• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 700k Unit Kenderaan Terjual Sepanjang 2022 di Malaysia, Tertinggi dalam Sejarah!

Lebih 700k Unit Kenderaan Terjual Sepanjang 2022 di Malaysia, Tertinggi dalam Sejarah!

January 19, 2023 By Sharil Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEPAS dua tahun jualan kenderaan menurun, jumlah keluruhan industri (TIV) di Malaysia meningkat kepada 720,658 unit tahun ini.

Ini juga angka tertinggi direkodkan dalam sejarah automotif Malaysia kerana buat kali pertama TIV melebihi 700,000 unit. Peningkatan tertinggi dalam sejarah ini dibantu:

  • Permintaan kereta baharu tertunggak, terutama pada separuh pertama 2022.
  • Keputusan Kerajaan memberikan pengecualian cukai jualan kepada pembeli yang buat tempahan dan menerima kereta mereka sebelum 30 Jun 2022 untuk didaftarkan sebelum 31 Mac 2023.
  • Peningkatan ketara juga disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aisyah Ahmad berkata;

Tanpa lanjutan pengecualian cukai dan sokongan Kerajaan, TIV tertinggi dalam sejarah ini tak mungkin dapat dicapai."

Jualan kenderaan penumpang mencatatkan kenaikan ketara, sebanyak 641,773 unit pada 2022 daripada 452, 486 unit (2021), meningkat  189,287 unit atau 41.8 peratus.

Jualan kenderaan komersil juga meningkat 39.9 peratus atau 22,488 unit untuk mencapai TIV sebanyak 78,885 unit.

TIV 2022 vs TIV 2021

  • Kenderaan Penumpang: 641,773 (2022), 452,486 (2021) = Beza 189,287 unit (41.8 peratus)
  • Kenderaan Komersil: 78,885 (2022), 56,397 (2021) = Beza 22,488 unit (39.9 peratus)
  • Jumlah Keseluruhan: 720,658 (2022), 508,883 (2021) = Beza 211,775 unit (41.6 peratus)

Sementara itu, jumlah keseluruhan kereta dihasilkan (TIP) tahun lalu juga bertambah 220,624 unit atau 45.8 peratus untuk catatan 702,275 unit berbanding 481,651 unit pada 2021.

Sama seperti TIV, jumlah TIP juga melepasi angka 700,000 unit buat kali pertama.

Menurut MAA, 650,190 unit kenderaan penumpang dihasilkan pada 2022 berbanding 446,431 unit (2021), manakala kenderaan komersil sebanyak 52,085 unit berbanding 35,220 unit (2021).

MAA juga meramalkan TIV 2023 akan menurun 9.8 peratus atau 70,658 unit kepada 650,000 disebabkan:

  • Kegawatan ekonomi.
  • Banyak tempahan tertunggak perlu diserahkan sebelum Mac 2023.
  • Caj Kadar Dasar Semalaman (OPR) mungkin naik lagi.
  • Masalah bekalan alat ganti dan semi konduktor akan terus memberi kesan.

BACA >>> Prasarana Minta Maaf, Tidak Tahu Punca Gangguan Tren LRT Kelana Jaya
BACA >>> MAA: 66,614 unit Kenderaan Malaysia Dijual Sepanjang Ogos 2022

Artikel Berkaitan

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2022, 2023, Auto Terkini, Datuk Aisyah Ahmad, Jumlah Jualan Kenderaan, MAA, Persatuan Automotif Malaysia, tip, TIV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my