Kuantan

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.