• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Lamborghini Huracan Serba Ungu Siap Dibikin Ini Milik Wanita Arab Dubai

Lamborghini Huracan Serba Ungu Siap Dibikin Ini Milik Wanita Arab Dubai

July 3, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


TAHUKAH anda dalam dunia supercar ada banyak tuner yang memang menumpukan kepada kerja-kerja pengubahsuaian visual dan mekanikal kereta-kereta segmen itu. Misalnya, Liberty Walk sangat terkenal sebagai bengkel kit badan supercar, manakala Underground Racing pula lebih kepada modifikasi enjin.

Bagaimanapun, wanita muda ini dari Dubai ini sudah cukup berpuas hati dengan tambahan komponen aerodinamik aktif Razmig hasil buatan, tuner dari Britain, RevoZport pada Lamborghini Huracan miliknya.

UBAH SUAI LUARAN DAN ENJIN

lamborghini-huracan-ungu-dubai-9
lamborghini-huracan-ungu-dubai-11
lamborghini-huracan-ungu-dubai-10

Antara ubah suai dilakukan ialah penggunaan kit badan gentian karbon pada bonet, pintu, fender, spliter, tambahan skup sisi dan spoiler atau sayap belakang yang menurutnya mengurangkan berat kereta sebanyak 100kg.

RevoZport juga mengubahsuai karakter enjin aspirasi natural (NA) 5.3L V10 dengan menaik taraf sistem ambilan, menala semula unit kawalan elektronik (ECU) dan menambah ekzos Inconel. Hasilnya, kuasa kuda Huracan ini ditingkatkan sebanyak  89hp menjadikan kuasa total setinggi 690hp.

Mengakhiri modifikasi tersebut, RevoZport membalut badan supercar dari Itali itu dengan warna ungu khas dan secolek strip hitam di atas bonet. Tidak dilupakan juga rantai kunci yang turut diungukan. Menurut laman web RevoZport, kit badan lengkap Huracan 'Razmig' itu bernilai AS$12,000 (RM51,564), tidak termasuk modifikasi enjin.

Apapun, minah Arab itu boleh tahan juga modifikasinya. Boleh buat kemalangan jiwa sesiapa saja yang memandang. 😀

GALERI

lamborghini-huracan-ungu-dubai-7
lamborghini-huracan-ungu-dubai-12
lamborghini-huracan-ungu-dubai-4
lamborghini-huracan-ungu-dubai-1
lamborghini-huracan-ungu-dubai-10
lamborghini-huracan-ungu-dubai-9
lamborghini-huracan-ungu-dubai-13
lamborghini-huracan-ungu-dubai-6
lamborghini-huracan-ungu-dubai-5
lamborghini-huracan-ungu-dubai-11
lamborghini-huracan-ungu-dubai-8
lamborghini-huracan-ungu-dubai-3
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Lamborghini Tagged With: Bikin Kereta, Lamborghini, Lamborghini Huracan, Liberty Walk, Modifikasi, RevoZport, Supercar, Underground Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my