Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Land Rover Explore – Telefon Pintar Paling Lasak Dunia
Aksesori

Land Rover Explore – Telefon Pintar Paling Lasak Dunia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAND ROVER mengeluarkan telefon paling lasak dan kukuh di dunia dengan kemampuan meneroka kawasan yang tidak boleh dicapai telefon pintar biasa. Dinamakan Land Rover Explore, peranti komunikasi itu diilhamkan daripada model pacuan empat roda (4×4) Land Rover, khas buat penggemar aktiviti lasak.

Telefon itu boleh beroperasi dan melakukan fungsi navigasi dalam keadaan ekstrem dengan kapasiti bateri yang mampu bertahan selama dua hari walaupun skrin dihidupkan sepanjang masa. Malah, hayat bateri boleh digandakan menggunakan Pek Advencer.

Telefon dengan bateri berkapasiti 4000mAh itu dilengkapi skrin pelindung dan konsol kalis air pada kedalaman 1.8 meter, termasuk air garam dan mampu bertahan dalam suhu ekstrem daripada sejuk beku hingga panas bahang, kejutan termal, kelembapan dan gegaran.

TAHAN LASAK, CIRI LENGKAP

Skrin 5-inci definisi penuh (HD) boleh berfungsi dalam keadaan basah atau menggunakan sarung tangan, dan ada akses segera berhubung maklumat cuaca dan pemetaan data, serta kompas dan lampu kecemasan SOS. Semua ciri diberikan itu cukup sesuai untuk kegunaan aktiviti lasak seperti kembara, berbasikal dan bermain ski.

Land Rover Explore juga memiliki mod tapisan malam untuk mengurangkan silau skrin bagi menjaga mata ketika malam. Telefon itu juga serasi dengan semua aplikasi model Land Rover dan boleh didapati dengan pek tambahan seperti pek basikal dan bateri.

Dibangunkan Land Rover dan Bullitt Group, telefon Explore dengan Pakej Advencer dijual pada harga £599 (RM3,268) dan akan ditayangkan kepada umum sempena Kongres Dunia Mobil di Barcelona pada 26 Februari ini.

SPESIFIKASI LAND ROVER EXPLORE
  • Bateri 4000mAh dengan tambahan pek bateri.
  • IP68 rintangan percikan, air dan debu.
  • Kalis air sedalam 1.8 meter dengan skrin pelindung.
  • Gred premium, pilihan pemetaan topografi terperinci dari ViewRanger dengan ciri Augmented Skyline Reality.
  • Papan pemuka outdoor yang dikustom untuk akses maklumat cuaca, data sensor, dan alatan pada peranti untuk aktiviti seperti cuaca, angin, pasang surut, kompas, signal SOS.
  • Sistem operasi (OS) Android Nougat, dengan jadual naik taraf oleh Oreo.
  • Memori 4GB RAM dan memori dalaman 64GB ROM, boleh ditambah kapasiti menerusi kad memori microSD.
  • Pemproses Deca-Core 2.6GHz 64 bit MTK Helio X27 chipset dengan fungsi dua SIM.
  • Kamera belakang 16MP, kamera depan 8MP, zum digital 4x.
  • Paparan FHD 5-inci, skrin Corning Gorilla Glass 5 – dioptimumkan untuk kegunaan outdoor.
  • Sokongan rangkaian LTE Cat 6.
  • Aplikasi dikomersialkan, dan kandungan katalog berhubung aktiviti luar.
PEK ADVENCER
  • Bateri tambahan 3600mAh.
  • 25 x 25mm tampal (patch) seramik antena GPS.
  • Konsol pelindung TPU.
  • Karabiner keluli tahan karat dengan tali kanvas.
  • IP68 dan ujian hempas – 1.8 meter.
PEK BASIKAL
  • Basikal gunung dan bekas untuk bar hendal dan stem.
  • Boleh dilipat untuk dilaraskan sudut pandangan atau tukar orientasi peranti.
PEK BATERI
  • Prestasi bateri tertinggi, tambahan kapasiti bateri 4370mAh.
  • IP68 dan ujian hempas – 1.8 meter

 

GALERI

SUMBER: Land Rover UK

aksesori Jaguar Land Rover Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd Land Rover Land Rover Explore telefon pintar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Audi RS 3 Competition Limited 2026
    Roda4

    Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.