Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lamborghini Fenomeno 2026 – Supercar Edisi Terhad 29 Unit dengan Enjin Hibrid V12, 1,080ps
Roda4

Lamborghini Fenomeno 2026 – Supercar Edisi Terhad 29 Unit dengan Enjin Hibrid V12, 1,080ps

Abang HirataBy Abang Hirata21/08/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lamborghini Fenomeno 2026

AUTOMOBILI Lamborghini memperkenalkan model keluaran sedikit (few-off) edisi terhad, Lamborghini Fenomeno 2026 sempena meraikan warisan pengeluar supercar itu dalam menghasilkan kereta eksklusif, inovasi teknikal dan rekabentuk ikonik.

Ia juga menandakan 20 tahun pembuatan model pertama sepenuhnya daripada pusat rekabentuk Centro Stile.

Manifesto Rekabentuk Lamborghini

Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026

Fenomeno digelar ‘manifesto rekabentuk’ Lamborghini yang menonjolkan elemen ikonik. Selain aerodinamik dan rekabentuk unik, supercar itu dilengkapi enjin V12 paling berkuasa dalam sejarah Lamborghini gabungan tiga motor elektrik dengan output kuasa 1,080ps.

Output kuasa 835ps daripada enjin natural aspirasi (NA) V12 dan 245ps daripada motor elektrik.

Nama Lembu Laga Mexico

Logo Lamborghini Fenomeno

Hanya 29 unit Lamborghini Fenomeno dihasilkan yang menyambung legasi model edisi terhad Lamborghini terdahulu seperti Reventón (2007), Sesto Elemento (2010), Veneno (2013), Centenario (2016), Sián (2019), dan Countach LPI 800-4 (2021).

Nama Fenomeno mengikut tradisi Lamborghini diambil daripada lembu laga yang terkenal dan berani di Morelia, Mexico pada 2002.

Dalam satu pertarungan, lembu itu diampunkan kerana menunjukkan kualiti luar biasa. Dalam bahasa Itali dan Sepanyol, Fenomeno bermaksud ‘fenomenal’ yang melambangkan sesuatu yang benar-benar luar biasa dan unik.

Enjin, Hibrid

Lamborghini Fenomeno 2026

  • Enjin tengah NA V12 6.5L
  • Tiga motor elektrik (dua depan, satu atas kotak gear)
  • Output kuasa V12 835ps @ 9,250rpm, dan tork V12: 725Nm @ 6,750rpm
  • Output kuasa gabungan 1,080ps
  • Bateri litium-ion 7kWj
  • Transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan, pacuan semua roda (AWD)
  • Motor elektrik depan 110kW setiap satu, fungsi pemvektora tork, dan brek regeneratif

Prestasi

  • Pecutan 0-100kmj sepantas 2.4 saat
  • Pecutan 0-200kmj sepantas 6.7 saat
  • Kelajuan maksimum >350kmj
  • Jarak henti 100-0kmj 30 meter
  • Nisbah kuasa kepada berat 1.64kg/ps

Rekabentuk

Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026

Lamborghini Fenomeno 2026 menampilkan rekabentuk longtail, garis tunggal tengah, dan permukaan aerodinamik kemas.

  • Depan Bonet dengan dua ventilator udara besar, lampu siang (DRL) menyerupai tanduk lembu, logo Lamborghini baharu
  • Sisi Garis tunggal dari bonet hingga belakang, sirip karbon bawah untuk aerodinamik dan fender
  • Belakang Sayap menyambung ke gerbang roda, lampu belakang vertikal bentuk-Y, difuser karbon dan terminal ekzos heksagon
  • Rim tempasatu nat 21 inci depan, dan 22 inci (belakang)
  • Tayar Bridgestone Potenza Sport 265/30 ZRF21 depan, dan 355/25 ZRF22 (belakang)

Kabin

Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
  • Gentian karbon menjadi elemen utama kabin, bermula konsol tengah, panel pintu hingga kerusi buket.
  • Ventilator udara pada kluster instrumen dihasilkan menggunakan teknologi cetakan 3D.
  • Sistem lampu ambien menonjolkan bentuk kabin seperti kapal angkasa untuk pengalaman pemanduan lebih istimewa.
  • Posisi memandu sporty dan stereng lumba memaksimumkan penglibatan pemandu.
  • Program Ad Personam membolehkan pelanggan memilih lebih 400 warna luaran dan pelbagai pilihan dalaman.

Aerodinamik

Lamborghini Fenomeno 2026

  • Ambilan udara S-Duct di depan meningkatkan beban aerodinamik depan.
  • Aliran udara diarah ke saluran enjin dan sayap belakang rekaan omega.
  • Pintu berfungsi menyalurkan udara ke ventilator sisi bagi meningkatkan penyejukan komponen 30 peratus lebih efisien.
  • Difuser besar dan sirip karbon menstabilkan kereta pada halaju tinggi.

Brek, Suspensi

  • Brek karbon seramik CCM-R Plus seperti teknologi LMDh.
  • Cakera brek 3D dengan gentian karbon panjang, yang tahan lasak dan geseran tinggi.
  • Suspensi talaan sport boleh dikalibrasi untuk trek atau jalan.

Dinamik, Sensor

Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
  • Sensor 6D mengukur pecutan dan halaju sudut dongak-tunduk, miring-olengan dan pusing-belok (pitch, roll, yaw) masa nyata.
  • Sistem anggaran bersepadu Integrated Vehicle Estimator (IVE) menggunakan penapisan Kalman berfungsi mengawal sistem kawalan brek bersepadu (IBC) dan kestabilan selekoh.

Tayar

  • Bridgestone Potenza Sport saiz 21/22 inci dengan Teknologi Run Flat.
  • Pilihan semi-slik untuk prestasi litar homologasi jalan raya.
  • Direka menggunakan pembagngunan digital Virtual Tyre Development bagi mengurangkan penggunaan bahan mentah dan pelepasan karbon dioksida (CO₂).

Spesifikasi Teknikal

Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026

Lamborghini Fenomeno 2026 memiliki dimensi panjang 5,014mm, lebar 2,076mm, dan tinggi 1,161mm, manakala jarak roda 2,779mm. Saiz brek cakera 420mm x 40mm (tebal) di depan, dan 410mm x 32mm (belakang)

Prestasi pecutan 0-100kmj sepantas 2.4 saat, 0-200kmj (6.7 saat) dan kelajuan maksimum: >350kmj. Jarak membrek 100-0 kmj sejauh 30 meter, manakala nisbah kuasa kepada berat 1.64kg/ps

Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Lamborghini Fenomeno 2026
Automobili Lamborghini Lamborghini Lamborghini Fenomeno Lamborghini Fenomeno 2026 Roda4 Supercar
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.