Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lelaki Ini Hilang Ingatan Setiap Kali Bangun Tidur Sejak 2015
Auto Terkini

Lelaki Ini Hilang Ingatan Setiap Kali Bangun Tidur Sejak 2015

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DANIEL Schmidt dianggap antara manusia bertuah kerana terselamat dalam kemalangan ngeri kira-kira enam tahun lalu. Bagaimanapun, hidupnya berubah 360º akibat nahas tersebut.

Dia akan lupa semua perkara berlaku setiap hari, sama ada orang yang ditemui, pasangan sendiri atau apa saja dilakukan sebaik saja bangun tidur. Lebih menyedihkan, dia gagal mengingati hari kelahiran anak lelakinya.


Impak kemalangan 2015 menyebabkan lelaki Jerman itu mengalami kecederaan traumatik otak tahap tiga. Maksudnya, dia tidak mampu memindahkan memori jangka pendek menjadi memori jangka panjang.

Masalah memori itu menyebabkan Schmidt perlu membuat senarai perkara penting sebelum dia masuk tidur. Itu saja cara untuk dia ingat perkara penting selepas dia bangun keesokan hari.

BACA >>> Beli Honda Bukan Hanya Kerana Jenama, Tetapi Ada Memori Indah

Schmidt berkata;

Ketika itu (kemalangan), saya dalam perjalanan memandu di lebuh raya untuk bertemu adik dan  ada kesesakan trafik. Saya di belakang sekali.

“Kemudian, datang sebuah kereta tujuh tempat duduk yang pemandunya tidak sedar ada kesesakan di depan lalu merempuh kenderaan saya. Kelajuan lebih 130kmj.

“Seluruh laluan lebuh raya ditutup. Ramai cedera tetapi keadaan mereka tidak parah. Saya dibawa ke hospital dengan menaiki helikopter. Saya mengalami kecederaan traumatik otak, doktor panggil TBI Tahap 3.”

Schmidt kemudian menjalani terapi fizikal dan terapi pertuturan untuk memulihkan keupayaan bercakap. Bagaimanapun, kerosakan keupayaan memori gagal dipulihkan dan dia hilang kehidupan lamanya.

Disebabkan gagal mengingati memori lalu, hubungannya dengan pasangan mula bermasalah hingga menyebabkan mereka berpisah beberapa tahun kemudian. Malah dia juga kerap mengalami masalah kemurungan.

BACA >>> 5 Trend Mat Motor 90-an yang Kini Tinggal Memori Manis
BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki

Pengarah filem, Nadine Nieman menjadikan kes menimpa Schmidt sebagai projek filem dokumentari. Beliau berkata;

Kalau kami buat rakaman dua hari serentak, Daniel (Schmidt) masih mampu ingat kami. Tapi kalau buat rakaman dua minggu kemudian, dia tidak dapat lagi mengecam kami.

“Kami sentiasa bercakap dengannya sehari sebelum rakaman. Dia mampu mengingati suara dan cuba membentuk persamaan. Dan dia menggunakan sekeping foto kami yang digantung di ruang dapur (untuk mengingati kami).”

Kes Schmidt juga mirip filem romantik komedi ’50 First Dates’ lakonan aktor Hollywood, Adam Sandler dan Drew Barrymore. Bezanya, hidup Schmidt tidaklah seceria filem berkenaan.

BACA >>> Lampu HID Terlalu Terang Punca Kemalangan? Wajarkah Diharamkan?
BACA >>> 40 Peratus daripada 600,000 OKU Jadi Cacat Akibat Kemalangan Jalan Raya Malaysia

SUMBER: ARTE | Reddit | OddityCentral

50 First Dates Daniel Schmidt Hilang Memori Kesan Memori Akibat Kemalangan Nadine Nieman
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M2 Coupé RR Edition, BMW M 1000 RR dan S 1000 RR M2 Edition Untuk Afrika Selatan

    05/05/2026
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    04/05/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    05/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.