Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Pelumba MotoGP Hadapi Tekanan Paling Tinggi Musim 2023
Auto Terkini

5 Pelumba MotoGP Hadapi Tekanan Paling Tinggi Musim 2023

ShawkathBy Shawkath03/01/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MUSIM GP 2023 dijangka membuka tirai dengan ujian shakedown rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) 5 Februari depan, disusuli ujian rasmi di trek sama, 10 Februari kemudian.

Aksi musim lalu menyaksikan beberapa pelumba baharu berjaya menonjolkan diri hingga dilihat sebagai bintang MotoGP akan datang. Antaranya:

  • Francesco Bagnaia selepas menjuarai MotoGP 2022
  • Enea Bastianini menang empat perlumbaan dan menjadi pelumba pengilang
  • Marco Bezzecchi sebagai rookie 2022

BACA >>> Zarco Ganti Nakagami dalam LCR Honda untuk Baki MotoGP Musim Ini
BACA >>> Alex Marquez Tinggalkan LCR Honda, Sertai Gresini Ducati Musim Depan!

Bagi musim ini, ada lima pelumba MotoGP yang akan turun trek dengan menggalas tanggungjawab berat untuk menonjolkan prestasi masing-masing selain berdepan tekanan tinggi musim 2023.

5. Joan Mir

Joan Mir menandatangani kontrak dua tahun bersama Repsol Honda dan tidak berdepan sebarang risiko kehilangan tempat selepas musim 2023.

Mantan pelumba Suzuki itu dikhabarkan mahu merapatkan jurang kutipan mata dengan rakan pelumba, Marc Marquez, musim ini. Bagaimanapun Mir gagal menyerlah musim lalu tanpa memenangi sebarang perlumbaan sejak muncul juara dunia 2020.

Namun, bermula MotoGP 2021, Mir mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim dan mengakhiri musim di tempat ketiga, di belakang Fabio Quartararo dan Francesco Bagnaia.

Pada masa sama, beliau masih gagal menandingi mantan rakan sepasukan dalam Suzuki Ecstar, Alex Rins yang pernah muncul juara dalam dua daripada tiga aksi terakhir musim lalu. Mir kini berada dalam pasukan paling sukses dalam sejarah MotoGP, tetapi Repsol Honda cuma menang tiga perlumbaan dalam tempoh tiga tahun lalu, itu pun dengan Marquez.

BACA >>> Joan Mir Sah Masuk Repsol Honda, Ikat Kontrak Dua Tahun Hingga 2024
BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!

4. Johann Zarco

Sama seperti Mir, Johann Zarco juga berdepan tekanan tinggi musim 2023 untuk pasukan Pramac Racing.

Zarco gagal mencatat kemenangan dalam kelas premier dan sekadar melihat rakan Ducati lain seperti Bagnaia, Enea Bastianini, Jack Miller dan Jorge Martin pernah meraih podium sejak dua musim lalu dengan jentera sama, kecuali Bastianini dengan model Ducati lama.

Kehadiran Zarco dalam Pramac Racing sangat penting untuk pasukan itu kerana berjaya membuktikan diri sebagai pelumba pantas dan pengalaman, tetapi bergelut dengan isu konsistensi. Dua musim lalu menyaksikan Zarco memulakan tahun dengan kemenangan podium dan berpotensi memburu gelaran juara sebelum prestasinua mula merosot.

Jika Bezzecchi atau Luca Marini dapat menang perlumbaan sebagai pelumba Ducati musim ini, Zarco perlu mencatat kemenangan sama bagi mengelak tekanan lebih tinggi pada musim 2024.

BACA >>> Zarco Lega Marquez Menang
BACA >>> Zarco: Aku Tak Sama Macam Lorenzo, Aku Tak Kejar Duit

3. Takaaki Nakagami

Memang benar, Honda mahu mendapatkan khidmat Ai Ogura daripada Moto2 untuk MotoGP musim ini. Bagaimanapun, pelumba Jepun itu terlibat dalam saingan kejuaraan Moto2 sebelum tewas kepada Augusto Fernandez.

Ogura nampaknya seperti memerlukan satu lagi peluang dalam kelas middleweight untuk cuba meraih gelaran juara. Justeru LCR Honda memutuskan untuk meneruskan khidmat Nakagami musim ini.

Walaupun situasi itu menyelamatkan karier Nakagami, pelumba veteran itu perlu memastikan prestasi musim 2021 dan 2022 tidak berulang.

Nakagami perlu membuktikan dirinya relevan jika mahu kekal dalam kelas premier selepas 2023. Kenapa? Jika Honda memilih menamatkan khidmat Nakagami, dia berdepan kesukaran kekal dalam MotoGP.

2. Alex Marquez

Selepas mengharungi tiga musim sukar bersama Honda, Alex Marquez menjadi pilihan Ducati bersama pasukan Gresini sebagai pengganti Bastianini. Keputusan dicapai Alex sudah pasti akan dibandingkan rekod Bastianini musim lalu.

Satu fakta perlu diakui, bukan mudah Alex mempamerkan prestasi seperti Bastianini yang juga mantan juara Moto2.

Jadi musim 2023 adalah peluang terakhir Alex membuktikan diri sebagai pelumba kelas premier walaupun pernah berdepan kesukaran bersama LCR, lebih-lebih lagi mengendalikan jentera RC213V.

Jika beliau tidak mampu mengekalkan rentak kemenangan 10 pelumba teratas musim ini dengan mempamerkan prestasi hambar, beliau hampir pasti berdepan cabaran mengekalkan kariernya dalam kelas premier.

1. Franco Morbidelli

Franco Morbidelli satu-satunya pelumba pengilang dengan kontrak hingga penghujung musim ini. Malah posisi dalam Monster Energy Yamaha mungkin diisi pelumba lain untuk MotoGP 2024.

Morbidelli mempamerkan prestasi terburuk, di tangga ke-19, manakala rakan sepasukan, Quartararo berada di tempat kedua.

Ketua pasukan, Lin Jarvis tanpa berselindung menyatakan Yamaha sepatutnya menandatangani kontrak dengan Toprak Razgatlioglu daripada Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) sebagai pengganti Morbidelli. Mungkin satu opsyen terbuka musim 2024.

Satu lagi pelumba berpontensi ialah Jorge Martin yang tewas kepadsa Bastianini dalam perebutan pelana untuk pasukan pengilang Ducati. Martin gagal menyertai Lenovo Ducati hingga 2025. Jadi beliau berpotensi berhijrah ke Yamaha.

Apapun, semuanya terletak kepada Morbidelli untuk mengembalikan prestasinya seperti pada 2020 sebagai Naib Juara Dunia. Jika gagal, Quartararo mungkin ada rakan pasukan baharu.

BACA >>> Quartararo Kecewa Enjin Baharu Yamaha Tidak ‘Power’, Lemau Macam M1 Lama
BACA >>> Toprak: “Ducati Dapat Motor Baharu Tahun Depan, Yamaha Idok Ler”

SUMBER: Crash

Alex Marquez autoterkini enea bastianini Francesco Bagnai franco morbidelli GP 2023 Johann Zarco Litar Antarabangsa Sepang (SIC) marco bezzecchi MotoGP Takaaki Nakagami
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

11/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

11/02/2026
Auto Terkini

GWM Wey G9 Hi4 PHEV Terima Lebih 800 Tempahan Dalam Seminggu

11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

11/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.