• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lakaran Asal Kawasaki Ninja 250/400 Didedahkan, Rekaan Ninja H2 Turut Jadi Ilham!

Lakaran Asal Kawasaki Ninja 250/400 Didedahkan, Rekaan Ninja H2 Turut Jadi Ilham!

December 5, 2017 By ZY 3 Comments

372
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Sejurus pendedahan imej spyshot Kawasaki Ninja 250 dan 400 baharu, ramai peminat motosikal tempatan mengkritik rekaan tersebut yang katanya sangat mirip model pesaing, Yamaha YZF-R25. Tapi tahukah anda, Ninja 250/400 ini hampir tampil seperti gaya abangnya, Ninja H2?

Menurut Suzuki Kobayashi, jurutera yang diberikan tanggungjawab menghasilkan rekaan terbaru sportbike novis popular Kawasaki itu, rekabentuk kali ini sebenarnya mengambil tema daripada jentera Kawasaki berkuasa tinggi lain.


Melihat rekaan awal yang didedahkan, jelas Suzuki pernah menimbang menggunakan ciri biasa yang didapati pada superbike Kawasaki sedia ada, seperti rekaan lengan ayun pro-arm dan rim bintang Shuriken daripada Ninja H2.

Lakaran rupa lampu depan juga pernah membawakan gaya 'mono eye'. Jika melihat lakaran-lakaran tersebut, memang benar-benar menggerunkan.

SENSASI KUALITI MEWAH

Menurut Suzuki lagi, 'Kelas Tinggi' dan 'Futuristik' adalah tema yang dikehendaki dalam penghasilan rekabentuk Ninja 250/400 baharu, yakni cuba membangkitkan sensasi kualiti lebih mewah dan rekabentuk jentera supersports dengan perincian terhadap rekaan futuristik muka depan dan bentuk kowl/fairing.

Cuma sayangnya, lakaran Ninja H2 itu tidak digunakan. Malah, rekabentuk pengeluaran juga berbeza. Pendapat kami, lakaran akhir di bawah ini lebih sporty dan unik, berbanding rekaan ala Yamaha R25, terutama pada lampu depan.

Tentunya para pereka dan pengurusan Kawasaki ada sebab tersendiri. Apa yang pasti, dengan enjin yang kini paling berkuasa dalam kelas, kehadiran Ninja 250/400 baharu memang dinanti-nantikan. Bilakah pelancaran rasmi? Tunggu laporan kami akan datang!

SUMBER: Young Machine

Related

372
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, early sketch, Kawasaki, kawasaki ninja, lakaran awal, Ninja 250, ninja 250 2018, ninja 400 2018, ninja h2, roda2, suzuki kobayashi

Comments

  1. huhu says

    December 6, 2017 at 8:55 AM

    huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my