Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lari Tinggalkan Treler Selepas Rempuh Dua Lelaki Isi Minyak di Lorong Kecemasan
Auto Terkini

Lari Tinggalkan Treler Selepas Rempuh Dua Lelaki Isi Minyak di Lorong Kecemasan

FarahBy Farah28/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI kes kemalangan di lorong kecemasan bulan ini  yang kali ini membabitkan dua lelaki maut akibat dirempuh treler ketika sedang mengisi minyak lori di laluan kecemasan KM241.6 Lebuhraya Utara- Selatan, Rembau, semalam.

Dalam insiden jam 12.30 malam itu, mangsa, Saifuddin Abdullah, 50, yang juga pemandu lori, berhenti di lorong kecemasan kerana kehabisan minyak. Tidak lama kemudian datang seorang ‘runner’ bermotosikal dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), R Morgana Krishnan, 49, yang membantu membawakan minyak dalam botol.

BACA >>> Nahas Treler RnR USJ: Ini Punca Treler Rempuh 9 Beranak dalam Wira

Namun tiba-tiba muncul sebuah treler dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang merempuh kedua-dua mangsa yang berdiri di sebelah kanan lori. Impak rempuhan menyebabkan mereka melambung dan jatuh atas jalan raya serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, pemandu treler yang merempuh dua lelaki tersebut bertindak meninggalkan trelernya dan melarikan diri.

Menurut pihak polis, usaha mengesan pemandu treler itu sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk dibedah siasat.

Pada 18 Disember lalu, sembilan ahli keluarga dan seorang mekanik dilaporkan maut selepas dilanggar treler di laluan kecemasan ketika sedang membaiki kereta yang dinaiki keluarga tersebut.

BACA >>> Maut Depan Isteri, Anak Selepas Tukar Tayar, Polis Buru Drebar Lori Langgar Lari
BACA >>> #Videotomotif: Mat Motor Kena Sekeh Sebab Masuk Lorong Tol

SUMBER: BHOnline

kemalangan maut laluan kecemasan Langgar Lari Lorong Kecemasan maut di laluan kecemasan treler langgar
Farah

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.