• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Ini Hilang Ingatan Setiap Kali Bangun Tidur Sejak 2015

Lelaki Ini Hilang Ingatan Setiap Kali Bangun Tidur Sejak 2015

November 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

707
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DANIEL Schmidt dianggap antara manusia bertuah kerana terselamat dalam kemalangan ngeri kira-kira enam tahun lalu. Bagaimanapun, hidupnya berubah 360º akibat nahas tersebut.

Dia akan lupa semua perkara berlaku setiap hari, sama ada orang yang ditemui, pasangan sendiri atau apa saja dilakukan sebaik saja bangun tidur. Lebih menyedihkan, dia gagal mengingati hari kelahiran anak lelakinya.


Impak kemalangan 2015 menyebabkan lelaki Jerman itu mengalami kecederaan traumatik otak tahap tiga. Maksudnya, dia tidak mampu memindahkan memori jangka pendek menjadi memori jangka panjang.

Masalah memori itu menyebabkan Schmidt perlu membuat senarai perkara penting sebelum dia masuk tidur. Itu saja cara untuk dia ingat perkara penting selepas dia bangun keesokan hari.

BACA >>> Beli Honda Bukan Hanya Kerana Jenama, Tetapi Ada Memori Indah

Schmidt berkata;

Ketika itu (kemalangan), saya dalam perjalanan memandu di lebuh raya untuk bertemu adik dan  ada kesesakan trafik. Saya di belakang sekali.

“Kemudian, datang sebuah kereta tujuh tempat duduk yang pemandunya tidak sedar ada kesesakan di depan lalu merempuh kenderaan saya. Kelajuan lebih 130kmj.

“Seluruh laluan lebuh raya ditutup. Ramai cedera tetapi keadaan mereka tidak parah. Saya dibawa ke hospital dengan menaiki helikopter. Saya mengalami kecederaan traumatik otak, doktor panggil TBI Tahap 3."

Schmidt kemudian menjalani terapi fizikal dan terapi pertuturan untuk memulihkan keupayaan bercakap. Bagaimanapun, kerosakan keupayaan memori gagal dipulihkan dan dia hilang kehidupan lamanya.

Disebabkan gagal mengingati memori lalu, hubungannya dengan pasangan mula bermasalah hingga menyebabkan mereka berpisah beberapa tahun kemudian. Malah dia juga kerap mengalami masalah kemurungan.

BACA >>> 5 Trend Mat Motor 90-an yang Kini Tinggal Memori Manis
BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki

Pengarah filem, Nadine Nieman menjadikan kes menimpa Schmidt sebagai projek filem dokumentari. Beliau berkata;

Kalau kami buat rakaman dua hari serentak, Daniel (Schmidt) masih mampu ingat kami. Tapi kalau buat rakaman dua minggu kemudian, dia tidak dapat lagi mengecam kami.

“Kami sentiasa bercakap dengannya sehari sebelum rakaman. Dia mampu mengingati suara dan cuba membentuk persamaan. Dan dia menggunakan sekeping foto kami yang digantung di ruang dapur (untuk mengingati kami).”

Kes Schmidt juga mirip filem romantik komedi '50 First Dates' lakonan aktor Hollywood, Adam Sandler dan Drew Barrymore. Bezanya, hidup Schmidt tidaklah seceria filem berkenaan.

BACA >>> Lampu HID Terlalu Terang Punca Kemalangan? Wajarkah Diharamkan?
BACA >>> 40 Peratus daripada 600,000 OKU Jadi Cacat Akibat Kemalangan Jalan Raya Malaysia

SUMBER: ARTE | Reddit | OddityCentral

Artikel Berkaitan

707
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 50 First Dates, Daniel Schmidt, Hilang Memori, Kesan Memori Akibat Kemalangan, Nadine Nieman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
  • Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
    Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my