• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Laluan Batang Kali-Genting Highlands Buka Semula Hari Ini [6 Januari 2023]

Laluan Batang Kali-Genting Highlands Buka Semula Hari Ini [6 Januari 2023]

January 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LALUAN Batang Kali - Genting Highlands Seksyen 14, Hulu Selangor yang ditutup sejak 16 Disember lalu akhirnya dibuka semula bermula jam 5 petang hari ini (6 Januari 2023).

Sebelum ini, Jalan Negeri B66 itu ditutup berikutan insiden tanah runtuh. Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan menyatakan laluan tersebut kini dibuka dengan kawalan pihak berkuasa.

BACA >>> Tragedi Tanah Runtuh: Trafik Lebuhraya Kuala Lumpuh-Karak Kekal Lancar

Laluan sementara pula akan dibuka satu lorong sahaja dan terhad kepada:

  • Pekerja di kawasan Genting Highlands dengan surat pengesahan majikan
  • Kenderaan Kelas 1 (motokar, teksi dan kenderaan pelbagai guna)
  • Kenderaan Kelas 6 (motosikal dan skuter)

JKR menegaskan pengguna yang menggunakan laluan itu TIDAK dibenarkan berhenti di kawasan insiden tanah runtuh.

Pengguna hendaklah berhati-hati ketika melalui laluan tersebut dan sila patuhi arahan papan tanda yang disediakan kerana kerja pemantauan cerun masih berjalan."

Pengguna jalan raya diminta menggunakan dua laluan alternatif untuk mengurangkan risiko kesesakan di:

  • Laluan Ulu Yam - Batu Caves (Jalan Negeri B23)
  • Laluan Kuala Lumpur - Ipoh (Jalan Persekutuan FT001)

Orang awam juga boleh menghubungi JKR Hulu Selangor untuk sebarang pertanyaan di talian:

  • 03-6064 1046
  • 03-6064 1146
  • 03-6064 1058
  • 03-6064 1073

Pada 16 Disember lalu, berlaku insiden tanah runtuh kira-kira jam 2.42 pagi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya yang meragut 31 nyawa, manakala 61 lagi terselamat.

BACA >>> Jangan Terbangkan Dron di Kawasan Insiden Tanah Runtuh, Dikhuatiri Ganggu Operasi SAR
BACA >>> Batu Besar Hempap 8 Kereta Petanda Awal Tanah Runtuh Bukit Permai Ampang?
BACA >>> Video Tanah Runtuh di Seri Kembangan, Lima Kenderaan Musnah

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bencana Tanah Runtuh, Father's Organic Farm, Jalan Negeri B66, JKR Hulu Selangor, Laluan Batang Kali - Genting Highlands, Tanah Runtuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my