Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Laporan Awal Nahas Elmina, AAIB Dedah Tiada Bukti Ketidakupayaan Juruterbang
Auto Terkini

Laporan Awal Nahas Elmina, AAIB Dedah Tiada Bukti Ketidakupayaan Juruterbang

Han OthmanBy Han Othman15/09/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LAPORAN awal siasatan nahas pesawat di Bandar Elmina di Shah Alam, menyatakan tiada bukti menunjukkan ketidakupayaan atau faktor fisiologi menjejaskan prestasi juruterbang hingga menjadi punca nahas.

Menurut Laporan Awal Kemalangan Pesawat dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) hari ini, juruterbang pertama (PIC) dan juruterbang kedua (Second In Command – SIC) mempunyai rehat mencukupi sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.

Berdasarkan keterangan saksi, PIC dilaporkan dalam keadaan baik pada malam sebelum kemalangan. Saksi juga mengatakan bahawa PIC berehat dengan baik sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi,” menurut laporan disiarkan laman web rasmi MOT, hari ini.

Pada 17 Ogos lalu, sebuah pesawat persendirian Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, Shah Alam yang mengorbankan 10 mangsa yang terdiri daripada lapan individu (enam penumpang dan dua krew), seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).

Laporan setebal 60 halaman itu juga menyatakan PIC sudah dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada, dan kedua-dua juruterbang memiliki sijil perubatan sah daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Laporan itu menyatakan PIC memperoleh Sijil Perubatan Kelas Pertama daripada FAA dengan had ‘mesti menggunakan kanta corrective bagi memenuhi standard penglihatan pada semua jarak diperlukan’ pada 24 Mac 2023 dan memegang Sijil Perubatan CAAM yang sah dari 6 Disember 2022 hingga 31 Disember 2023 dengan had ‘VDL – sah hanya dengan pembetulan untuk penglihatan jauh yang rosak’.

Auto Terkini Beechcraft Model 390 (Premier 1) Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) Nahas Elmina Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Pesawat Ringan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.