• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Langkawi Akan Ada Tram!

Langkawi Akan Ada Tram!

August 30, 2019 By Azhan O 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LANGKAWI bakal memperkenalkan perkhidmatan tram bagi memudahkan pergerakan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas sekitar Jalan Pantai Chenang yang menjadi antara lokasi tumpuan ramai di pulau peranginan bebas cukai itu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Radzuan Osman berkata, cadangan tersebut dikemukakan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir melibatkan pelbagai agensi dalam Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), baru-baru ini.

BACA >>> RapidKL Perkenal Semula Bas Mini, Fasa Ujian Bermula 1 September-29 November

tram-london-1
tram-london-2
tram-london-3
tram-london-4

"Dalam mesyuarat peringkat tertinggi telah dipersetujui satu kaedah pengangkutan perlu diwujudkan di tapak Park N' Ride Chenang untuk pelancong-pelancong yang datang sebab kita sedia maklum tapak ini di luar kawasan Pantai Chenang.

“Tram dapat membantu mereka yang parkir kenderaan di sini untuk dibawa ke hotel yang di tempah. Bagaimanapun, tempoh waktu untuk merealisasikan perkhidmatan tram mungkin mengambil masa kerana melibatkan pelbagai proses," katanya.

Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian ‘Langkawi Youth Town’ di Park N' Ride Chenang, semalam.

BACA >>> Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!

Menurut Radzuan lagi,  MPLBP juga akan mula menggunakan kenderaan elektrik di Langkawi.

"Dalam masa terdekat, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan menyerahkan dua kereta elektrik dan 10 motosikal elektrik untuk kegunaan anggota penguat kuasa MPLBP," katanya.

* Foto tram di London

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Langkawi, Langkawi Permata Kedah, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Pantai Chenang, pengangkutan awam, Pulau Langkawi, Radzuan Osman, Tram

Comments

  1. Alson P says

    September 2, 2019 at 8:45 AM

    Terbaik Langkawi..!
    Perkhimatan pengangkutan awam seperti ini yang Malaysia perlukan

    Katakan tidak kepada Gojek

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my