Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lelaki Kena Pandu Macam Wanita untuk Kurangkan Kadar Kematian Jalan Raya
Auto Terkini

Lelaki Kena Pandu Macam Wanita untuk Kurangkan Kadar Kematian Jalan Raya

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH persatuan keselamatan jalan raya di Perancis menggesa orang awam ‘memandu seperti seorang wanita’ untuk mengurangkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya.

Persatuan Victimes & Citoyens (Victims & Citizens) turut melancarkan kempen menyangkal stereotaip lelaki sebagai kumpulan pemandu yang lebih baik berbanding wanita.

Persatuan itu menggunakan data Observatori Keselamatan Jalan Raya Negara Antara Kementerian Perancis 2022-2023 (National Interministerial Road Safety Observatory 2022-2023) dan kajian lain yang memaparkan statistik seperti berikut:

  • Wanita merangkumi 42 peratus pengguna utama kereta.
  • Kajian pertubuhan sosial TNS Sofres pada 2012 menunjukkan pemandu wanita memandu 11,200km setahun, iaitu hampir sama dengan lelaki 12,500km.
  • 84 peratus kematian maut disebabkan lelaki.
  • 88 peratus pemandu muda maut ialah lelaki.
  • 93 peratus pemandu mabuk terlibat dalam kemalangan ialah lelaki.
  • 84 peratus lesen ditarik balik membabitkan lelaki.
  • 78 peratus orang terbunuh di jalan raya ialah lelaki.
  • 75 peratus orang parah dalam nahas jalan raya ialah lelaki.
  • 22 peratus terkorban di jalan raya ialah wanita, dan daripada jumlah itu, 26 peratus ialah penumpang wanita.

Victimes & Citoyens juga mendakwa nisbah wanita terlibat dalam nahas maut adalah lapan kali ganda lebih rendah berbanding lelaki. Malah wanita juga dikatakan kurang melakukan kesalahan jalan raya, terutama kesalahan berat.

Laporan Kerajaan Perancis mendedahkan, 3,550 orang maut di jalan raya di negara itu sepanjang 2022. Menurut laman web persatuan itu;

Apabila kita melihat pada angka itu, ia jelas. Untuk terus bernyawa di sebalik roda, perkara terbaik dilakukan orang lelaki ialah ikut tingkah laku sama seperti wanita.”

“Secara statistik, memandu seperti seorang wanita membawa satu maksud – terus bernyawa.”

Di Amerika Syarikat (AS), Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuhraya (IIHS) mendakwa jumlah lelaki maut dalam nahas jalan raya adalah lebih dua kali ganda berbanding wanita untuk hampir setiap tahun, antara 1975 dan 2021.

IIHS berpendapat, perkara itu mungkin disebabkan:

  • Lelaki memandu dalam jumlah jarak lebih tinggi berbanding wanita.
  • Lelaki lebih mudah terlibat dengan aktiviti pemanduan berisiko seperti memandu laju, tidak memakai tali keledar dan berada bawah pengaruh alkohol.

SUMBER: Victims & Citizens | Business Insider

autoterkini Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuhraya (IIHS) Isu Keselamatan Jalan Raya National Interministerial Road Safety Observatory 2022-2023 Observatori Keselamatan Jalan Raya Negara Antara Kementerian Peranci TNS Sofres Victimes & Citoyens (Victims & Citizens)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Mula Operasi 5 Mac Ini
    Auto Terkini

    Loke: Terminal LTSIP Jadi Litar Lumba Haram, JPJ Akan Sita Motosikal ‘Mat Rempit’

    06/04/2026
    Auto Terkini

    Hajiji: Kajian Semula Subsidi Diesel Bergantung Kepada Krisis Tenaga Global

    06/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Audit Jualan Diesel Perlu Diperketat, Kekang Ketirisan Subsidi di Sabah

    06/04/2026
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Lancar Kempen ‘Hybrid Done Right’, Tempahan All-New Prelude Kini Dibuka

    06/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.