• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Zarco Ganti Nakagami dalam LCR Honda untuk Baki MotoGP Musim Ini

Zarco Ganti Nakagami dalam LCR Honda untuk Baki MotoGP Musim Ini

October 15, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SINAR cahaya mula menerangi abang Johann Zarco yang sekarang sedang kebosanan apabila beliau akan kembali mengasah trek Kejuaraan Dunia MotoGP 2019 bagi menggantikan tempat Takaaki Nakagami dalam pasukan LCR Honda untuk baki pusingan musim ini.

Pelumba Perancis itu sebelum ini digugurkan Red Bull KTM Factory selepas aksi pusingan ke-13 di GP Misano berikut kemelut yang melanda antara beliau dan pasukan pengilang dari Austria itu.

Ini bermakna Zarco akan kembali  menghabiskan baki pusingan MotoGP 2019 di Australia, Malaysia dan Valencia bersama rakan pasukan baharu, Cal Crutchlow.

BACA >>> KTM Buka Mulut, Inilah Sebab Kenapa Zarco Kena Pecat

Penggantian saat akhir itu adalah susulan kecederaan bahu dialami Nakagami yang memerlukan pelumba Jepun itu menjalani rawatan sebelum tamat musim ini supaya sempat pulih sebelum MotoGP 2020. Berita mengenai penukaran itu disahkan semalam (17 Oktober) pada GP Jepun di Montegi yang mana Nakagami akan menghabiskan pusingan akhir di laman sendiri bagi menutup kalendar perlumbaannya musim ini.

MAMPUKAH ZARCO TUNJUK SESUATU?

johann-zarco-ktm-3
johann-zarco-ktm-1

Apa yang menarik perhatian, tiga pusingan akhir ini mungkin dapat digunakan Zarco sepenuhnya untuk kembali menunjukkan bisa yang sebelum ini luntur dek jentera KTM RC16. Mungkinkah ini masa yang terbaik untuk beliau membuktikan dirinya apa dikatakan ramai sebagai pelumba harapan generasi baharu yang mampu menentang alien Marc Marquez.

Zarco berkata;

Aku benar-benar bersyukur atas peluang ini dan akan buat yang terbaik untuk dapat keputusan bagus dan berseronok, sebab ini mungkin tiga perlumbaan terakhir yang aku boleh lakukan buat masa sekarang.

"Aku nak terima kasih kepada KTM kerana lepaskan aku supaya aku boleh berlumba lagi dengan jentera lain. Kita tengoklah apoa yang aku boleh buat."

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Zarco Tinggalkan KTM? Benarkah Dia Lagi Teruk daripada Hafizh?

SUMBER: VisorDown | Autosport.com

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Johann Zarco, LCR Honda, MotoGP, MotoGP 2019, roda2, sukan permotoran, Takaaki Nakagami

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my