Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 30 Tahun di China, Jualan Volkswagen Kini Cecah 30 Juta Unit!
Auto Terkini

Lebih 30 Tahun di China, Jualan Volkswagen Kini Cecah 30 Juta Unit!

Abang HirataBy Abang Hirata26/11/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars ialah jenama gergasi dalam industri automotif. Jenama ini dijual di lebih 150 pasaran seluruh dunia dengan kilang pengeluaran lebih 50 lokasi di 14 negara. Pada 2017, penghantaran kenderaan VW ialah 6.23 juta unit dengan Golf sebagai model terlaris.

Prestasi hebat VW banyak dibantu pembeli Asia di China. Tidak menghairankan apabila VW menikmati momen istimewa tahun ini apabila berjaya mencapai jualan kumulatif 30 juta unit di China. Model ke-30 juta ialah Touareg yang dibeli pelanggan di sana.

BACA >>> Inilah 6 Sebab Kenapa Pemilik Volkswagen Wajib Muat Turun Aplikasi Volkswagen Cares

VW memang aktif di China yang mana pada tahun ini ada 9 model baharu dilancarkan. Keputusan VW memasuki pasaran China berdekad lalu nyata berbaloi. Pada 1985, jualan VW di China mencapai sekitar 2,000 unit dengan saiz pasaran cuma 5,100 unit.

Walaupun saiz pasaran kecil, keputusan VW menunjukkan masa depan cerah. Pada 1992, VW mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan jualan kumulatif 100,000 unit.

VW sah berada atas landasan betul apabila jualan kesejuta juta dicapai pada 1997 dan selepas itu semuanya jadi sejarah. Jualan kelima juta dan kesepuluh juta masing-masing dicapai pada 2006 dan 2011. Ledakan ekonomi China terus melonjakkan jualan VW apabila berjaya memperolehi angka 20 juta pada 2015.

Tahun ini VW terus bergaya melalui jualan kumulatif 30 juta yang mana angka tersebut menghampiri jumlah rakyat Malaysia sekarang ini.

JALIN KERJASAMA

Di China, VW tidak makan seorang, syarikat ini menjalinkan kerjasama dengan dua syarikat tempatan, FAW-Volkswagen dan SAIC-Volkswagen. Tahun depan, VW merancang memperkenalkan 5 model, termasuk 3 SUV.

Baru-baru ini VW baru saja memperkenalkan 2 model baharu di China iaitu Tayron hasil kerjasama dengan FAW-Volkswagen dan Tharu yang dibuat SAIC-Volkswagen. Menariknya nama Tayron ialah gabungan ‘tiger’ dan ‘iron’ dan direka untuk pembeli kelas menengah dan tinggi. Tharu pula disasarkan kepada pembeli famili di China.

BACA >>> Tuner Jerman Hasilkan VW Up! GTI Setanding Golf Generasi ke-3 – 145hp, 260Nm

FAW-Volkswagen SAIC-Volkswagen Volkswagen Volkswagen China Volkswagen Tayron Volkswagen Tharu Volkswagen Touareg vw
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.