
SATU lagi pengeluar automobil dari China, Bontu memasuki pasaran Eropah dengan menawarkan produk berbeza berbanding rakan senegara lain.
Shandong Bontu New Energy Vehicle Industry memilih ibu kota Milan untuk memperkenalkan barisan model kuadrisikal elektrik, Bontu bagi pasaran Eropah, sekali gus memulakan jualan produk jenama itu di Eropah.

Semua kenderaan lengkap dengan kelulusan homologasi Eropah di bawah EU Regulation 168/2013 sebagai kuadrisikal ringan L6e dan kuadrisikal berat L7e.
Langkah itu menjamin pematuhan sepenuhnya terhadap peraturan lalu lintas jalan raya di semua negara anggota Kesatuan Eropah (EU), selain kemungkinan pendaftaran penggunaan atas jalan.

Profil Korporat Shandong Bontu New Energy Vehicle Industry
- Shandong Bontu New Energy Vehicle Industry Co Ltd ialah pengeluar berasaskan teknologi khas dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang ditubuhkan pada 2020
- Ditubuhkan pada Mac 2020 dengan modal berdaftar 80.18 juta yuan (RM49.11 juta) dan memiliki fasiliti yang merangkumi kawasan seluas 438 ekar di Guodu Industrial Park, bandar Xintai dalam wilayah Shandong
- Pengeluar itu sudah memperoleh kelayakan pengeluaran untuk motosikal dan kenderaan khas daripada Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China
- Pengeluar itu juga sudah menubuhkan syarikat usahasama dengan Geely Farizon Commercial Group di bawah nama Shandong Yuan Cheng Bentu New Energy Automobile Co Ltd yang menumpukan kepada penyelidikan dan pengeluaran NEV khas untuk pasaran kereta penumpang elektrik dan kenderaan komersial elektrik
- Kenderaan elektrik bandar yang dihasilkan sesuai untuk bergerak tangkas di pusat sejarah bandar dan perjalanan penghantaran dalam kota yang kebiasaannya mengenakan sekatan terhadap kereta tradisional
- Membariskan dua model kereta mini dan sebuah kenderaan komersial mini yang ditawarkan dalam konfigurasi pikap, trak dan kargo untuk penghantaran perbatuan akhir (last mile) di kawasan bandar
Bontu BTE05

Bontu BTE05 ialah kereta mini elektrik untuk kegunaan pengangkutan di bandar dan perjalanan rumah ke tempat kerja, rumah ke sekolah atau rumah ke pusat membeli-belah.
- Kereta ini boleh dipandu pemandu berumur seawal 16 tahun dengan menawarkan ruang kabin luas menyamai kereta segmen-A dengan penyandar tempat duduk belakang boleh laras untuk kapasiti dua atau empat penumpang
- Pengeluaran model ini menggunakan 60 peratus keluli kekuatan tinggi pada sel ruang penumpang bersama palang keluli anti-perlanggaran dan pintu diperkukuh untuk keselamatan pemanduan
- Sistem suspensi depan menggunakan jenis indipendan MacPherson, manakala suspensi belakang jenis trailing arm
- Sistem brek pula menggunakan brek cakera di depan dan brek dram di belakang
- Ciri standard disediakan ialah Sistem Brek Regeneratif (RBS), Stereng Kuasa Elektrik (EPS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) atau Agihan Brek Berterusan (CBD), penyaman udara, beg udara pemandu, Bantuan Mula Daki (HAS), kamera belakang dan sensor parkir
- Kluster instrumen menggunakan skrin LCD 7 inci, manakala fungsi multimedia dikawal unit infotainmen skrin sentuh 12 inci di tengah papan pemuka

Trenkuasa Bontu BTE05
Sistem penggerak model ini menawarkan fleksibiliti prestasi bandar melalui kuasa elektrik sepenuhnya yang dipisahkan mengikut spesifikasi bekalan tenaga:
- Bontu BTE05 menawarkan pilihan bateri litium 13.9kWj dengan jarak pandu 170km, atau kapasiti 18.1kWj dengan jarak pandu 222km
- Kuasa nominal bateri standard ialah 13kW, manakala kuasa puncak 20kW
- Bagi pilihan bateri lebih besar, kuasa nominal bermula 20kW sehingga mencecah kuasa puncak 30kW dengan tork 85Nm
- Menawarkan dua mod pemanduan: Sport dan Eco dengan tempoh pengecasan pantas (DC) 30 – 80 peratus mengambil masa 6 jam
Bontu BTE09

Bontu BTE09 ialah kereta mini yang menyasarkan golongan muda dengan rekabentuk berbeza dan ruang but dalam dua pilihan varian:
- Varian L6e dengan 2-kerusi dihadkan kelajuan secara elektronik kepada 45kmj bagi mematuhi peraturan pemanduan untuk umur 14 tahun bersama bekalan bateri berkapasiti 7.68kWj untuk jarak pandu 130km
- Varian L7e pula mempunyai 4-kerusi dan boleh dipandu pemandu 16 tahun dengan keupayaan kelajuan maksimum 75kmj untuk pemanduan lancar di jalan raya bandar dan pinggir bandar bersama bekalan bateri 10kWj untuk jarak pandu 150km
- Model ini menjadi alternatif lebih selamat dan elegan untuk mobiliti golongan muda berbanding skuter biasa selain mengelakkan masalah parkir dan mengurangkan penggunaan tenaga dengan tempoh masa pengecasan penuh mengambil masa tiga jam
- Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Aghihan Brek Elektronik (EBD), Stereng Kuasa Elektrik (EPS) dan Kawalan Mula Daki (HAC)
- Unit infotainmen skrin sentuh 10 inci di tengah papan pemuka dengan kluster instrumen mudah baca dan kamera belakang yang menghantar situasi jalan raya sekeliling kenderaan secara masa nyata untuk memudahkan urusan parkir

Trenkuasa Bontu BTE09
- Model ini satu-satunya kenderaan di pasaran yang dilengkapi dengan motor elektrik jenis motor segerak wayar rata magnet kekal jenis automotif (automotive type permanent magnet flat wire synchronous motor)
- Bagi kelancaran pemanduan, pecutan lebih responsif dan pematuhan kecekapan yang membawa kepada pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 15 peratus
- Versi spesifikasi L6e menggunakan bateri 7.68kWj dengan jarak pandu 130km
- Versi L7e pula menggunakan bateri 10kWj yang memberikan jarak pandu 150km
- Tempoh masa pengecasan penuh mengambil masa tiga jam
Kenderaan Komersial Mini Bontu BTE03

Model Bontu BTE03 ialah model kenderaan komersial mini yang ditawarkan dalam pilihan versi pikap, trak dan kargo untuk pengangkutan perbatuan jauh (last mile) seperti penghantaran barangan sejuk, kegunaan perubatan, kenderaan berkatil dan penghantaran kurier ekspres:
- Hanya seorang pemandu sahaja boleh mengakses bahagian kabin dengan rekabentuk kerusi ergonomik
- Struktur sel ruang penumpang dan badan kenderaan dibina menggunakan 95 peratus keluli kekuatan tinggi dengan rekabentuk luaran badan aerodinamik bagi mengurangkan pekali rintangan angin, sekali gus menjimatkan kehilangan tenaga elektrik
- Ketika fasa pembangunan, model ini melalui ujian jalan raya melebihi sejuta kilometer di bawah kondisi suhu ekstrem panas dan sejuk untuk memastikan keselamatan dan reliabiliti
- Ciri rekabentuk versi kargo dilengkapi 2-pintu belakang dan pilihan pintu sisi bagi memudahkan urusan memuat dan memunggah barangan dari pelbagai arah dengan kapasiti muatan maksimum 340kg
- Sistem suspensi depan menggunakan skema MacPherson, manakala suspensi belakang jenis gandar independan
- Dilengkapi ciri ABS, EBD, penyaman udara, Sistem Brek Regeneratif (RBS), stereng kuasa elektrik (EPS), Kawalan Jelajah dan sensor radar

Trenkuasa Bontu BTE03
Bontu BTE03 ditala untuk kecekapan agihan tugas logistik dalam bandar seperti berikut:
- Digerakkan motor elektrik berkuasa 7.5kW (10hp) dan tork 60Nm dengan kelajuan maksimum 81kmj
- Dipadankan bateri 8.35kWj yang memberikan jarak pandu antara 80 – 100km
- Tempoh pengecasan 0 – 80 peratus mengambil masa 90 minit, manakala masa pengecasan penuh selama tiga jam
Spesifikasi Teknikal Bontu

- Dimensi panjang 3,000mm, lebar 1,500mm, dan tinggi 1,630mm, manakala jarak roda 1,953mm
- Tempat duduk dua atau empat penumpang (penyandar kerusi belakang boleh laras)
- Kapasiti bateri 13.9kWj atau 18.1kWj
- Kuasa nominal bateri standard 13kW (kuasa puncak 20kW)
- Kuasa nominal bateri besar 20kW (kuasa puncak 30kW)
- Tork 85Nm
- Kelajuan Maksimum 90kmj
- Jarak Pandu bateri 13.9kWj sejauh 170km
- Jarak Pandu bateri 18.1kWj sejauh 222km
- Tempoh Pengecasan enam jam (pengecasan pantas 30 – 80 peratus)
- Mod Pandu Sport dan Eco
- Struktur dan Ciri Keselamatan Sel ruang penumpang 60 peratus keluli kekuatan tinggi, palang keluli antiperlanggaran, pintu diperkukuh, suspensi bebas MacPherson depan, dan trailing arm (belakang), brek cakera (depan) dan brek dram (belakang)
- Ciri Sistem Brek Regeneratif (RBS), Stereng Kuasa Elektrik (EPS), ABS, EBD/CBD, penyaman udara, beg udara pemandu, Bantuan Mula Daki (HAS), kamera belakang, sensor parkir, skrin LCD 7 inci (kluster instrumen) dan skrin sentuh 12 inci (unit infotainmen)
Bontu BTE09

- Dimensi panjang 2,750mm, lebar 1,450mm, dan tinggi 1,640mm, manakala jarak roda 1,755mm
- Ruang Storan Ada kompartmen untuk menyimpan bagasi
- Tempat Duduk, dan Kelajuan Maksimum versi L6e dua [2] penumpang | 45kmj (dihadkan secara elektronik)
- Tempat Duduk, dan Kelajuan Maksimum versi L7e empat [4] penumpang | 75kmj
- Kapasiti Bateri, dan Jarak Pandu versi L6e 7.68kWj | 130km
- Kapasiti Bateri dan Jarak Pandu versi L7e 10kWj | 150km
- Tempoh Pengecasan tiga [3] jam (cas penuh)
- Jenis Motor Elektrik Motor segerak wayar rata magnet kekal jenis automotif (automotive type permanent magnet flat wire synchronous motor) – mengurangkan penggunaan tenaga 15 peratus
- Ciri ABS, EBD, EPS, HAC, skrin sentuh multimedia 10 inci di tengah papan pemuka, kamera belakang dengan penghantaran keadaan jalan raya secara real time
Bontu BTE03

- Dimensi panjang 3,564mm lebar 1,220mm tinggi 1,980mm, dan jarak roda 2,200mm
- Tempat duduk seorang [1] penumpang (kabin akses pemandu tunggal dengan kerusi ergonomik)
- Pilihan Konfigurasi Badan pikap, trak, dan kargo (versi kargo dilengkapi dua pintu belakang dan pilihan pintu sisi)
- Muatan Maksimum 340kg
- Kuasa Motor Elektrik 7.5kW, dan Tork 60Nm
- Kelajuan Maksimum 81kmj
- Kapasiti Bateri 8.35kWj
- Jarak Pandu 80 – 100km
- Tempoh Pengecasan 90 minit (sehingga 80 peratus), tiga [3] jam (cas penuh)
- Struktur dan Ciri Keselamatan Sel ruang penumpang dan badan 95 peratus keluli kekuatan tinggi, rekabentuk aerodinamik, suspensi MacPherson (depan), dan gandar independan (belakang)
- Ciri ABS, EBD, penyaman udara, Sistem Brek Regeneratif (RBS), stereng kuasa elektrik (EPS), Kawalan Jelajah, sensor radar
Semua model Bontu diberikan waranti kenderaan tiga [3] tahun, atau 50,000km.




















































