Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Langkah Pertama ke Dunia Sportbike: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R25
Roda2

Langkah Pertama ke Dunia Sportbike: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R25

ZYBy ZY18/07/20174 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODENAS Pulsar RS200 atau Yamaha YZF-R25? Mungkin dua motosikal ini sedang bermain dalam fikiran anda dan rakan penunggang lain yang berhasrat menaik taraf daripada kapcai kepada sportbike.

Pulsar RS200 (RM10,500) seperti pilihan mudah dengan harga ditawarkan hampir tidak masuk akal bagi sebuah sportbike fairing 200cc, manakala YZF-R25 (RM20,000) lebih mahal, tetapi terbukti mampu memberikan pengalaman tunggangan sportbike suku liter antara terbaik dalam kelas.

Jika anda berpegang kuat kepada pepatah ‘alah membeli, menang memakai‘ atau ‘tiada gantian untuk sesaran‘, pastinya YZF-R25 menjadi pilihan terbaik. Namun, bagaimana pula kalau anda masih mahukan sportbike pertama tanpa mahu berbelanja lebih? Apakah Pulsar RS200 pilihan yang lebih menepati kemahuan dan bajet? Apa kata kita buat perbandingan di bawah:

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

1. REKABENTUK DAN GAYA

Salah satu sebab beralih kepada sportbike fairing ialah gaya. Berbekalkan pengalaman sebagai pengeluar motosikal ternama dunia, DNA rekaan Yamaha cukup meluas pada produknya daripada superbike perlumbaan hinggalah kapcai atau skuter tunggangan pak lebai.

Justeru rekaan YZF-R25 agak mudah diterima dan dikenali umum berbanding Pulsar RS200. Jika anda mahu kawan atau makwe sebelah rumah tahu anda sedang menunggang sebuah sportbike Yamaha, YZF-R25 ialah motor yang tidak memerlukan anda mengeluarkan modal keras.

Dari segi gaya dan rekabentuk, rekaan Pulsar RS200 jelas diilhamkan karakter robot filem terkenal, tetapi itu bukan rekaan buruk (seperti filem terbarunya itu, oops…). Sepasang lampu projektor di hadapan, ekzos dengan tabung peredam bunyi pendek dan lampu brek disepadukan pemegang plat nombor, cukup menjadikan sportbike sulung Modenas ini tampil unik dalam kelasnya.

Rekaan lampu belakang berserta sirip sisi yang agak sibuk menimbulkan perbezaan. Ada yang suka dan ada pula tidak gemarkan gaya sebegitu. Mujurlah Pulsar RS200 didatangkan dalam pilihan warna hitam grafit (graphite black) yang mampu berlagak lebih matang.

Keseluruhannya, Pulsar RS200 dan YZF-R25 menepati ciri dan gaya sebuah sportbike. Penghargaan tambahan kepada Modenas (atau lebih tepatnya Bajaj) yang menyediakan madgat sendat atau tire hugger sebagai ciri standard.

Nampaknya Modenas memang memahami trend penunggang sportbike masa kini yang gemar menanggalkan ekor atau madgad asal supaya nampak lebih sporty. Setidak-tidaknya tire hugger masih praktikal untuk melindungi pembonceng daripada dicemari percikan kotoran jalanan.

2. KESELESAAN DAN KENDALIAN

Sesetengah sportbike akan membuatkan anda senak di bahagian badan tertentu selepas beberapa minit menempuh kesesakan bandar, tetapi Pulsar RS200 dan YZF-R25 mampu memastikan anda menunggang selesa lebih lama.

Ini kerana penggunaan bar hendal tinggi mengurangkan sudut miring depan, manakala kedudukan pemijak redah memberikan posisi tunggangan lebih menegak. Pelana juga cukup empuk untuk penunggang dan pembonceng, cuma janganlah dibandingkan tahap keselesaan seperti kapcai anda dulu.

Dari segi pengendalian, tidak banyak dapat diperkatakan kerana kedua-dua motosikal berkenaan memang sesuai ditunggang sama ada dalam bandar, lebuh raya ataupun berentap di litar lumba. Malah, kedua-dua sportbike itu berkongsi sistem pembrekan cakera tunggal depan dan belakang, dan sistem suspensi depan jenis teleskopik berserta absorber tunggal di belakang.

Seperkara lagi yang perlu ditekankan, pada harga lebih mampu milik, Pulsar RS200 sudah siap dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan dan suspensi Nitrox boleh laras (belakang). Sebagai makluman dua ciri itu sukar dijumpai pada motosikal dalam kategori bajet.

Jika kerap menempuh perjalanan jauh, YZF-R25 ialah pilihan lebih sesuai kerana enjin silinder kembar sportbike Yamaha itu kurang getaran dan gegaran, berbanding enjin silinder tunggal Pulsar RS200. Apapun, itu hanya kelemahan biasa bagi mana-mana enjin sportbike silinder tunggal.

3. KUASA DAN EKONOMI BAHAN API

Sebelum menyentuh segmen kuasa, kita semak dahulu kadar ekonomi bahan api dua sportbike tersebut. Pulsar RS200 memberikan anggaran 30km/liter (bandar) dan 45km/liter (lebuh raya), manakala YZF-R25 (20km/liter – bandar) dan (28km/liter – lebuh raya). Jika mengambil kira isipadu tangki penuh 13 liter (Pulsar RS200) dan 14 liter (YZF-R25), sangat mudah untuk mengatakan Pulsar RS200 lebih menjimatkan dan boleh membawa anda pergi lebih jauh dengan sekali isian penuh.

Namun, seperti kita sedia maklum, tujuan utama sportbike dibina adalah untuk kelajuan. Jadi, di sinilah YZF-R25 paling menyerlah.

Spesifikasi rasmi Yamaha menyatakan YZF-R25 berupaya menjana kuasa 35.5hp @ 12,000rpm, jelas lebih superior berbanding Pulsar RS200 (24.5hp @ 9,650rpm). Di atas lebuh raya, YZF-R25 memberikan kelajuan maksimum sekitar 170kmj, manakala Pulsar RS200 (140km/j) – dirujuk kepada paparan kelajuan aplikasi GPS, bukan speedometer motorsikal untuk perbandingan adil.

Agak tidak adil membandingkan kuasa enjin SOHC silinder tunggal sesaran 200cc dengan enjin DOHC silinder kembar 250cc. Semestinya jauh berbeza, tetapi faktor kuasa itu jugalah yang akan disimpulkan di bawah.


KATA-KATA AKHIR

Antara Modenas Pulsar RS200 dan Yamaha YZF-R25, manakah patut anda pilih sebagai sportbike pertama?

Jawapan mudah;

Segalanya bergantung kepada apa yang sanggup anda korbankan, sama ada kuasa atau wang? Secara peribadi, saya tidak cenderung menyebelahi mana-mana sportbike tersebut. Kedua-duanya menawarkan gaya, keselesaan dan kuasa yang sepadan harga.

Asalkan anda sanggup membayar lebih, YZF-R25 bakal menawarkan anda pengalaman menunggang sportbike terbaik dalam kelas. Namun, tidak perlulah rasa kecewa jika hanya mampu memiliki Pulsar RS200. Ini kerana sportbike bajet itu tetap membuatkan anda tersenyum atas jalan atau ketika berdiri di depan mesin ATM setiap hujung bulan.

* Perbandingan di atas cuma pandangan peribadi penulis, bertujuan membantu pembaca membuat pilihan lebih bijak. Artikel ini tidak ditajamana-mana pihak.

RUJUKAN:
Laman rasmi Hong Leong Yamaha – Yamaha YZF-R25
Laman rasmi Modenas Malaysia – Modenas Pulsar RS200
Spesifikasi dan Ekonomi bahanapi Yamaha YZF-R25
Spesifikasi dan Ekonomi bahanapi Pulsar RS200
Review Modenas Pulsar RS200

Bajaj Pulsar RS200 beginner sportbike Hong Leong Yamaha Modenas modenas pulsar RS200 Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R25 roda2 sportbike Yamaha R25 Yamaha YZF-R25
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026

4 Comments

  1. Ahmad on 27/10/2017 14:05

    Masalah satu je.. x cukup tinggi.. T_T.

    Reply
    • helmi arif on 24/01/2018 17:49

      samalah kita,,niat di hati mmg nak start berjinak2 dalam dunia cc lebih tinggi dari kapcai,,tapi memandangkan xberapa nak tinggi nie, layan kapcai jelah,,hehehe

      Reply
  2. Zeck on 19/10/2018 07:29

    Saya rider pulsar. Alhamdulillah puas hati pakai walaupun tak selaju R25… 140 kmh gps klu mod sprocket boleh dpt 150-160 kmh gps… ABS memang dh selalu menyelamatkan saya semasa redah traffic bandar… Yela sbb ade titibe driver jenis tukar lane tanpa signal…

    Untuk saya, some people ckp rugi. Baik angkat 250cc je alang2… For me, it’s just training bike… Belajar control bike, leaning angle time corner, throttle control…. Belajar untuk maintenance motor sendiri… Next target nak ke supersport category. So.. Kita jimat sikit kt level lightweight sportbike… Kumpul2 modal untuk ke supersport…

    Reply
    • ZY on 19/10/2018 08:35

      Betul tu. Kelas beginner ni untuk kita belajar lebih mendalam dari segi handling n maintenance so seeloknya tak perlu berbelanja terlalu lebih daripada kemampuan.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.