Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Model konsep EV, Lamborghini Lanzador

PENGELUAR supercar, Lamborghini akhirnya membatalkan rancangan menghasilkan kenderaan elektrik (EV) penuh, sekali gus menamatkan masa depan versi pengeluaran model konsep Lamborghini Lanzador.

Keputusan drastik itu hadir selepas pengeluar supercar dari Itali itu menyedari pelanggan setia masih belum bersedia menerima jentera tanpa enjin pembakaran dalaman (ICE).

Model konsep Lamborghini Lanzador diperkenalkan hampir tiga tahun lalu sebagai bayangan hala tuju elektrik jenama dari Sant’Agata Bolognese, dengan sasaran pelancaran sekitar 2028 sebelum ditunda ke 2029.

Namun kini, projek berkenaan disahkan tidak akan diteruskan dalam bentuk EV tulen.

Permintaan EV ‘Hampir Sifar’ dalam Segmen Supercar

Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lamborghini, Stephan Winkelmann mengakui minat pelanggan terhadap model EV penuh adalah ‘hampir sifar‘, terutama jika tidak menawarkan enjin V8 atau V12 yang menjadi identiti jenama tersebut.

Menurutnya, syarikat mengambil masa lebih setahun sebelum membuat keputusan muktamad selepas perbincangan dalaman dan sesi maklum balas bersama pelanggan dan pengedar.

Pada penghujung 2025, Lamborghini memilih menghentikan pembangunan EV penuh atas faktor pasaran dan kelangsungan perniagaan.

EV Dianggap Pelaburan Berisiko Tinggi

Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador

Winkelmann menyifatkan pelaburan besar dalam pembangunan EV penuh sebagai satu ‘hobi mahal’ sekiranya pasaran dan pelanggan belum benar-benar bersedia.

Beliau menegaskan tindakan melabur secara agresif dalam teknologi yang belum mendapat permintaan kukuh adalah langkah tidak bertanggungjawab dari sudut kewangan.

Dalam konteks jenama ultra-mewah prestasi tinggi, margin keuntungan, kos pembangunan platform baharu dan pelaburan bateri kapasiti besar menjadikan risiko itu lebih ketara berbanding pengeluar arus perdana.

Lanzador Kembali Sebagai PHEV?

Lamborghini Lanzador

Walaupun versi EV penuh dibatalkan, nama Lanzador tidak ‘mati’ sepenuhnya kerana Lamborghini merancang memperkenalkan versi hibrid plug-in (PHEV) menjelang penghujung dekad ini.

Gabungan enjin petrol dan sistem elektrifikasi adalah kompromi terbaik antara prestasi dan pematuhan regulasi.

Pendekatan sama turut diterapkan pada generasi baharu Lamborghini Urus. Model kenderaan utiliti sukan (SUV) prestasi tinggi itu tidak akan menjadi EV penuh kerana Lamborghini enggan mengambil risiko pasaran. Sebaliknya, Urus generasi seterusnya akan terus menggunakan konfigurasi PHEV.

Enjin Pembakaran Masih Jadi Teras Jenama

Lamborghini Lanzador

Walaupun Kesatuan Eropah (EU) terus menekan pengeluar untuk mempercepat peralihan ke arah elektrifikasi dan pengurangan karbon, Lamborghini kekal mempertahankan trenkuasa ICE sebagai elemen utama DNA jenama.

Bagi Winkelmann, EV masih belum mampu menawarkan ‘hubungan emosi’ yang sama seperti deruman enjin petrol kapasiti besar.

Laluan PHEV pula dilihat sebagai jalan tengah bagi memenuhi tuntutan peraturan tanpa mengorbankan karakter dan pengalaman pemanduan yang menjadi daya tarikan utama Lamborghini.

SUMBER: Motor1

Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Lamborghini Lanzador
Auto Terkini ev car kereta elektrik Lamborghini Lamborghini concept Lamborghini EV Lamborghini Lanzador
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

24/02/2026
Auto Terkini

KM 18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

24/02/2026
Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.